LILY merebahkan tubuh di atas sofa. Bosan sungguh bila aktiviti seharian dia hanya berada di rumah. Semenjak mereka kena sapa dengan agen model entah siapa tu Nuh trauma terus nak bawa Lily keluar. Sudahnya, Lily terperap sajalah dalam rumah. Tapi mujurlah adik-adik Nuh yang masih kecil ada. Boleh Lily meluangkan masa juga.
Tahu-tahu saja kepala Lily diusap lembut. Lily mengangkat wajah memandang Puan Raifa yang melabuhkan punggung di atas sofa. Lily membiarkan saja kepalanya itu diusap penuh kasih oleh si mama.
“Pandai aje Lily jaga adik-adik Nuh.” Kata Puan Raifa.
“Adik-adik Nuh pun adik-adik Lily juga.” Jawapan Lily mengundang senyuman manis Puan Raifa. Pendek kata, Puan Raifa senang hati mendengar jawapan itu. Baginya, Lily yang polos ini sebenarnya matang. Bukan pada mata Nuh tetapi di mata orang lain.
“Bila Lily nak ada baby?” soal Lily pada ibu mentuanya.
“InsyaAllah nanti adalah rezeki tu. Lily jangan susah hati.” Pujuk Puan Raifa dengan lembut. Lily diam. Mana dia tak cemburunya. Tak lama pun biras dia datang melawat dengan Reiss. Tiba-tiba datang sini bagitahu dah mengandung. Lily ni? Kahwin awal lagi berbanding dengan Reiss. Tapi kenapa isteri Reiss yang mengandung dulu?
Hmph!
“Lily pergilah berehat. Mama tahu Lily mesti penat.”
“Lily tak penat pun mama. Lily asyik terperap aje dalam rumah.” Rungut Lily. Dia nak keluar pergi mana-mana pun tak boleh. Nuh tak izinkan. Nuh suruh tunggu dia balik baru dia bagi keluar.
Walhal, kalau Nuh ada Lily lagi rasa tak bebas.
“Mama tahu Lily kadang-kadang rimas dengan perangai Nuh tu. Dia bukan suka mengongkong tapi dia risaukan Lily. Lily kan comel. Nanti Nuh gelisah kalau Lily hilang.” Terang Puan Raifa.
Lily mengangguk faham.
Dia tahu. Dia tak pernah pun menganggap Nuh mengongkong kehidupan dia. Lily hanya menganggap Nuh melindunginya kerana Nuh cintakan dia. Lagipun, Nuh tak pernah mahu sesuatu yang buruk terjadi pada Lily.
“Lily masuk bilik dulu.” Pamit Lily seraya bangkit. Puan Raifa mengusap lembut pipi Lily sebelum membiarkan menantunya berlalu ke dalam bilik. Seusai tiba di dalam bilik terus saja Lily merebahkan tubuh.
Sepasang matanya menangkap telefon yang tak jauh darinya. Lupa dia tertinggal telefon di dalam bilik tadi. Terus Lily capai telefon itu dan dibuka. Tahu-tahu saja ada mesej masuk tatkala dia membuka data.
Lily. Awak nak satu tak baju ‘haram’? Saya beli lebih – Ayana
Lily terkebil-kebil.
Baju haram tu apa?
Kenapa awak beli banyak-banyak? – Lily
Mesej itu dihantar bersama-sama muka polos. Lily menunggu jawapan Ayana itu dengan penuh sabar sekali.
Banyak kegunaan dia, Lily. Boleh pujuk suami, minta manja dengan suami dan boleh dapat baby… - Ayana
Tengok aje Ayana tulis ‘baby’ terus mata Lily bersinar. Tak fikir panjang laju aje Lily setuju menerima tawaran Ayana. Kalau demi baby Lily mahu. Nanti ada baby tak adalah sunyi saja hidup dia!
+++
ENTAH apalah yang si Ayana mahu. Dia sudah sedia hendak pulang ke rumah tapi Ayana minta dia singgah di rumah. Nuh sudahlah sarat rindukan Lily. Ayana ni suka sangat mengacau daun.
Loceng rumah ditekan. Sekali saja.
Dedaun pintu dikuak. Ada seorang lelaki yang bertubuh tunggi dan sasa. Nuh tahu ini suami Ayana. Muka yang tak serupa Melayu.
“Cari apa?” Soal Ralph.
“Ayana suruh datang sini.” Tak ada kias-kias. Nuh jujur aje. Dahlah muka Ralph tu nampak tegas dan serius. Mahunya Nuh kena tumbuk kalau Ralph fikir dia datang aini sebab nak mengurat Ayana.
Tak sempat Ralph nak buka mulut Ayana dah menyelit tepi Ralph. Baru kaki Ayana nak jejak keluar Ralph sauk pinggang Ayana.
“Abangggggg!”
“Buat apa?”
“Saya nak bagi ni pada Nuh. Ni untuk isteri dia.” Balas Ayana sambil menjauhkan muka bila Ralph mencium-cium pipinya. Nuh meraup wajah. Buat sweet depan muka dia. Dahlah Lily ada di rumah.
Ralph letak Ayana di dalam rumah.
“Tak payah keluar. Biar abang bagi.”
“Tapi-.”
“Sweety…” Ralph mula meleretkan suara. Ayana menjuihkan bibir. Muka mengalah saja. Ralph ambil bungkusan itu lalu dia berikan bungkusan itu melalui atas pagar. Nuh faham sangat.
Ralph ni bagaimana. Overprotective. Tambahan lagi bila Ayana tu cantik. Perangai Ayana tu bukan boleh bawa main. Mengurat aje kerjanya. Pantang nampak lelaki segak. Kenalah kahwin dengan Ralph.
“Terima kasih.” Ucap Nuh.
“Jangan buka tau. Bagi terus pada Lily. Bye Nuh!” ucap Ayana. Nuh melambai Lily lantas dia menuju ke arah keretanya. Nuh meloloskan diri ke dalam kereta. Bungkusan itu diletakkan di sebelahnya.
Lama Nuh merenung.
Apa benda pula yang Ayana bagi pada Lily ni?
Lantaklah. Nuh dah rindu pada Lily sangat ni. Apa yang Ayana bagi tu Nuh boleh tengok masa dia bagi pada Lily nanti. Lily pun mesti akan buka depan Nuh.
Tanpa berlengah Nuh terus memandu kereta keluar dari situ.
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...