Bab 5♡

2K 154 3
                                    

HARI pertama Rina bergelar suami isteri, Lily sudah teruja menyapa Nuh dengan soalan mengenai pernikahan mereka. Bukan Nuh enggan tapi bagi Nuh pula Lily masih lagi belum bersedia. Bagaimana Lily hendak menyandang gelaran ibu andai kata Lily sendiri masih belum matang?

Nuh menghela nafas.

Orang yang tidak mengenali Lily tentu saja akan kata Lily itu bodoh atau mempunyai masalah mental. Tapi sebenarnya Lily itu polos. Dibesarkan dengan ibu yang gila dan dibesarkan dengan cara yang salah buat Lily serba tidak tahu. Sekurang-kurangnya Lily mengerti bahawa cinta itu perlu dihalalkan dengan pernikahan.

Bahu Nuh ditepuk lembut.

Nuh mengangkat wajah memandang si mama.

“Kenapa lari dari Lily?” soal Puan Raifa dengan lembut sekali. Semenjak pulang dari pernikahan Rina terus Nuh mengelak dari Lily. Sudahlah si Reiss juga ambil pilihan untuk tinggal berjauhan dengannya. Rasa sunyi bila anak-anaknya sudah besar semua.

“Lily tu tak habis-habis isu kahwin. Sakit kepala Nuh, ma…”

“Ya Allah, Nuh. Tak baiklah cakap macam tu. Nuh juga yang janji nak fokus dengan hubungan Nuh dan Lily lepas Rina kahwin. Adatlah kalau Lily pun tanya tentang hala tuju hubungan dia dengan Nuh. Tak ada perempaun yang bercinta saja-saja, Nuh. Bercinta mesti sebab nak bina keluarga.” Tegur Puan Raifa dengan lembut.

Nuh diam mengemam bibir.

“Lily tu polos. Nuh tak rasa dia mampu nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Kita tak tahu rezeki. Macam mana tak lama tu Lily mengandung? Mama tak rasa risau ke kalau Lily tak mampu nak mengurus anak kami dengan betul? Nuh risau, ma.”

“Jadi Nuhlah kena bimbing dia. Nuh takkan nak lupa tanggungjawab sebagai suami? Menikahi Lily untuk memudahkan dia dan mendampingi dia atau Nuh nak bebankan Lily dengan segala tanggungjawab?” soal Puan Raifa. Sengaja mahu menjerat anak lelakinya itu.

Puan Raifa tahu bahawa Nuh bijak.

“Nuh nak meringankan beban Lily. Nuh nak membina keluarga dengan Lily.”

“Jadi Nuh kena beritahu Lily yang Nuh dah bersedia untuk jadi suami Lily. Perihal pernikahan nanti mama akan bincang dengan papa. Apa yang patut Nuh pergilah terangkan pada Lily tentang perasaan dalam hati Nuh. Okey?” pujuk Puan Raifa dengan lembut.

Nuh mengangguk.

“Pandai anak mama.” Kepala Nuh diusap penuh kasih.

+++

KELIBAT Lily dicari di setiap pelusuk rumah. Pipi digaru perlahan. Fikiran Nuh mula menerewang memikirkan ke mana gadis itu pergi sekiranya mahu menghiburkan hati. Sejujurnya, hati Nuh galau apabila dia tidak melihat kelibat Lily.

“Mana Lily ni?” gumam Nuh sendiri.

“Kenapa muka gelabah ni, Abang Nuh?” Afwa yang melangkah keluar sambil memegang secawan air memandang hairan ke arah abangnya itu. Abangnya itu tak ubah seperti cacing kepanasan!

“Afwa nampak Lily?” soal Nuh.

“Dia keluar pergi kedai. Jalan kaki.”

“Kenapa Afwa biarkan dia keluar?” soal Nuh geram.

“Dia keluar dengan Waez.”

Tidak berbicara terus saja Nuh keluar dari rumah. Afwa memandang kelibat abangnya yang semakin menjauh. Sayang tu mengaku ajelah…

Afwa menggeleng perlahan.

Elok saja Nuh keluar dari pintu pagar dia sudah terserempak dengan Waez dan Lily. Terkejut kedua-duanya apabila melihat muka Nuh yang risau. Waez tunduk sedikit lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Bukan dia tidak mengerti bahawa abangnya itu marah kerana keluar dengan Lily tanpa memberitahu apa-apa. Masalahnya Lily itu merayu dengan Waez untuk menemaninya pergi ke kedai. Takkan Waez hendak menolak permintaan bakal kakak iparnya itu?

Nuh menghela nafas.

Lily tidak berbicara. Baru saja Lily hendak melangkah masuk, Nuh menghalang langkah gadis itu membuatkan Lily mengangkat wajah.

“Lily…”

“Nuh pergilah berehat. Nuh baru je balik kan.”

“Lily. Nuh…”

Lily menghela nafas. Perlahan namun berat.

“Nuh, kita putus tunang saja. Mungkin hati Nuh bukan milik Lily lagi. Andai Lily membebankan, Lily rela melepaskan Nuh pergi.” Hati Nuh serta-merta menjadi retak tatkala dia mendengar Lily kata begitu. Sakit sangat.

“Siapa kata hati Nuh bukan milik Lily? Sebab Nuh cinta Nuh sudi bertunang.”

“Kalau betul cinta kenapa Nuh suka mengelak bila Lily tanya tentang perkahwinan kita? Nuh janji lepas Kak Rina kahwin Nuh akan uruskan perkahwinan kita. Tapi Nuh tipu. Nuh melarikan diri dari Lily.”

Nuh mengetap bibir. Serba salah.

“Nuh tak cintakan Lily. Nuh serba salah saja…” tokok Lily lagi bersama-sama esakkan. Sejujurnya, Nuh amat serba salah.

“Lily. Janganlah menangis. Nuh janji dalam masa terdekat ni kita kahwin okey? Nuh akan tunaikan semula janji Nuh pada Lily.” Pujuk Nuh.

“Betul?”

Nuh mengangguk.

“Nuh tipu, Lily kahwin dengan Putera.”

“No!” laju Nuh menjawab. Jawapan Nuh itu membuatkan Lily mengulumkan senyuman. Terus Lily melangkah masuk ke dalam rumah.

Nuh mengetap bibir.

Jangan harap dia akan biarkan Putera mengambil Lily darinya. Lily itu Nuh yang punya!

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang