Bab 21♡

2.3K 152 7
                                    

MASA bergerak terlalu pantas seolah-olah tidak sabar menantikan kelahiran si kecil yang berada dalam kandungan Lily. Sementara menunggu Nuh pulang dari bekerja Lily duduk di atas buaian sambil memandang orang yang lalu-lalang. Perutnya kini sudah semakin kelihatan jadi pergerakan Lily agak terbatas.

“Kak Lily!” Tiga serangkai itu melangkah masuk ke dalam pekarangan rumah tatkala mereka baru saja pulang dari sekolah. Lily mengukirkan senyuman manis buat ketiga-tiganya.

“Kenapa Kak Lily duduk sendiri kat luar ni? Mama dan papa tak ada sebab pergi rumah Abang Reiss.” Omel Afwa.

“Itulah. Kenapa Kak Lily tak ikut? Bahaya tau tinggal perempuan mengandung sendiri kat rumah. Bahaya.” Sokong Waez.

“Kak Lily tak boleh duduk kat luar kalau tak nak ikut. Baring dalam rumah. Kunci pintu. Baru selamat.” Bidas Ael.

Lily tersenyum.

“Kalau Kak Lily ikut papa dan mama pergi rumah Abang Reiss. Nanti Kak Lily tak dapat jumpa Nuh. Nuh balik kerja mesti nak jumpa Kak Lily dan baby.” Polos jawapan Lily membuatkan kembar tiga itu menayangkan muka pasrah. Faham sangat dah dengan perangai kakak ipar mereka.

Pasangan ini mana boleh dipisahkan. Persis belangkas.

“Kebetulan aje kami baru balik. Kak Lily jom ikut pergi lepak kat kedai makan depan sana nak? Baru bukak.” Cadang Waez.

“Kau ni. Abang Nuh balik macam mana? Dia mengamuk nanti mampus.” Tegur Afwa pula. Tahu abang mereka itu baik. Masalahnya Nuh itu jenis sensetif kalau melibatkan Lily. Jangan main-main sayang Nuh pada Lily.

“Ala. Bukan mati pun. Abang Nuh marah aje. Tanggung ajelah kalau kena marah nanti. Lagipun, kita bertiga nak keluar makan kat situ takkan nak tinggalkan Kak Lily sendiri.” Bidas Ael santai.

“Betul, Afwa. Kau sanggup ke biar Kak Lily duduk sendiri kat rumah?” soal Waez pula.

Afwa merenung Lily.

“Eh, tak apa. Afwa, Waez dan Ael pergi aje makan. Jangan risau. Kak Lily tak pergi mana-mana pun. Kak Lily tunggu Nuh balik.”

“Bahaya, Kak Lily.” Tegur Waez.

“Ta-tapi sebelum Afwa, Waez dan Ael balik elok aje Kak Lily duduk sini. Tak ada apa-apa pun yang berlaku.”

“Itu sebab kebetulan aje. Lagipun, kami tak risau sebab kami tak tahu yang Kak Lily tinggal sendiri.” Tukas Ael.

“Papa dan mama pun takkan tergamak nak tinggal Kak Lily sendiri?” soal Afwa hairan.

“Papa dan mama dah ajak. Tapi Kak Lily yang tak nak. Lagipun, papa kata Nuh dalam perjalanan pulang.” Tutur Lily.

“Baru nak balik. Bukan dah balik. Jom ajelah.” Ael menarik tangan Lily.

“Kita tak payah tukar baju?” soal Afwa.

“Tak payah.”

“So, siapa nak bawa Kak Lily?” Soalan Waez membuatkan kembar tiga itu bertukar pandangan. Mereka memandang Lily sekilas. Lily hanya menayangkan wajah blur di depan mereka bertiga.

“Aku bukan tak nak. Tapi kalau bawa perempuan bukan mahram aku segan.” Tutur Afwa. Awal-awal lagi sudah mengangkat bendera putih.

“Kak Lily comel sangat. Sorry, Kak Lily. I can’t handle your cuteness…” pak! Serentak itu Ael mendebik kepala Waez. “Kak Lily naik dengan Ael saja.” Putus Ael tanpa Lily sempat berbicara.

+++

HELMET ditanggalkan Ael. Rambut Lily yang berserabai dirapikannya dengan muka yang serius. Seusai itu, Ael mengiringi Lily masuk ke dalam kedai makan itu sebelum menarik kerusi untuk kakak iparnya duduk.

“Terima kasih.” Ucap Lily.

“Sama.”

“Kau ni kalau orang tak tahu yang Kak Lily tu dah kahwin mesti dia orang ingat kau dan Kak Lily couple.” Bisik Waez sebaik saja kembarnya itu melabuhkan punggung disebelahnya.

Ael mencebik.

Mana dia minat perempuan yang tinggi dan naif macam Lily. Dia suka perempuan yang jenis liar-

“Kak Lily nak makan apa? Kak Lily jangan risau. Kami belanja.” Lembut Afwa berbicara.

“Kak Lily nak makan nasi goreng USA!”

“Bagi kami nasi goreng USA satu, nasi goreng daging merah satu dan nasi goreng pakapau ni tiga. Air milo ais dua, kopi tarik satu dan  air lemon ais dua.” Pinta Ael pada pelayan itu. Pelayan itu mengangguk faham sebelum berlalu pergi.

“Kita ada empat aje. Kenapa kau order lebih satu?” soal Afwa hairan.

“Entahnya. Sejak bila kau kuat makan?” Soal Waez hairan.

“Bukan untuk aku. Aku mesej Abang Nuh yang kita makan di sini. Nanti dia meroyan kalau balik rumah dia tak jumpa isteri dia.” Bidas Ael dengan muka bosan. Elok dia menompang dagu di atas meja. Bunyi derap langkah yang cukup dikenali cukup membuat Ael menyimpul senyuman.

“Ah, dah datang pun dia.”

“Lily!” Nuh berlari mendapatkan Lily. Pipi Lily disentuh sebelum dahi Lily itu diciumnya sayang.

“Kenapa tak bawa telefon? Penat Nuh telefon…” tegur Nuh dengan nada lembut.

“Ael dah bagitahukan Ael bawa Kak Lily keluar makan.” Tukas Ael apabila abangnya seolah-olah tak dapat mesej. Nuh menjeling Ael. “Dah bawa bini orang keluar baru nak bagitahu.” Omel Nuh seraya melabuhkan punggung bersebelahan Lily.

“Kalau bagitahu awal-awal nanti orang tu tak bagi bawa bini dia keluar.” Pintas Ael.

Nuh diam.

“Abang Nuh bertenang. Balik-balik nak bergaduh dengan Ael. Baby tu dengar tau ayah dia bergaduh.” Celah Afwa apabila keadaan semakin dingin. Waez mengangguk sebagai tanda dia menyokong bicara kembarnya.

“Diam. Abang Nuh merajuk.” Bidas Nuh.

Tiga serangkai itu terus saja menjuihkan bibir. Fikiran mereka sama; lantaklah abang mereka itu mahu merajuk atau apa sekali pun asalkan isteri abangnya di depan mata maka tidak menjadi masalah.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang