Bab 12♡

2.2K 167 15
                                    

NUH sibuk. Lily memuncung sambil meliarkan matanya memandang sekeliling. Ruang bacaan sudah seperti perpustakaan mini. Buku novel penuh dalam satu rak yang besar. Buku ilmiah ada di rak sebelah lagi.

Lily membelek novel-novel itu. Kebetulan Puan Raifa masuk ke dalam bilik bacaan itu. Langsir bilik bacaan dibuka Puan Raifa. Dia mengukirkan senyuman melihat gelagat menantunya.

“Semua tu buku novel mama. Masa mama mengandung mama suka baca buku novel. Papa pun melayan je sebab dia tak mahu mama sedih.” Cerita Puan Raifa tiba-tiba. Lily memandang wajah Puan Raifa.

“Nuh tak manjakan Lily sangat pun. Nuh sibuk aje dengan kerja dia.” Adu Lily.

“Nuh tu tak sibuk mana pun. Dia cuma segan saja nak bermanja dengan Lily. Biasalah. Nuh dan Lily kan dah kawan lama. Membesar dari kecil. Mestilah dia malu nak manja-manja.” Tukas Puan Raifa dengan lembut.

Lily memuncungkan bibir.

“Apa kata Lily baca saja buku novel ni. Lily buat-buat tak kisah pada Nuh.” Cadangan si mama membuatkan Lily terkebil-kebil.

“Lepas tu?”

“Lily kenalah keraskan hati. Lily tengoklah macam mana reaksi Nuh.”

“Lily akan buat. Tapi kalau Nuh buat tak tahu macam mana?” gumam Lily. Bukanlah dia nak overthinking tapi Nuh memang begitu. Bukannya layan sangat manja Lily.

“Lily merajuk aje. Nuh ni Lily kena ajar sikit.”

Lily mengangguk faham.

“Lily pinjam buku novel mama.” Katanya.

“Pinjam saja. Tak perlu minta.” Bidas Puan Raifa. Lily mengukirkan senyuman lantas Lily melangkah keluar dari bilik bacaan itu. Elok saja Lily keluar, Encik Afif menjengulkan kepalanya.

“Sayang…” tegur Encik Afif dengan sengihan. Puan Raifa mengukitkan senyuman manis lalu Encik Afif melangkah masuk. Tubuh itu dipeluknya lembut sebelum dia mencium pipi kiri Puan Raifa.

Wangi!

“Sayang ajar apa pada Lily?” soal Encik Afif ingin tahu. Dia dengar saja apa yang dibualkan tadi. Sengaja gunakan perihal Lily untuk dijadikan topik.

“Saya suruh Lily tu ajar Nuh supaya lebih romantis.”

Encik Afif ketawa.

“Apa boleh buat Nuh tak turun romantis abang. Dia turun lembut mama dia.” Ucap Encik Afif seraya mencuit batang hidung si isteri.

Puan Raifa tersenyum nipis.

“Saya lembut sebab abang. Kalau tak lembut hilang entah ke mana.” Selamba saja Puan Raifa membalas. Encik Afif mencubit geram pipi si isteri.

“Ey, comel.” Pujinya.

Puan Raifa senyum saja.

+++

LEPAS solat Isyak, Lily baring terus atas katil. Betul-betul sebelah Nuh yang sedang membuat kerja. Tiga jam berlalu, Lily masih membaca buku novel itu sementara Nuh sudah selesai menyiapkan kerja. Laptop juga sudah dimatikan.

“Jom tidur, Lily.” Tegur Nuh setelah lama membisu.

“Nuh tidurlah. Lily nak baca novel.” Balas Lily tanpa memandang wajah Nuh. Sepasang matanya masih fokus pada isi kandungan novel itu. Nuh baring. Dia pandang Lily tapi Lily masih meniarap sambil membaca buku.

“Esoklah sambung baca novel tu.”

“Lily nak habiskan malam ni. Esok Lily nak baca novel lain.” Tukas Lily lagi.

Nuh mengetap bibir.

“Suka hati Lily. Nuh nak tidur.” Nuh terus palingkan wajah dari Lily. Lily buat-buat tak tahu saja. Dua puluh minit Nuh cuba pejam mata. Tak boleh tidur. Dia tenung saja siling bilik dan pendingin hawa yang terpasang itu.

Tak mengantuk!

Nuh pandang Lily lagi.

Baca novel boleh gelak-gelak macam ada orang mengurat. Bukan best pun novel-novel ni. Tak faham dia.

“Jomlah tidur, Lily.”

“Nuh tidur je la dulu.”

“Nuh tak boleh tidur masalahnya. Lily jomlah tidur.”

“Lily tak nak tidur lagi. Lily nak baca buku. Petang tadi Lily tak tidur jadi Lily tak mengan-.” Terjerit Lily tatkala Nuh menarik dia terbaring lalu tubuhnya ditindih Nuh.

“Lily nak baca buku.”

“Seronok sangat baca buku tu. Biar Nuh pula yang baca Lily.” Tutur Nuh seraya butang baju tidur si isteri dibuka satu persatu. Lily menolak Nuh dengan lembut. Bila Nuh meragut bibirnya buat Lily tak mampu lagi nak melawan.

Secair Lily pada hero novel. Cair lagi Lily pada seorang Nuh Aqwa.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang