NUH menguak sedikit pintu bilik tok walidnya lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik itu tatkala dia melihat kelibat Lily dan bayi mereka yang sedang bertemu dengan tok walid dan tok ummi.
“Tok walid!” Sapa Nuh bersama-sama senyuman. Nuh mendekati Encik Raf lalu tangan tua itu disalamnya dengan penuh santun. Encik Raf ketawa suka. Nuh menyalam Puan Widya pula.
“Siapa ni?” tegurnya hairan.
“Wifey, tu cucu kita. Anak Raifa.” Tegur Encik Raf dengan nada lembut. Puan Widya mengerutkan dahi menatap Nuh. Pipi itu diusapnya. “Hmm, macam Raifa. Siapa nama?” Nuh tersenyum hambar. Apa hendak dikata. Berapa kali pun dia beritahu tok ummi memang ingatan tok ummi semakin pudar.
“Nuh. Nuh cucu tok ummi.” Balas Nuh lembut.
“Ini anak pula anak cucu kita. Luth Afeef. Cicit Husband dan wifey.” Terang Encik Raf lagi sambil menayang si cicit itu pada si isteri.
“Bila anak kita kahwin? Raifa kan kecil lagi?” tegur Puan Widya.
Encik Raf tersenyum hambar.
Nuh tak mampu tahan rasa sebak. Tubuh wanita tua itu dipeluknya dengan penuh rasa kasih. Entah sampai bila dia dapat menatap wajah lembut ini. Mungkin kelak wajah ini hanya akan tinggal kenangan saja.
“Siapa ni?”
“Nuh, tok ummi. Nuh cucu tok ummi.” Balas Nuh seraya mencium berkali-kali pipi Puan Widya. Tak cukup itu air matanya yang mula berjurai buat Lily rasa sebak meskipun dia tak tahu mengapa Nuh menangis.
Apa yang Lily tahu bila Nuh menangis dia turut ingin menangis.
“Anak siapa ni?” soal Puan Widya sambil mengusap pipi si kecil itu bila Nuh meleraikan pelukan.
“Anak Nuh dan Lily.” Balas Nuh.
“Kenapa kamu dah kahwin, Nuh? Nuh kecil lagi.”
“Nuh dah besar, tok ummi. Nuh dah tinggi berbanding tok ummi. Nuh dah ada kerja sendiri. Nuh dah ada isteri dan anak Nuh sendiri. Tapi Nuh tetap cucu yang tok ummi kenal sejak dulu.” Tutur Nuh dengan tenang.
Encik Raf juga rasa hiba.
“Tok walid janganlah menangis.” Pujuk Lily lembut.
Encik Raf masih menyeka air mata namun gugur. Sungguh, hati ini sayu rasanya meskipun dia gembira memperoleh cicit untuk sekian kalinya.
+++
SEBELUM pulang, Puan Luna mempelawa Nuh dan Lily menjamu selera dulu bersama-sama mereka sekeluarga. Lagipun, Encik Raf sendiri mengajak buat Nuh tiada pilihan selain bersetuju.
“Nuh…” suara lembut yang menegur buat Nuh menoleh memandang Lily yang melabuhkan punggung disebelahnya.
“Mana Luth.” Soal Nuh lembut.
“Mak su nak pegang. Mak su minta Nubhan sekali pegang Luth katanya ambil berkat supaya cepat kahwin.” Cerita Lily dengan nada polos. Nuh ketawa kecil. Suka sangat bila Lily menayangkan muka polos.
“Kenapa sedih?”
“Mana ada sedih. Nuh happy. Nuh dapat jumpa tok walid. Nuh dapat jumpa tok ummi…” balas Nuh dengan senyuman.
“Nuh…”
“Lily, Nuh senyum ni. Takkan Lily masih nampak Nuh sedih?”
Lily menekup lembut pipi si suami lalu dia menatap telus sepasang mata itu. Nuh melarikan anak mata.
“Nuh, pandang Lily.”
Nuh enggan.
“Nuh Aqwa.” Suara tegas Lily buat Nuh menatap juga mata itu. Nuh memandang pandangan Lily yang tampak lembut.
“Lily isteri Nuh. Lily bukan baru kenal Nuh sehari dua.” Tutur Lily.
Nuh diam.
“Nangislah. Lily tahu Nuh sedih.”
“Ma-mana ada. Nu-Nuh happ-happy… Nuh dapat tunjuk anak kita pada tok walid dan tok ummi.” balas Nuh dengan suara bergetar.
Lily mengusap lembut kepala Nuh.
Air mata Nuh menitis. Tak lama berjurai.
“Nu-Nuh tak nak hilang tok ummi dan tok walid!” raungnya bersama-sana tangisan. Lily memeluk tubuh suaminya. Nuh menangis kuat bila dia menyembamkan wajah pada ceruk leher Lily.
Air mata Lily juga menitis.
Pedih di hati Nuh seolah-olah mengguris hati dia juga.
ANDA SEDANG MEMBACA
ꪀꪊꫝ
RomantikKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...
