Bab 29♡

1.6K 133 15
                                    

“ASSALAMUALAIKUM…” ucap Nuh tatkala tiba di rumah tok walidnya. Rumah yang dulu kelihatan terang kini nampak sepi. Bukan apa. Tok ummi selalunya mengemas rumah meskipun begitu kini kesihatan tok uminya kian merosot-

“Nuh!” tersentak Nuh apabila tubuhnya dipeluk Nubhan.

“Kau ada kat sini, Nubhan?” tegur Nuh terkejut. Nubhan ni selalunya sibuk memanjang. Biasalah, anak lelaki yang mengikut jejak langkah ayahnya sebagai seorang doktor. Sementara Nuh hanyalah pengurus syarikat yang biasa-biasa saja.

“Aku bawa mama aku datang ke sini. Dia nak melawat tok walid dan tok ummi.” Terang Nubhan. Nubhan mengerling Lily sekilas. Lily mengukirkan senyuman yang manis semasa mendukung bayi mereka.

“Lily masuklah dulu. Kesian baby panas.” Tegur Nubhan.

Lily polos saja akur arahan Nubhan tanpa bantahan. Mata Nubhan mengekor Lily buat Nuh menampar geram lengan sepupunya itu. “Apahal kau pandang-pandang Lily aku? Kaki nak kaki?” soal Nuh garang.

“Kau. Depan aku beria aje cakap Lily kau itu ini. Depan Lily keras kejung. Nak cakap cinta pun gagap.” Sindir Nubhan selamba.

Nuh berdecit geram.

Nubhan ni jaranglah tak menyakitkan hati. Selalu jumpa memang suka buat hati Nuh terbakar.

“Tapi betullah aku selalu dengar papa aku kata yang perempuan ni dia cantik ikut cara suami dia jaga. Ada sesetengah perempuan cantik masa mula-mula kahwin tapi lama-lama selekeh sebab suami dia. Ada pula yang biasa-biasa aje masa baru kahwin tapi lama-lama jadi cantik. Aku boleh bagi kau contoh si Lily tu. Aku memang sedia tahu dia tu lawa. Tapi sekarang lagi lawa. Sejak jadi mak orang dia nampak anggun.”

Bak! Nuh sekeh kepala Nubhan.

“Itu anggun kau. Bini aku tak payah nak puji dia sangat. Pang kang!” marah Nuh bersama-sama muka garang.

Nubhan mencebik.

“Puji je. Aku ni bukan jahat nak rampas isteri sepupu aku sendiri. Lagipun kalau mana-mana lelaki pandang Lily pun dia orang akan tahu yang Lily sangat cintakan kau. Tengok aje cara Lily pandang kau dah boleh jadi bukti.”

Nuh terdiam.

Sejujurnya, Nuh tak mampu hendak menafikan bicara Nubhan itu.

“Jomlah, masuk.” Gamit Nubhan seraya menarik tangan Nuh supaya mengikut langkahnya masuk ke dalam rumah tok walidnga itu.

“Mama, Nuh dah sampai!” kata Nubhan.

“Ya Allah, Nuh. Dah lama tak jumpa Nuh.” Terus tubuh Nuh dipeluk setelah dia mendekati anak buahnya itu. Nuh membalas pelukan itu. Kemudian, dia menyalam tangan ibu saudaranya penuh sopan.

“Mak su sihat?” soal Nuh.

“Alhamdulillah, sihat. Nuh pun nampak bahagia dah sekarang. Dah lama sangat mak su tak jumpa Nuh. Tahu-tahu dah ada baby.” Puji Puan Luna sambil mengusap lembut pipi Nuh.

Mirip sangat wajah kakaknya.

“Nuh gatal, mama.” Tokok Nubhan.

Nuh menjeling Nubhan.

“Biarlah gatal asalkan Nuh kahwin. Nubhan tu bilanya nak kahwin? Nak jadi teruna tua?” sindir Puan Luna.

“Bukan tak mahu. Masalahnya buah hati bawa diri. Nubhan cari sampai ke lubang cacing nanti Nubhan heret dia kahwin. Nubhan buat anak lagi banyak dari Nuh.” Selamba saja bicara Nubhan.

Puan Luna menghela nafas.

Apa nasib dia dapat anak bersahaja macam Nubhan? Sama saja macam suaminya itu. Bapa borek anak rintik.

“Mana pak su?” soal Nuh hairan.

“Pak su tu ada je dalam bilik. Tidur. Baru balik ke sini semalam. Mak su dah pesan kalau sibuk tak payahlah ikut balik Malaysia. Tunggu ajelah mak su kat sana. Masalahnya degil juga. Bersusah payah ambil cuti dia. Tu tunggu call. Kena pergi balik semula ke sana kalau dapat call.” Cerita Puan Luna.

“Papa tu buat macam Nubhan ni nak bawa lari mama.” Rungut Nubhan.

“Kau muka tak boleh harap. Merajuk sebab papa kau sibuk. Membuli sebab nak attention papa kau. Kau suka papa kau marah kau.” Sinis Nuh.

“Diamlah.” Nubhan menjeling Nuh.

Puan Luna tersenyum nipis.

Apa boleh buat. Ketika remaja Nubhan kerap memberontak disebabkan papanya terlalu sibuk bekerja. Nubhan tak mahu kemewahan sebaliknya Nubhan mahu perhatian papanya. Lagipun, Puan Luna sendiri sudah sedia tahu cara didikan suaminya amat lembut dan tenang. Sedangkan Puan Luna sendiri garang dan gemar menyinga.

“Mana tok walid?” kini baru Nuh teringat hendak bertanya. Alang-alang mata dia meliar sekali mencari kelibat Lily dan juga anak sulung mereka.

“Takut sangatlah Lily dia hilang. Bini kau tu ada dalam bilik tok walid. Tok walid teruja nak jumpa cicit dia.” Kata Nubhan.

“Oh. Mak su, Nuh minta diri kejap ea.” Pamit Nuh sopan lantas melangkah meninggalkan Nubhan dan Puan Luna.

“Makin matang si Nuh tu.” Omel Nubhan.

“Nuh memang matang sejak dulu. Tak matang-matang ni depan mama. Bila nak kahwin?”

“Mama,  kan Nubhan kata Nubhan nak kena cari dulu buah hati Nubhan yang membawa diri. Dah jumpa nanti Nubhan bawalah dia jumpa mama. Mama janganlah risau.” Pujuk Nubhan dengan nada lembut.

Puan Luna menghela nafas.

“Lain kali tak ada masalah jangan cari masalah.”

“Mama janganlah marah-marah. Tak comel. Nanti cepat tua papa tak suka.” Pak! Bahu Nubhan dipukul geram oleh si mama. Nubhan mengekek suka. Garang mamanya sangat comel. Sekilas, pipi Puan Luna dicium.

“Kalau Nubhan dah kahwin nanti mama tetap akan jadi ratu Nubhan. Wanita pertama untuk Nubhan.” Katanya bersama-sama senyuman.

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now