Bab 2♡

2.1K 154 18
                                    

SEUSAI sarapan, Lily hanya mengekori Nuh berjalan ke mana saja meskipun lelaki itu hanya mengelilingi rumah. Jika dilihat dari pandangan orang memang macam anak ayam yang baru menetas mengikuti ibunya.

Nuh menghela nafas.

“Lily…”

“Ya?” soal Lily sambil memandang Nuh dengan wajah yang cukup polos.

“Jangan ikut Nuh…”

“Kenapa?”

“Nuh nak privasi. Lily tak boleh selalu ikut Nuh.” Tegur Nuh dengan nada yang cukup lembut. Lily masih lagi menayangkan muka keliru.

“Lily tak faham. Kenapa Nuh nak privasi? Nuh tak suka Lily?”

“Bukan. Nuh nak masa sendiri. Nuh suka Lily. Tapi Nuh macam nak ruang untuk Nuh bertenang dan berfikir. Nuh tak nak Lily setiap masa ada je dekat dengan Nuh.” Ujar Nuh dengan berhati-hati.

Lily diam.

“Sorry, Lily.”

“Tak apa. Lily faham.” Balas Lily bersama-sama senyuman nipis. Nuh tersenyum hambar lantas dia membuka langkah meninggalkan Lily. Lily menghela nafas. Dia mengaturkan langkah menuju ke arah sofa.

Lily duduk di situ.

“Kenapa ni Lily?” tegur Rina dengan nada lembut. Dia melabuhkan punggung disebelah Lily lalu belakang gadis itu diusap dengan lembut. Lily mengemam bibir. Raut wajahnya itu diusap dengan perlahan.

“Nuh nak privasi. Lily ni menganggu hidup dia ke?”

“Eh, taklah. Nuh cumanya tertekan dengan kerja dia. Dia nak ruang berfikir supaya dia tak libatkan Lily. Mesti Lily akan lagi sedih kalau Nuh marah Lily kan?”

Lily mengangguk.

“Okey. Lily jom ikut Kak Rina. Kita keluar pergi dating.” Pelawa Rina bersama-sama senyuman manis. Melebar senyuman Lily. Teruja Lily mengangguk. Rina terus saja ketawa lalu rambut Lily diusapnya.

Lily ni comel sungguh!

“Jom bersiap.” Rina bangkit seraya menarik tangan Lily supaya mengikuti langkahnya. Lily hanya mengikut saja tanpa sebarang bantahan.

+++

PANTULAN batang tubuhnya di cermin tidak dapat dialihkan dari pandangan matanya. Baju yang dihadiahkan Rina tempoh hari dipakai memang nampak menyerlah. Lily amat sukakannya.

“Ey, comelnya Lily!” puji Rina.

“Kak Rina pun cantik tutup-tutup.”

Rina menggosok lembut kepala Lily.

Mereka berdua beriringan menuruni tangga. Afif dan Nuh yang sedang duduk di situ melopong melihat Rina dan Lily.

“Subahanallah. Cantiknya. Anak papa yang cantik  ni nak ke mana?” soal Afif dengan lembut.

“Rina nak keluar dengan Lily.”

“Pergi mana?” soal Nuh ingin tahu.

“Lily nak keluar dengan Kak Rina. Nuh pergilah privasi sendiri.” Setepek Lily bagi pada Nuh membuatkan Nuh tergamam. Rina menahan tawa saja. Afif mengukirkan senyuman manis.

“Balik awal.” Ringkas. Namun, cukup untuk Rina mengerti makna papanya.

“Jom, Lily.” Gamit Rina.

Terus Nuh bangkit sebelum kaki Lily menapak keluar dari rumah. Pandangan tiga beranak itu beralih kepada Nuh yang nampak tidak senang duduk. Nuh mengangkat wajah memandang Lily dan kakaknya.

“Nuh nak ikut.”

“Nuh…” bukan Rina tak izinkan tapi masalahnya sekarang ni Rina dah janji nak keluar dengan Lily.

