Bab 18♡

2.2K 157 8
                                    

“NUH…” baju Nuh ditarik lembut. Seganlah dia habis semua kenalan Nuh diberi tahu tentang kehamilan dia. Bukan itu saja, tuk walid mereka pun sudah tahu pasal berita itu termasuk dengan mak saudara, ayah saudara serta sepupu sepapat Nuh.

“Dahlah tu bagitahu pada semua orang…” tegur Lily sambil mengetap bibir bawahnya. Nuh ni memang tak tahu malu betul. Lily yang rasa malunya sampai Lily tak tahu dah dia nak membenam muka dia ni.

“Kenapa pula? Nuh nak kongsi kegembiraan ni sama-sama.”

“Ey, Lily mengandung je.”

“Apa yang je-je? Lily mengandung anak Nuh tau. Bukan ‘je’ dah. Itu berita yang sangat gempak tahu?”

“Nuh…” Lily mengembungkan pipi.

“Okey, Nuh berhenti.” Mengalahlah. Ibu mengandung ni nanti kecil hati pula dengan dia. Kandungan Lily sudahlah awal lagi. Nanti jadi apa-apa karang Nuh juga yang kecewa teruk.

Nuh membetulkan kedudukannya di atas katil. Rambut Lily dirapikan lalu dia menurunkan tangan pada perut Lily. Tempat ni menjadi tempat kegemaran dia untuk disentuh semenjak Lily sah mengandung.

“Ey, tak sabarnya nak tunggu pegang baby sendiri!” omel Nuh bersama-sama sengihan. Sebelum ini, Lily yang beria dan teruja mahu mempunyai anak. Sekarang, Nuh pula yang teruja.

Baby pun geleng saja tengok perangai Nuh.” Ujar Lily sambil menatap suaminya.

Tahu tak Nuh ni macam kucing nampak mainan? Teruja dan berkobar-kobar aje nak bermain. Macam itulah reaksi Nuh bila pegang perut dia. Kalau boleh bawa keluar baby dari perut Lily memang dah lama Nuh ambil baby tu keluar agaknya.

“Tak adanya baby geleng tengok perangai Nuh. Baby mesti tak sabar nak keluar sebab nak masuk dalam pelukan Nuh.” Pintas Nuh penuh yakin.

Lily menjuihkan bibir.

Nuh perasan!

“Nuh ada fikir nama. Apa kata kalau perempuan kita letak Carla Lily?” cadang Nuh dengan sengihan.

“Kenapa letak nama nak sama dengan Lily? Nanti Nuh panggil Lily baby pun mesti menyaut juga padahal tu nama Lily…” rungut Lily tak puas hati.

“Taklah. Baby gunalah Carla. Lagipun, Carla Lily tu nama bunga. Memandangkan nama Lily kan Carla Liliana. Jadi Nuh singkatkan jadi Carla Lily. Kan manis aje nama dia?” bidas Nuh dengan sengihan.

Lily menghela nafas.

“Kalau lelaki kan. Nuh nak bagi nama Luth Afeef.”

“Afif? Nama papa?”

“Bukan sebiji nama papa. Kalau papa punya nama kan eja A-F-I-F. Tapi baby ni eja A-F-E-E-F.”

“Kenapa Nuh nak letak nama macam papa?” Soal Lily ingin tahu.

“Sebab kalau tak ada papa. Tak adalah Nuh. Tak ada Nuh Lily takkan ada di sini. Tak ada kita berdua. Macam mana nak ada baby?” penerangan lembut Nuh cukup membuatkan Lily mengangguk faham. Mengerti.

Nuh menarik tubuh Lily supaya bersandar pada tubuhnya.

Sungguh Nuh kata dia tak sabar nak memegang anak sendiri. Mungkin inilah perasaan papanya setiap kali menunggu adik-adiknya yang lain lahir. Nuh mengusap lembut perut Lily. Sesekali ceruk leher Lily dicium.

“Lily…” seru Nuh dengan lembut.

“Hmmm?”

“Terima kasih tau.” Ucap Nuh tiba-tiba.

Lily merenung lama wajah Nuh. Laju saja Nuh mencium sekilas bibir itu. Telinganya memerah sedikit namun Nuh masih gagah mengukirkan senyuman.

“Terima kasih untuk?”

“Terima kasih untuk tumpangkan anak Nuh dalam perut Lily.” Ucap Nuh dengan lembut.

Lily tersenyum.

“Terima kasih juga.”

“Terima kasih untuk?” soal Nuh pula.

“Mengandungkan Lily.” Jawapan polos Lily membuatkan Nuh tersedak air liur sendiri. Berkerut dahi Lily dibuatnya.

“Kenapa Nuh tiba-tiba tersedak ni?” soal Lily keliru.

“Tentang mengandungkan tu tak payahlah terima kasih, Lily…” tegur Nuh lembut. Aduhai Lily. Nasib baiklah dia tak ada lemah jantung kalau tak dah lama dah dia arwah dengan perangai polos Lily.

“Kenapa pula? Lily kan nak baby. Kalau Nuh tak bagi Lily mengandung macam mana Lily nak em-…” Nuh menekup lembut mulut Lily.

Nuh menayangkan sengihan segan.

“Jangan ungkit hal tu ya, Lily? Sama-sama okey? Jom sleep. Nuh mengantuk.” Pujuk Nuh seusai melepaskan tangannya dari terus menekup mulut Lily. Nuh menepuk bantal miliknya dan juga bantal Lily.

Kemudian Nuh merebahkan tubuh.

Lily terkebil-kebil memerhatikan Nuh.

Tak mengerti. Dia ucapkan terima kasih pada Nuh sebab mengandungkan dia. Kenapa Nuh malu sangat?

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now