Bab 42♡

2K 151 7
                                    

SEUSAI hal berkaitan Fathi’ diuruskan mereka pulang semula ke rumah. Elok aje kaki Nuh menjejak masuk ke dalam rumah terus saja tubuhnya diterpa si isteri. Lily menangis kuat tanpa sempat Nuh berbicara. Nuh mengukirkan senyuman lalu dia mengusap lembut belakang tubuh isterinya itu.

“Janganlah menangis. Nuh dah balik kan?” tegur Nuh dengan lembut. Kedua-dua pipi Lily ditekup agar Lily memandang wajah suaminya. Nuh mengukirkan senyuman nipis lalu air mata isterinya diseka.

“Kenapa lebam ni? Darah tepi ni?” soal Lily risau.

“Nuh bertumbuk tadi.”

“Ber-bertumbuk? Kenapa Nuh bertumbuk? Bahaya tahu tak?” mulalah Lily hendak membebel. Nuh tunduk sikit lalu dia mencium sekilas bibir Lily. Meruap hangat wajah Lily bila dia diperlaku begitu.

“Nuh ni bukan lelakilah kalau bacul. Lagipun, mana boleh Nuh bagi muka lepas dia buat macam itu pada isteri Nuh. Lily jangan risau okey? Semua dah selesai. Tak ada dah isu dendam Fathi’ atau gangguan ibu dah. Kita boleh hidup dengan tenang.” Kata Nuh seraya mencuit lembut hidung Lily.

Lily tersenyum suka.

“Jom Lily letak ubat pada hujung bibir Nuh.” Lily menarik tangan Nuh supaya mengikuti langkahnya.

Kembar tiga yang baru masuk ke dalam rumah itu sedari tadi hanya mendengar saja perbualan romantis abang dan kakak ipar mereka.

“Sweet!” gumam Waez.

“Sakit ya jadi single ni.” Tutur Afwa pula.

Ael tersengih sambil memeluk tubuh. Apa boleh buat? Terima sajalah yang mereka terlalu awal untuk berpasangan lagi. Tambahan pula mereka harus memilih perempuan yang tepat untuk dijadikan isteri jika mereka mahu bahagia sama seperti abang mereka.

“Aku nak bad girl.” Gumam Ael.

“Aku nak perempuan yang garang.” Tutur Waez dengan teruja.

“Aku? Aku nak perempuan yang blur. Mesti comel.” Afwa juga tidak mahu kalah. Masalahnya, itu ciri perempuan yang mereka mahukan. Tapi untuk mereka dapatkan perempuan itu?

Mustahil.

+++

NUH memerhatikan Lily yang sedang menyapu luka pada bibirnya. Nuh mengukirkan senyuman manis. “Jangan senyum sangat. Lily nak letak ubat.” Tegur Lily. Nuh menarik pinggang Lily lalu tubuh isterinya itu diletakkan di atas ribanya.

Nuh dekatkan lagi jarak antara muka mereka.

“Ey, Nuh ni…” gumam Lily perlahan.

“Apa?” soal Nuh semula. Sengaja dia buat-buat tidak mengerti meskipun Nuh tahu Lily sedang segan dengan kerenahnya. Suka aje dia hendak mengusik.

“Tahu tak jantung Lily macam nak meletup je bila fikirkan Nuh? Macam-macam tau Lily fikir. Lily takut sangat nak hilang Nuh. Nuh tak tahu macam mana perasaan Lily bila Lily nampak Nuh masuk dalam rumah.”

Nuh mencium sekilas bibir Lily.

Lily diam.

“Kan Nuh dah janji Nuh akan balik? Nampaklah tu Lily tak percayakan Nuh.” Sakat Nuh sambil mencubit hidung isterinya.

“Lily bukan tak percaya. Lily risau.”

“Ya, Nuh tahu Lily risau. Nuh minta maaf.” Tutur Nuh dengan lembut. Seusai Lily menyapu ubat terus disimpan semula. Nuh memandang Lily yang sedang menyalin baju seusai itu.

Nuh memerhatikan anak lelakinya yang tidur.

Bermalamlah mereka di sini atas arahan papanya. Esok papanya mahu orang pasang cctv di rumahnya. Senang Nuh memerhatikan gerak geri Lily dan anak-anak mereka ketika Nuh sedang bekerja.

Baby papa ni lenanya tidur.” Tegurnya seraya mencium dahi si kecil itu. Menangis Luth dibuatnya bila dia merasakan sesuatu menganggu lenanya.

“Nuh ni. Kacau Luth tidur.” Lily mula menarik geram pipi Nuh.

Mengekek ketawa Nuh.

Sukalah bila Lily marah-marah dia.

Lily nampak mengancam!

Lily menaiki katil lalu dia bersila sebelum Luth dipangku. Nuh menompang dagu memerhatikan Lily menyusukan Luth. Tangan kecil itu disentuhnya. Nuh menayangkan sengihan tatkala jari telunjuknya digenggam Luth dengan begitu kuat.

“Comel betul Luth ni. Geram.” Gumam Nuh.

Lily tersenyum.

Nuh merenung Lily yang sedang mengelus pipi Luth. Nuh memagut dagu Lily lalu bibir isterinya itu dicium sekilas.

“Nuh…”

“Terima kasih jadi isteri Nuh tau. Love you, Lily.” Meruap hangat wajah Lily tatkala dia mendengar ucapan si suami. Lama Nuh merenung Lily sebelum Nuh juga menyembamkan wajahnya pada bantal kerana wajahnya juga menghangat.

Arghhhh, malu!

Lily ketawa kecil.

“Lily pun cintakan Nuh.” Balas Lily lembut.

Meskipun Nuh tidak angkat muka tapi Nuh senyum juga. Malu tapi bahagia. Tak sabar nak tunggu anak yang kedua lahir. Hehe.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang