HARI ini Nuh membawa tok walid dan tok umminya pergi ke bazar. Lily tak mahu ikut memandangkan isterinya itu sedang sarat mengandung. Nuh melayankan aje tok walid dan tok umminya. Apa yang mereka mahukan Nuh belikan aje kerana Nuh tak tahu sampai bila dia dapat melayan kerenah pasangan ini.
“Nuh!” Nuh menoleh melihat wajah cemas tok walidnya. Dia baru aje pusing sekejap melihat orang menjual gula-gula kapas kerana dia mahu membelikan untuk anak-anaknya. Namun, Nuh pula terkejut mendengar suara tok walidnya.
“Kenapa tok walid?” soal Nuh hairan.
“Tok ummi! Hilangggg!” tok walid sudah berkaca-kaca matanya. Air matanya sudah menitis diseka menggunakan hujung bajunya. Nuh juga berderau darah. Sudahlah tok ummi itu nyanyuk. Entah ke mana hilang mereka sendiri tak tahu.
“Macam mana ni? Tok ummi hilang.”
“Tok walid jangan cemas. Nuh akan cari tok ummi. Tok walid duduk sini. Jangan pergi mana-mana. Nuh pergi cari tok ummi.” Pesan Nuh lalu dia memaksa Encik Raf duduk di atas kerusi biru.
“Tolong cari sampai jumpa.” Pinta Encik Raf penuh berharap.
“Nuh janji. Tok walid pun jangan pergi mana-mana. Nanti Nuh datang balik.” Pesan Nuh sebelum bergegas mencari kelibat tok umminya. “Tok ummi!” jerit Nuh sambil langkah dibuka.
Sepi.
Pelbagai kemungkinan yang membuatkan Nuh rasa tak tentu hala bila memikirkan keberadaan tok umminya.
Resah. Takut. Risau. Sedih.
“Tok ummi!” jerit Nuh lagi.
Masih tidak kedengaran.
Nuh masih tidak putus asa. Dia sudah janji untuk mencari tok umminya sampai jumpa. Nuh takkan sesekali memungkir janji. Dia akan pastikan dia pulang dengan tok ummi.
“Tok ummi…” Nuh sudah menangis. Tak tahu hendak cari di mana. Matanya sudah berpinar. Keliru dan buntu.
“Abang Nuh?” Afwa berhenti dan menegur si abang.
Nuh memandang wajah Afwa.
“Lah. Kenapa menangis ni?” soal Afwa hairan. Tak ada angin dan ribut tiba-tiba aje abangnya itu menangis. “Tok ummi hilang. Abang Nuh tak tahu nak cari di mana.” Adu Nuh bersama-sama tangisan.
Dia rasa teruk. Cucu tak berguna.
“Mana ada hilang. Ael dan Waez dah bawa tok ummi pergi jumpa tok walid. Dia pergi kejar budak kecil. Ael nampak. Tok ummi kata budak tu mama kita. Itu yang dia kejar.” Cerita Afwa tanpa dipinta.
Nuh berhenti menangis.
“Macam mana kau bertiga boleh ada di sini?” soal Nuh. Saja hendak menukar topik sementara air mata lelakinya sedang mengering.
“Sajalah keluar. Tadi nampak tok ummi dan tok walid teruslah kami ikut. Tahu-tahu jumpa Abang Nuh.” Cerita Afwa.
Nuh diam.
“Cuailah Abang Nuh ni. Jaga tok ummi dan tok walid pun tak mampu.” Gumam Nuh perlahan. Afwa mengukirkan senyuman nipis lalu dia mengusap lembut bahu si abang. “Mana ada. Abang Nuh ni hebat sebab berusaha untuk menepati janji.” Kata Afwa dengan sengihan yang cukup manis.
Nuh juga tersenyum nipis.
+++
“WIFEY pergi ke mana tadi? Risau husband.” Tegur Encik Raf dengan nada lembut. “Wifey kejar Raifa. Suka sangat merayap tanpa Affan dan Afwan.” Jawapan Puan Widya mengundang rasa sayu Encik Raf.
“Anak kita dah besar, wifey. Masing-masing dah ada keluarga sendiri dan ada anak. Kita ni dah taraf atuk-atuk.” Tegur Encik Raf dengan nada lembut. Puan Widya mengerutkan dahi.
“Siapa yang dah besar? Anak-anak kita kecil lagi. Luna pun tak lahir lagi.” Puan Widya menggumam.
Encik Raf meraup wajah.
Isterinya…
“Luna dah lahir. Membesar dengan sihat. Kahwin dengan anak arwah Imdad. Kita dah ada cucu dah. Cucu kita pun dah besar. Sekarang, kita dah ada cicit.” Cerita Encik Raf tanpa dipinta.
Puan Widya tidak percaya.
Mustahil anak-anak mereka yang baru mampu berjalan sudah punya keluarga sendiri. Walhal semalam baru dia melahirkan Luna.
“Tok ummi…” suara Nuh yang menegur membuatkan kedua-duanya mengangkat wajah. “Nuh…” tutur Encik Raf berssma-sama senyuman nipis.
“Nuh minta maaf sebab tak jaga tok ummi dengan betul.” Ucap Nuh.
Puan Widya mengerutkan dahi tatkala dia melihat wajah lelaki dihadapannya. Persis Raifa tetapi lelaki.
“Ini cucu kita, Wifey. Anak Raifa.” Tegur Encik Raf buat sekian kalinya meskipun Encik Raf sedar tak kira berapa juta kali pun dia berbicara ayat yang sama isterinya akan lupa jua. Meskipun perit, Encik Raf harus terima hakikat bahawa tiada apa yang kekal di dunia ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/334006798-288-k736010.jpg)
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...