Bab 15♡

2.1K 155 9
                                    

MASUK saja dalam bilik dedaun pintu terus ditutup. Nuh naik ke atas katil dan merebahkan tubuh disebelah Lily yang sedang terlena. Rambut isterinya itu dibelai lembut sebelum Nuh mengalurkan jemarinya menyelusuri pipi dan leher si isteri.

“Lily…” bisik Nuh lembut.

“Hmmm…”

“Nuh balik dah ni. Tadi Nuh pergi rumah Ayana sebab dia kata nak kirimkan sesuatu pada Lily.” Ujar Nuh. Terus Lily bangkit lalu huluran si suami disambut dengan muka yang cukup gembira.

Lily membuka bungkusan itu sementara Nuh pula mencium leher dan pipi Lily sambil menunggu si isteri membuka bungkusan itu. “Bungkusan apa tu, Lily?” soal Nuh ingin tahu. Manalah tahu Lily sudah mengetahui isi kandungan bungkusan kiriman Ayana.

“Ayana kata baju haram.” Balas Lily dengan polos. Tangan masih membuka.

“Oh, baju haram. Wait, haram?” tak sempat Nuh nak membebel Lily sudah buka bungkusan itu. Sungguh, macam pakai baju lut sinar saja. Seksinya bukan kepalang. Meruap merah wajah Lily bila melihat baju itu.

“Baju apa ni?” soal Lily pula.

“Baju haram macam Lily kata tadi. Kenapa Lily terkejut?”

“Lily ingat baju haram tu jenis apa. Tak sangka terdedah.” Gumam Lily sambil membelek baju itu.

Nuh diam.

Lily tak ada masalah nak pakai baju seksi tapi bukan mendedahkan parut belakang tubuh si isteri. Al-maklumlah belakang tubuh Lily itu punya parut torehan ibu kandung Lily sendiri. Lily rasa kulit dia tak cantik disebabkan itu.

“Lily tak nak pakai.” Tutur Lily seraya menghulurkan pakaian itu pada Nuh.

“Pakailah.”

“Tak nak. Badan Lily tak cantik. Berparut.” Tolak Lily.

“Bukan Lily nak tayang pada orang lain pun. Lily tayang pada Nuh saja.” Pujuk Nuh dengan nada suara lembut. Lily menggeleng sambil mengetap bibirnya dengan perlahan.

“Sebab tunjuk pada Nuh lagi Lily tak nak.”

Nuh menghela nafas.

Lily terus saja merebahkan tubuh semula di atas katil. Nuh merenung saja gelagat Lily. Ayana mesti tak tahu apa yang dah jadi pada Lily sebab kisah ni antara keluarga terdekat saja. Lagipun, Lily tak mahu kisahnya diketahui ramai.

“Lily cantik.”

Lily menjuihkan bibir.

“Belakang badan Lily tu tetap aje nampak cantik di mata Nuh. Bagi Nuh, Lily serba serbi sempurna. Jadi tak payahlah malu.” Pujuk Nuh. Sebenarnya Nuh pun suka saja Lily pakai baju haram sebegitu. Pasti menarik.

Masalahnya Lily enggan. Nuh tak naklah jadi teruk kalau dia paksa Lily.

“Lily tak nak. Nuh ajelah yang pakai.” Tolak Lily.

Terkebil-kebil Nuh.

Di-dia yang pakai? Kalau Lily pakai sedaplah mata memandang sebab seksi. Masalahnya, kalau Nuh yang pakai cerita dia jadi seksa! Sakit mata!

“Lily pakailah. Mesti cantik.”

“Tak nak.”

“Apa yang Lily nak segan dengan Nuh? Kita kan dah kahwin. Lily pun dah mandi sama-sama dengan Nuh. Okey je Lily tak malu. Takkan pakai baju macam ni pun Lily dah malu?”

“Lily tahu masa mandi tu Nuh tak ada niat lain pada Lily. Tapi kalau pakai baju macam ni Nuh ada niat lain.” Bidas Lily pantas.

Terdiam Nuh.

“Nuh pergilah pulangkan pada Ayana. Lily tak nak.” Ujar Lily lagi seraya menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya. Nuh menghela nafas seraya meraup wajahnya. Dia penat-penat datang rumah Ayana. Bertemu empat mata dengan suami Ayana yang garang. Lily semudah buat air masak aje suruh dia pulangkan semula.

“Lily…” Nuh capai baju itu lalu selimut diturunkan.

Lily terkebil-kebil memandang Nuh.

“Nuh nak juga Lily pakai.”

“Tapi Nuh-.”

“Lily. Lily tetap cantik di mata Nuh. Semua yang ada pada Lily sempurna.” Pintas Nuh tanpa sempat Lily memberi alasan. Lily masih enggan.

“Nu-Nuh…”

“Lily kata Lily nak manja-manja dengan Nuh lepas kita kahwin kan? Jadi tak ada asbab Lily nak malu dengan Nuh.”

Lily meronta. Tapi Nuh yang gigih menyalin pakaian itu pada tubuh Lily sudahnya- satu bilik itu bergema dengan jeritan. Memang tidaklah adik beradik Nuh mahu datang menjenguk kerana masing-masing tahu betapa Nuh itu garang.

“Lily tak nak pakai baju ni!”

“Lily. Cantik je.”

“Tapi parut ni…” Lily menangis. Ha sudah. Nuh menghela nafas lalu kedua-dua pipi Lily itu ditekup sebelum dicium dengan penuh kasih.

“Lily cantik. Parut ni tak mencacatkan isteri Nuh.” Pujuk Nuh lagi.

“Lily malu. Parut ni buat Lily nampak buruk.”

Nuh menyeka lembut air mata yang masih bersisa di wajah Lily. Nuh menguntum senyuman nipis.

“Lily tak pernah nampak buruk. Cuba percaya cakap Nuh ni.”

“Betul Lily tak pernah nampak buruk?”

“Betul. Sebab Lily comel. Perempuan paling comel dan cantik yang pernah Nuh tengok.” Puji Nuh berbunga-bunga. Lily memeluk tubuh Nuh dengan lembut membuatkan Nuh mengusap belakang tubuh si isteri dengan penuh kasih.

Kesayangan dia ni.

Satu-satunya isteri yang dia akan ada dan miliki sampai hujung nyawanya.

“Nuh sayang Lily.” Bisik Nuh lembut. Menenangkan hati Lily. Lily mengeratkan pelukan bersama-sama senyuman.

Lily pun sayang Nuh. Sungguh. Kali ini tidak dilafazkan dan hanya diucapkan dalam hati. Tapi Lily tahu Nuh tentu tahu perasaan hatinya.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang