SUNGGUHLAH, Lily rasa lama sangat dia berpantang. Bak kata Nuh nanti Nuh berkeinginan maka Nuh sentiasa mengelak dari duduk rapat-rapat dengan Lily. Nuh pula bila berjarak dari Lily nampak segak pula. Sejujurnya Lily rasa sangat geram.
Namun, sekarang ini Lily sudah selesai berpantang. Nuh yang sedang memandikan anak mereka diperhatikan Lily. “Kak Lily tak sabarlah tu nak kurung Abang Nuh dalam bilik.” Sakat Waez tatkala dia berselisihan dengan kakak iparnya.
“Mestilah. Lama dah Lily tahan geram nak cium Nuh.” Nah, sekali Lily bagi jawapan jujur. Waez yang tersedak liur sendiri. Sejujurnya, niat dia mahu kakak iparnya membahang malu tapi percaturannya silap bila dia yang membahang.
Mana abang dia kutip kakak ipar dia ni sampai jadi naif? Dahlah jawab dengan muka selamba saja. Dia yang lelaki ni malu tau!
“Eh, Lily.” Sapa Nuh bersama-sama senyuman. “Lily tengok ni, baby tengkk mama dia. Sayang, ni mama.”
Lily mengembungkan pipi.
“Abang Nuh. Biar Waez yang siapkan baju baby.” Bayi itu diambil Waez dengan lembut sebelum dia membawa diri keluar dari ruangan tandas. Nuh pula yang terkebelakang bila Lily melangkah mendekatinya.
“Kenapa Lily buat muka garang tu?” tegur Nuh lembut dan gugup.
“Sayang? Baby tu boleh Nuh panggil sayang-sayang. Lily ni Nuh tak panggil pun sayang.” Ungkit Lily.
“Eh, Nuh ada panggil Lily sayang.” Pintas Nuh laju.
“Itu pun sekali dua je. Lepas tu sangat jarang Nuh nak panggil Lily sayang. Dahlah dengan baby Nuh boleh aje manja-manja. Bila dengan Lily Nuh meronta macam sotong nak kena panggang tahu?” bebel Lily.
“It-Itu sebab Nuh segan.”
“Kenapa nak segan? Kita dah kahwin Nuh. Dah ada baby.”
“Nuh kan dah cakap. Nuh segan sebab Nuh cintakan Lily. Kalau Nuh tak cinta Nuh okey aje. Lagipun, isteri Nuh ni sentiasa cantik buat hati Nuh sentiasa berdebar.” Pujian Nuh mengundang senyuman Lily.
“Lily cantik?” soalnya semula sambil menekup pipi.
Nuh mengangguk.
“Lily nak peluk Nuh!” Nuh depakan tangan tatkala dia mendengar permintaan si isteri. Nanti dia menolak mahunya Lily tuduh dia tak sayang.
Lily cium sekilas halkum Nuh.
Terus Nuh bertukar rona.
Lily terkebil-kebil.
“Kenapa ni, Nuh?” soal Lily hairan. Kenapa Nuh tiba-tiba memerah pula? “Ja-jangan cium situ…”
“Kenapa? Lily nampak timbul-timbul kat leher Nuh ni comel. Lily ciumlah.”
Nuh meraup wajah.
“Nuh segan, Lily.” Balas Nuh perlahan. Aduhai hati, sabarlah. Lily ni banyak kerenahnya.
Lily cium lagi.
“Ey, Lily!”
Lily ketawa suka.
“Comelnya, Nuh ni. Leher merah. Pipi merah. Telinga merah. Kulit Nuh ni sebenarnya warna pink ke?” soal Lily sambil menekup kedua-dua pipi Nuh. Nuh melarikan anak matanya. Makin nakal senyuman Lily.
Biasalah. Akal baru dia nak mengusik Nuh memandangkan dia tak buat apa melainkan google aje cara-cara nak mengusik suami.
“Nuh.” Seru Lily semasa Nuh mengalihkan tangan Lily dari terus menekup wajah Nuh.
“Hmmm?”
“Jom masuk bilik?”
“Baby macam mana?” soal Nuh pula.
“Waez kata dia nak tolong jaga baby. Nanti lepas masuk bilik kita pergilah ambil baby. Takkan Nuh tak percayakan adik-adik Nuh jaga baby?” lembut soalan Lily. Mestilah Nuh percayakan adik-adik dia.
“Kenapa kita nak masuk bilik?” kali ini giliran Nuh pula yang bertanya.
“Lily nak makan Nuh.” Membulat mata Nuh bila dia dengar Lily cakap macam itu. Drastik pipi Nuh ditekup sambil memandang Lily dengan muka tidak percaya.
“Siapa yang ajar isteri Nuh cakap benda kotor ni?” soal Nuh hairan.
“Nuhlah yang ajar.” Polos saja Lily jawab.
“Lily, Lily baru aje habis-.” Tak sempat Nuh nak menghabiskan bicara, Lily menyauk selamba lengan suaminya lalu dia menarik Nuh masuk ke dalam bilik. Mahunya Nuh jadi seperti tikus yang sedang meronta untuk melepaskan diri.
Nuh ditolak ke atas katil.
Lily kunci pintu.
“Lily-.” Nuh menelan liur bila tengok Lily tersenyum nakal. Nuh nak lafi tapi Lily cepat-cepat tindih Nuh.
“Nuh tak suka Lily dah ke?”
“Bukan Nuh tak suka. Tapi Lily baru aje habis berpantang. Nuh risaulah. Tambah-tambah lagi Nuh segan sebab Nuh dah lama sangat tak bersama dengan Li-.” Nuh hilang suara bila Lily menciumnya.
“Comel!” Lily mengusap pipi Nuh.
Meruap hangat wajah Nuh.
Dia menyembamkan wajah pada dada Lily. Pasrah sajalah bila Lily dapat akal baru untuk jadi nakal begini.
Haih.

YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...