“REISS!” Nuh ketawa melihat mamanya yang menjerit teruja tatkala Reiss melangkah masuk ke dalam rumah barunya. Mamanya sanggup meminta papanya bermalam di sini kerana mahu bertemu dengan Reiss. Al-maklumlah, Reiss itu terlalu sibuk bekerja sampaikan tak ada masa hendak bertemu keluarga.
“Mama sihat?” lembut suara Reiss menyoal. Seusai itu, Reiss bersalaman dengan papanya. “Sihat alhamdulillah. Cucu mama mana?” soal Puan Raifa sambil terjenguk-jenguk mencari kelibat Tasneem dan anak lelaki mereka. “Bunny.” Seru Reiss bila Tasneem enggan masuk ke dalam rumah.
“Mama…” sapa Tasneem dengan sengihan.
“Tas!” tubuh Tasneem dipeluk.
“Kembar, Reiss?” soal Puan Raifa terkejut. Dia ingat seorang saja memandangkan dia tak boleh melawat tika itu kerana menjaga Encik Raf yang sakit. Reiss ketawa hambar sambil menggaru pipi.
“Dua-dua lelaki pula tu.” Celah Nuh.
Encik Afif mendukung seorang anak Reiss itu. Lily yang baru keluar dari bilik bersalaman dan berpelukan dengan Lily sebelum menjenguk bayi yang dipegang suaminya itu.
“Kenapa ada dua?” soal Lily hairan.
“Anak Kak Tas kembar, Lily.” Tutur Tasneem dengan nada yang lembut. Mata Lily terkebil-kebil.
“Kenapa Kak Tas boleh dapat kembar sedangkan Lily tak boleh dapat kembar?” soal Lily polos.
“Itu usaha Nuh, Lily. Aku rajin usaha itu yang Tas boleh mengandung kembar. Nuh tu malas sangat nak berusaha. Itu kau dapat seorang aje.” Selamva saja jawapan Reiss membuatkan Lily memandang Nuh.
Encik Afif awal-awal lagi sudah ketawa kuat.
Tasneem hanya menghela nafas. Masak sangat dah dengan perangai suani dia yang suka menyakat Nuh.
Puan Raifa menghela nafas.
Aduhai, anak.
“Kenapa Nuh malas? Lily pun nak baby kembar juga.” Rungut Lily sambil mengembungkan pipi.
Nuh meraup wajah.
“Bukan Nuh malas. Okeylah tu rezeki dapat anak juga. Kita ambil pengalaman dulu jaga seorang anak. Dapat dua terus susah sebab kita tak biasa ada anak.” Tegur Nuh dengan lembut.
“Tapi Lily nak dua.”
“Nanti ada dua Nuh tak ada masa nak manja-manja dengan Lily.” Terpaksa jugalah Nuh bagi alasan. Bicara Nuh itu membuatkan Lily berfikir kali kedua. Betul, dia mesti akan cemburu bila Nuh melebihkan bayi mereka saja.
“Tak apalah. Lily okey je ada anak seorang.” Balas Lily pantas.
Nuh ketawa.
“Senang betul kau gula-gulakan dia.” Omel Reiss sambil merenung Nuh yang menggosok lembut kepala Lily.
“Lily kan memang macam tu sejak dulu.” Tukas Encik Afif. Tak boleh nak buat apa-apa dah dengan kepolosan Lily tu. Comel dan manja dia memang peringkat luar biasa. Sejujurnya, Reiss sendiri tak sanggup nak menguruskan Lily andainya dia berada di tempat Nuh.
Reiss memang tabik dengan kesabaran Nuh.
“Lily. Nuh. Mana anak buah aku?” soal Reiss ingin tahu. Sejak dari tadi dia mencari bayi yang menjadi sinar dalam hubungan Nuh dan Lily.
“Baby tidur.”
“Kejap Nuh pergi ambil.” Nuh membuka langkah menuju ke dalam bilik untuk mengambil anak lelakinya.
“Mama dan papa pergilah duduk. Nanti sakit kaki berdiri lama-lama. Abang Reiss dan Kak Tas pun pergilah duduk. Lily nak buat air.” Katanya. “Kak Tas nak ikut. Abang pegang Raez.” Hulur Tasneem sebelum mengikuti langkah Lily menuju ke arah dapur.
ANDA SEDANG MEMBACA
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...
