Bab 16♡

2.3K 148 8
                                    

HUJAN. Nuh masih belum pulang meskipun sudah lewat petang. Lily mesej Nuh pun Nuh tak jawab. Apa entah lagi bila Lily telefon. Tetap juga tidak berangkat. Hanya Allah sajalah yang tahu betapa gelisahnya hati seorang Clara Liliana bila dia memikirkan keadaan seorang Nuh Aqwa.

“Kak Lily…” suara Afwa yang menegur membuatkan Lily menoleh memandang Afwa dengan pandangan sayu. Ael dan Waez juga menayangkan wajah simpati apabila mereka melihat sepasang mata kakak ipar mereka itu sudah bertakung dengan air mata.

“Kak Lily janganlah menangis. Abang Nuh baik-baik saja tu.” Pujuk Ael dengan lembut.

“Betul tu. Kak Lily pun tahu kan Abang Nuh pandai jaga diri. Mungkin telefon dia habis bateri. Itu sebabnya dia tak boleh nak jawab panggilan Kak Lily. Apa kata Kak Lily berehat saja.” Pujuk Waez pula.

“Ta-tapi kalau apa-apa terjadi pada Nuh macam mana?” soal Lily gelisah.

“Kak Lily jangan risau. Abang Nuh kan kuat.” Pujuk Afwa.

Namun, melihat reaksi kakak ipar mereka yang masih lagi gelisah mereka bertiga mengerti bahawa pujukan mereka tidak akan memberikan apa-apa makna selagi Lily tidak melihat Nuh dengan matanya sendiri. Sejujurnya mereka sendiri risau akan keberadaan Nuh. Entah ke mana abang mereka pergi.

Mama dan papa mereka sedang berada di atas memujuk adik-adik yang masih kecil. Takkan mereka hendak mengganggu mama dan papa mereka pula. Masing-masing gelisah. Memujuk perempuan sememangnya mereka gagal.

Haih.

Tidak lama kemudian mereka dengar bunyi pagar rumah dibuka. Lily membuka pintu rumah. Nampak saja Nuh masuk ke dalam pekarangan rumah dengan keadaan basah kuyup cukup membuatkan Lily berlari mendapatkan Nuh. Tidak peduli keadaan hujan. Tiga kembar itu pun tak sempat hendak menghalang.

“Nuh!”

“Lily? Hujan ni.” Kalut Nuh tutup pintu pagar lalu dia menarik Lily masuk ke dalam rumah bersama-samanya. Elok sampai depan pintu utama Lily terus menangis teresak-esak membuatkan Nuh keliru.

“Kenapa ni?”

“Lily risau bila Nuh tak balik. Lily risau ada apa-apa yang jadi pada Nuh.” Adu Lily bersama-sama tangisan. Nuh mengukirkan senyuman nipis.

“Kereta Nuh rosak. Telefon pula habis bateri. Nuh terpaksalah jalan kaki pulang ke rumah sebab Nuh tahu isteri Nuh ni akan risau kalau Nuh lambat balik.” Lembut suara Nuh memujuk. Nuh mengusap lembut rambut Lily lalu dahi Lily dicium.

“Mana kereta Nuh?”

“Nuh dah minta kawan Nuh hantar masuk bengkel. Masa dia hantar tu Nuh dah sampai kat rumah dah. Tak sangguplah nak tunggu kawan Nuh sampai sebab lambat. Nanti Lily menangis makin teruk.”

Nuh tersenyum nipis melihat Lily.

Isteri dia ni risau sangatlah.

Selalunya Nuh yang risaukan Lily lebih-lebih tapi kali ni Lily pula yang risaukan Lily lebih-lebih. Sepatutnya Lily tahu yang Nuh risaukan Lily sebab Lily perempuan. Tapi Lily pula tak perlulah fikir bukan-bukan sebab Nuh lelaki.

“Dah. Jom masuk bilik. Nuh mandikan Lily. Kesian isteri Nuh basah kuyup sebab sambut Nuh balik.” Omel Nuh seraya mencempung batang tubuh Lily bersama-samanya. Kembar tiga itu merenung tanpa berbicara.

Well, siapa sangka abang mereka yang jenis segan tak tentu hala dengan kakak ipar mereka itu terkadang ada juga manisnya.

+++

MALAM. Nuh keluar menuju ke dapur untuk mencari air masak disebabkan Lily yang bersin tanpa henti. Risau kalau Lily demam. Lily tu tak demam pun dah manja macam kena lekat dengan gam gajah. Gamaknya, kalau demam Nuh nak bergerak pun dah tak boleh.

“Nuh?” tegur Encik Afif, terkejut. Siapa tak terkejut kalau buka-buka lampu saja terpacul wajah anak lelakinya. Dahlah masuk ke dapur tak buka lampu. Nasib baik tinggi menyayuk kalau tidak sia-sia saja Encik Afif labelkan sebagai toyol.

“Pa…” Nuh menayangkan sengihan.

“Buat apa pergi dapur gelap-gelap?”

“Nuh nak ambil air suam untuk Lily. Dari senja tadi tak berhenti bersin. Nanti demam pula. Itu Nuh nak bagi makan ubat.” Cerita Nuh.

“Mana tak demamnya. Lily pergi redah hujan. Sayang sangat tu pada Nuh.”

“Lily tu risau sangat. Nuh bukannya sesat pun. Kereta rosak aje.” Bidas Nuh sambil mengisi air ke dalam cawan.

“Ya tak sesat. Tapi Lily tu tak tahu keadaan Nuh. Nasib papa dan mama tak tahu apa-apa. Kalau tidak kami berdua pun tentu saja sama naik risau macam Lily.” Bidas Encik Afif. Nuh ketawa kecil.

“Papa ni. Nuh dah besarlah.”

“Ya dah besar. Tapi malang tak berbau, Nuh…” bicara Encik Afif membustkan Nuh kelu.

“Nuh faham. Nanti Nuh pastikan bateri telefon penuh dulu sebelum keluar pergi kerha. Senang sikit Nuh nak maklumkan apa-apa.” Tukas Nuh dengan lembut. Papanya kalau berbahas jarang mahu kalah. Sebelum keadaan semakin hangat lebih baik Nuh mengalah.

Encik Afif menepuk lembut bahu Nuh.

“Papa lupa nak tanya sesuatu…”

“Tanyalah.”

“Dua hari lepas Lily ada menjerit. Nuh ganas sangat ea?” Sakat Encik Afif bersama-sama sengihan nakal. Sememangnya Encik Afif boleh menjangkakan perubahan wajah Nuh itu.

“Ma-mana ada!”

“Tak apa Nuh. Papa faham sebab papa pun lelaki. Hmmm, tak lama lagi dapatlah papa dukung anak Nuh.” Sakat Encik Afif lagi sambil membuka langkah meninggalkan Nuh. Nuh pula sudah memerah bagaikan mahu meletup.

Bukannya Nuh ganas tapi Lily menjerit sebab tak mahu pakai baju seksi tu. Ey, teruk betul salah faham papa Nuh.

Segan dia tahu.

Nuh memang gatal tapi tak adalah segatal papa!

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang