Bab 40♡

1.7K 141 3
                                    

BAJU Lily dikoyak kasar. Serentak itu, lutut Lily menghentak kuat kelakian Fathi’ membuatkan lelaki itu rebah. Meskipun lelah Lily lekas bangkit mengambil Luth dan berlari keluar dari rumah. Sungguh, jantung Lily berdebar saat itu.

Sepasang matanya mula berkaca. Lily takut.

Takut dirinya dirosakkan dan dibunuh. Lily juga takut Luth diperlakukan perkara yanf sama. Lily berlari tanpa hala tuju. Rumah mentuanya agak jauh dari sini. Barangkali dia boleh sampai andai dia berlari tanpa henti.

Luth menangis dengan kuat.

Lily memujuk anak lelakinya yang sedang menangis itu sambil berlari. Telefon dan duit pun tidak ada memandangkan dia keluar dari rumah dengan keadaan yang sangat cemas. Sungguh, hatinya berharap sangat Nuh tidak pulang ke rumah terlalu awal.

Pinggangnya yang ditarik secara tiba-tiba buat Lily terus meronta. Dia cuba melawan kerana fikirannya sudah membayangkan Fathi’. Namun, bila tubuhnya dipusingkan seraut wajah Nuh yang tampak risau menyapa pandangan matanya.

Air mata Lily gugur.

“Nuh!” raung Lily di situ. Luth juga masih tidak berhenti menangis.

“Kenapa Lily berjalan macam ni seorang diri? Tak ada kasut. Baju ni…” Nuh berjeda. Sebelum sepasang matanya menatap Lily. “Ada orang ceroboh rumah kita dan cuba nak rogol Lily?”

“Fa-Fathi’. Nuh, Fathi’ nak sentuh Lily dan bunuh Lily. Dia cuba nak bunuh Luth juga.” Adu Lily dengan tangisan. Nuh menarik tubuh Lily ke dalam pelukan. Rambut Lily diusap penuh kasih sebelum dia membawa Lily masuk ke dalam kereta.

“Kita pergi rumah mama dan papa.” Pujuk Nuh dengan lembut.

Meskipun hati Nuh kini panas membara kerana berang Lily diperlaku begitu tapi Nuh cuba berfikir secara rasional. Lily harus diutamakan kerana keadaan Lily lebih sayu. Luth juga pasti menangis disebabkan ketakutan.

“Kesian anak papa.” Kata Nuh sebelum mengambil Luth dari Lily. Punggung si kecil itu ditepuk lembut. Perlahan-lahan tangisan itu mula menjadi reda. Nuh memberikan Luth kepada Lily sebelum dia memandu menuju ke arah rumah papa dan mamanya.

+++

PUAN Raifa yang nampak risau bila dia nampak Nuh membawa Lily dan Luth dalam keadaan yang tidak terurus. Nuh membawa Lily masuk ke dalam bilik mereka bersama-sama Nuh. Lily menarik tangan Nuh bila suaminya itu mahu meninggalkan dia di dalam bilik.

“Jangan pergi, Nuh…”

“Nuh pergi sekejap je.”

“Nanti dia cederakan Nuh macam mana? Lily tak nak kehilangan Nuh.” Tutur Lily sayu.

Nuh mengukirkan senyuman.

“Nuh akan okey. Lily jangan risau.”

Lily menggeleng.

“Okey, Nuh pergi dengan kembar tiga tu. Nuh akan selamat.” Putus Nuh bila Lily enggan melepaskannya. Akhirnya, Lily melepaskan Nuh sebagai tanda dia setuju. Nuh tersenyum puas hati.

“Duduk dalam bilik dan berehat. Susukan Luth. Mesti dia sedih mama dia kena cekik.” Gumam Nuh seraya mengusap leher Lily. Memerah. Keji benar Fathi’ kerana sanggup bertindak ganas terhadap Lily.

“Balik tau. Balik dengan selamat.” Pesan Lily.

“Ya, Nuh janji.” Nuh memeluk Lily sebelum dia keluar dari bilik itu.

Nuh menuju keluar dari rumah.

“Kenapa dengan Lily, Nuh?” soal Puan Raifa risau. “Ada orang masuk rumah Nuh. Dia cuba nak rogol dan bunuh Lily. Luth pun dia nak bunuh.” Ceita Nuh. Puan Raifa menekup mulut.

“Mama nak tengok Lily.” Bergegas Puan Raifa menuju ke arah bilik yang dihuni Lily.

“Nuh nak pergi ke rumah Nuh lah ni?” soal Encik Afif.

Nuh mengangguk.

“Bawa Ael, Afwa dan Waez sekali. Papa tak nak apa-apa jadi pada Nuh. Lily tu tengah mengandung. Emosi dia tak stabil.” Tegur Encik Afif.

“Ya, Nuh tahu.”

Elok kaki jejak keluar, adik-adik dia sudah menunggu di tepi kereta. “Jomlah, abang Nuh. Kita pergi belasah jantan tu.” Ajak Afwa penuh semangat.

“Itulah. Berani dia buat Kak Lily takut.” Gumam Ael.

“Waez tak sabar nak pukul dia.”

Nuh menghela nafas.

“Jangan timbulkan masalah.” Pesan Nuh sebelum menggamit adik-adiknya masuk ke dalam kereta. Sejujurnya, Nuh tidak rasa Fathi’ terlalu bodoh untuk terus tinggal di rumahnya. Pasti lelaki itu keluar untuk mencari Lily dan Luth.

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now