NUH membuka mata lalu dia perlahan-lahan membetulkan postur tubuhnya. Nuh nampak Lily sedang tersengguk-sengguk terlena sambil duduk di atas kerusi. Nuh mengukirkan senyuman nipis lalu dia menyentuh lembut kepala Lily membuatkan Lily terjaga.
“Nuh.” Terus batang tubuh si suami diterpa. Nuh ketawa kecil. “Jauh sikit dari Nuh nanti Lily demam.” tutur Nuh dengan lembut. Tubuh si isteri cuba dijauhkan darinya. Namun, Lily memeluk erat tubuh Nuh bagaikan tidak mahu melepaskan Nuh pergi.
“Kenapa Nuh keluar dari rumah? Nuh kan demam.”
“Lily ingat Nuh boleh duduk diam aje kat rumah bila Nuh tahu Lily tak ada kat rumah? Lily, kat luar tu macam-macam boleh jadi. Tak ada Nuh ni bahaya keselamatan Lily. Tadi pun nasib baik aje Nuh nampak Lily sedang bergelut dengan ibu. Sempat Nuh mencelah. Kalau Nuh lambat? Mana Nuh nak cari Lily dan Luth kalau ibu bawa lari dua-dua yang Nuh sayang?” soalan Nuh membuatkan Lily tersenyum.
Wajah disembamkan pada leher Nuh. Hangat dari biasa.
“Lily minta maaf. Lily tak sanggup nak kejutkan Nuh dari tidur sebab Nuh tak sihat. Lagipun, Lily jalan kaki aje dengan Luth. Kedai yang Lily pergi pun bukannya jauh. Dekat aje…” tukas Lily perlahan.
“Jauh atau dekat. Nuh tak nak Lily pergi sendiri.”
“Lily tak pergi sendiri. Lily bawa Luth.” Tokok Lily bersama-sama muka polos. Nuh menarik geram pipi kiri Lily sehingga membuatkan isterinya itu mengaduh kesakitan. “Sakitlah pipi Lily.” Rengek Lily perlahan.
“Luth tu kecil lagi. Dia tak boleh tolong pun kalau apa-apa jadi pada mama dia. Apa yang Luth boleh buat pun menangis aje.” Kata Nuh lagi.
Lily memuncungkan bibir.
Nuh mengelus lembut pipi Lily.
“Jangan keluar sendiri dah ya? Nuh rasa nak putus aje nyawa bila tengok Lily tak ada. Apa-apa jadi pada Lily tadi memang Nuh takkan maafkan diri Nuh sendiri.”
“Nuh tak salah.” .
“Siapa suami Lily?”
“Nuh.”
“Siapa papa Luth?”
“Nuh.”
“Jadi, Nuh yang bertanggungjawab kalau apa-apa jadi pada Lily dan Luth. Nyawa dan keselamatan Lily dan Luth ialah keutamaan Nuh. Nuh akan tanggung rasa serba salah seumur hidup kalau ada apa-apa terjadi pada Lily dan Luth.” Terang Nuh dengan lembut.
“Walaupun Nuh tak buat?”
“Walaupun bukan Nuh yang buat. Lily kan isteri Nuh. Luth pula anak kita. Ketua keluarga apa Nuh ni kalau dua orang insan yang Nuh paling cinta pun Nuh tak mampu nak jaga kan?” Lily mengemam bibir.
“Lily janji Lily takkan buat Nuh rasa serba salah dah.” Kata Lily seraya mencium pipi Nuh.
Nuh ketawa kecil.
“Apa jadi dengan ibu?” soal Nuh ingin tahu.
“Mereka dah hantarkan dia masuk ke dalam wad gila. Rupa-rupanya, dia yang lari dari situ. Tak sangka pula dia berlegar-legar kat sini sebab memang nak cari Lily.” Tutur Lily dengab suara yang perlahan.
Terasa meremang bulu romanya apabila teringatkan kembali tingkah ibunya yang bagaikan puntianak.
“Risau Nuh…” gumam Nuh sambil menekup pipi Lily.
Mata mereka berdua bertentang.
Muah!
Lily bagi ciuman sekilas pada bibir Nuh tanpa memberikan sebarang isyarat. Bak kata orang, serangan mengejut. Poof! Memerah terus wajah Nuh. Sekali leher dan telinga turut bertukar warna. Sememangnya persis udang yang sedang disalai.
Meletus terus ketawa Lily.
“Comelnya Nuh ni!” puji Lily geram.
“Lilyyyyy…” meleret suara Nuh. Dia menekup wajah lalu dia baring terus di atas katil membuatkan Lily juga terikut baring. Bezanya, Lily baring atas badan Nuh. Kedua-dua tangan Nuh yang menekup wajah dialihkan Lily dengan sengihan.
“Hensemlah Nuh ni…” puji Lily lagi.
Nuh menghela nafas lalu dia menarik Lily supaya melekat pada tubuhnya lalu pipi Lily dicium geram. “Nakal isteri Nuh ni.” Omelnya sambil mengucup sekitar leher Lily. Lily ketawa suka.
Nuh yang malu-malu dengan Lily selalu jadikan Lily terhibur. Nuh malu tapi hakikatnya itulah yang Nuh rasa. Nuh mahu bermanja. Tapi segan nak cakap. Ey, Lily memang tak boleh nak menolak Nuh.
Nuh sangat comel!
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...