“Kak Rina keluar berdua aje kan dengan Lily? Bahaya tau perempuan keluar berdua tapi tak ada lelaki yang mahram temani. Apa-apa jadi Nuh ada kalau Nuh ikut. Kalau Nuh tak ikut macam mana keadaan Kak Rina dan Lily? Nuh risau jadi Nuh nak ikut.” Tawar Nuh.

Lily tidak menjawab.

Rina menghela nafas.

“Nuh cakap ajelah Nuh tak tentu hala kalau ada orang cuba nak cantas Lily. Papa faham Nuh. Papa pun tak tentu hala kalau orang nak ambil mama.” Selamba saja bicara papanya membuatkan wajah Nuh bertukar rona.

“Bukanlah, pa. Nuh memang risau.”

“Yelah, Nuh. Jom-jom.” Rina layankan sajalah kerenah adiknya yang satu ini. Nuh tu sebenarnya memang risaukan Lily tapi tak nak mengaku. Naif si Lily memang tak boleh bawa bincang.

Laju saja Nuh berlari ke bilik untuk bersiap.

Encik Afif menggeleng.

Aduhai, anak…

+++

MEREKA bertiga keluar berdua. Nuh hanya berjalan jauh sedikit dari Rina dan Lily untuk memberikan peluang kepada dua orang bidadari itu ruang. Melihat gadis itu berbual riang hati Nuh juga yang senang.

Pandangan Nuh beralih pada seseorang lelaki.

“Sayang!” Nuh dah agak. Dari jauh figura itu sudah dapat dikenali. Tak sempat Khaleel hendak merapati kakaknya laju saja Nuh menahan tubuh Khaleel membuatkan langkah Khaleel mati.

“Nuh. Kenapa halang Abang Khal?” soal Khaleel sambil menayang muka sedih.

“Abang Khal akan peluk Kak Rina kalau Abang Khal dekat dengan dia. Walaupun Abang Reiss tak ada di sini dia dah amanahkan Nuh untuk jaga Kak Rina.” Terang Nuh penuh hemah.

Khaleel memuncung.

Nuh ni ikut sangat kata Reiss.

“Hai, Khal.” Sapa Rina.

Khaleel nampak mata pun hati dah rasa berdebar. Meskipun bertutup tapi Rina masih lagi nampak cantik. Malahan bertutup begitu buat Khaleel makin tidak sabar mahu memiliki Rina kerana mengenali Rina sejak dulu sudah cukup buat Khaleel tahu yang bakal isterinya ini sangat cantik.

“Khal tak sabar dah nak kahwin dengan Rina…” gumam Khaleel penuh teruja.

Rina tersenyum.

“Bertenang, Abang Khal. Kak Rina tak pergi mana-mana. Habiskan dulu kerja baru Abang Khal fokus untuk bina keluarga.”

Rina mengangguk setuju.

“Bila Nuh nak kahwin? Lily tu comel. Tengok dia belek-belek barang pun nampak lembut je. Jangan lepaskan Lily, Nuh. Tunjuk yang Nuh bersungguh mahukan dia.” Pesan Khaleel sambil menepuk bahu Nuh.

Nuh menghela nafas.

Ya, Nuh mahukan Lily. Namun, Nuh masih tidak bersedia untuk menyandang status bapa.

“Lily!” seru Khaleel tiba-tiba.

Lily mendekati mereka dengan muka polos.

“Nuh cakap Lily cantik.” Ujar Khaleel dengan sengihan. Merona terus muka Nuh apabila matanya bertentangan dengan Lily.

“Terima kasih, Nuh.” Ucap Lily dengan senyuman manis.

Nuh menoleh ke tempat lain seolah-olah tiada apa yang belaku.

Tergelak Khaleel dan Rina.

Nuh dan Lily memang comel dan unik dengan cara mereka sendiri

Lain pula bagi Nuh. Pada Nuh Khaleel dan kakaknya sama saja.pasangan itu memang gemar mengusiknya!

Ey, Nuh geram meskipun Nuh akui yang Lily nampak cantik.

+++

Okey. Doakan saya untuk exam ulangan 1. Bye.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang