RUMAH Reiss dipandang dengan sengihan. Nuh terus saja menekan loceng yang terletak di tepi pagar. Pintu rumah dikuak perlahan-lahan. Kelihatan Reiss sedang berdiri di depan pintu tanpa baju.
“Lah Nuh…” Reiss membuka pintu pagar terus saja Nuh masuk.
“Kak Rina suruh Nuh melawat Abang Reiss.” Cerita Nuh seraya memasuki rumah milik abangnya tanpa sebarang keizinan. Biasalah dia. Rumah abangnya rumah dia juga. Tapi rumah abangnya suram meskipun bersih.
“Tak ada seri langsung.” Rungut Nuh.
“Eh, kau. Aku tahulah kau tinggal kat rumah mama.”
“Mungkinlah Nuh tinggal kat rumah mama. Masalahnya rumah Abang Reiss ni nampak suram. Tak ada keceriaan. Mungkin Abang Reiss tak ada buah hati la-auchhhhh!” Nuh terjerit kuat apabila pipinya ditarik geram oleh si abang.
“Kau ni banyak aje benda nak pertikai aku kan?” Gumam Reiss bengang.
Nuh menayangkan sengihan.
Apa boleh buat? Benda betul.
“Abang Reiss tak nak cuba nasib dengan Kak Anais ke? Mana tahu dia boleh berubah lepas Abang Reiss kahwin dengan dia. Mungkinlah nampak agak gila sikit. Tapi Nuh rasa dia baik je.”
“Ey, minta simpang! Tak nak aku. Gelap masa depan aku.” Bidas Reiss seraya menggosok tubuh. Seram sejuk bila dia mendengar nama Anais disebut. Gila perempuan itu padanya tak boleh bawa bincang.
Nuh ketawa.
“Lepas tu Abang Reiss nak perempuan macam mana?”
“Aku nak yang cerdik, baik dan seorang yang sesuai jadi ibu. Lembut ala-ala mama pun okey. Barulah sejuk hati nak memandang. Apa yang penting…”
“Cantik?” tebak Nuh.
“Yes. Semestinya cantik.” Sokong Reiss bersama-sama sengihan. Nuh tersengih kecil. Normal. Sebaik mana pun seseorang mesti juga akan pandang kecantikan meskipun kecantikan itu subjektif. Tidak pada luaran. Kecantikan dalaman pun jadilah…
“Nuh…”
“Rina masih lagi dengan lelaki tu ke?” soal Reiss ingin tahu.
“Lelaki? Lelaki mana?”
“Lelaki gatal tu lah.”
“Abang Khal ke? Mestilah. Dia nampak sangat bersungguh nak jadikan Kak Rina isteri dia. Nanti bila dia orang dah kahwin, Abang Reiss terimalah ya? Biasalah lelaki. Nakal mesti ada. Kita pun nak diikutkan nakal juga.” Lembut Nuh memujuk si abang.
“Tapi bukan dengan Rina.” Bidas Reiss tegas.
Nuh menggeleng.
“Tapi kalau Kak Rina dah kahwin dengan Abang Khal memang Abang Reiss kena terima juga. Pilihan Kak Rina…” ujar Nuh lagi.
Reiss menghela nafas.
Dia tahu.
Sebenci mana pun dia pada Khaleel andai itu lelaki yang memiliki hati adiknya itu terpaksa jugalkah dia terima.
“Aku terima. Tapi kalau dia cari pasal tinggal Rina untuk perempuan lain memang dia akan tahu langit sebenarnya tinggi atau rendah.”
“Nuh tahu. Abang Reiss ni sebenarnya protective. Tapi ajak balik rumah mama tak mahu.”
“Bukan tak nak. Aku sibuk. Dahlah Anais tu kerja datang saja ke rumah mama kalau dia tahu aku ada di situ. Lepas tu mama pula usulkan soalan tentang perkahwinan. Tambah lagi bakal suami si Rina tu. Berselirat otak aku ni.” Cerita Reiss.
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...