Bab 33♡

1.7K 153 4
                                    

LILY terlena seusai menyusukan Luth dan memandikan anak aulung mereka itu. Bibir kecil Lily yang terbuka sedikit dikucup sayang. Tidak pernah sekali pun Nuh merasa tak cinta pada Lily. Setiap saat bibir itu berbicara setiap kali itulah hati Nuh jatuh cinta.

Bibir Lily dicium sekilas.

Lily bergolek ke sisi apabila diperlaku sebegitu rupa. Nuh ketawa kecil lalu dia menarik tubuh Lily agar rapat dengan tubuhnya. Sejujurnya, Lily merupakan isteri yang sangat comel dan menarik.

“Nuh…”

“Tidurlah. Nuh saja nak peluk Lily.” Bisik Nuh dengan suara yang cukup lembut. Belakang tubuh Lily dibelai sayang. Nuh tersenyum bila Lily membalas pelukannya. Bau haruman tubuh Lily buat Nuh rasa tenang saja.

“Nuh. Abang Reiss ada telefon Lily. Dia nak datang melawat Luth.”  Tutur Lily dengan nada yang lembut sekali. Nuh tersengih. “Lepas tu Lily cakap apa?” soal Nuh ingin tahu. Sengaja dia mahu memanjangkan perbualan mereka memandangkan hari ni mereka penat mengemas barang mereka untuk berpindah ke rumah lain.

“Lily cakap okey aje sebab kita tak jumpa lagi baby Abang Reiss.” Tukas Lily dengan suara yang amat tenang sekali.

“Kan. Nuh tahu baby Abang Reiss pun lelaki. Bolehlah Luth berkawa  dengan baby Abang Reiss.”

Lily tidak membalas sebaliknya dia menyembamkan wajah pada dada Nuh. Nuh mengusap belakang kepala Lily.

+++

LILY membiarkan kembar tiga itu bermain dengan Luth sementara Lily menyapu di luar rumah. Rambut diikat sanggul sebelum Lily mencapai penyakar lalu dia membersihkan seluruh halaman rumah milik keluarga Nuh.

“Rajinnya isteri Abang Nuh ni. Pagi-pagi dah menyapu.” Teguran jiran sebelah buat Lily hanya mengukirkan senyuman nipis saja. Kemudian, Lily kembali menyapu. Sepasang mata itu hanya menompang dagu di atas pagar sambil memerhatikan Lily.

“Banyak betul masa kau sampai kau kacau kakak ipar aku.” Teguran yang tiba-tiba buat jiran yang menegur Lily itu terkujat. Tak perasan pula bila masa Waez duduk di depannya sambil mengukirkan senyuman.

Mungkin dia leka memandang-

“Isteri orang memang cantik. Tapi aku rasa kalau kau tak nak muka kau ada kesan lebam lebih baik kau undur diri.” Pesan Waez dengan sengihan. Muka mesra tapi tiada siapa yang tahu perasaan Waez sebaliknya.

Remaja lelaki itu menelan liur.

“Aku bukan buat apa-apa pun pada kakak ipar kau. Aku tengok aje dia menyapu. Takkan itu pun kau nak marah aku?” soal remaja lelaki itu perlahan. Sejak dari dulu lagi dia rasa Waez yang paling lembut antara tiga kembar itu.

Tak sangka pula senyuman yang Waez pamerkan itu hanyalah sekadar topeng sahaja. Hakikatnya, tiada siapa yang tahu Waez ni segarang mana.

“Mula-mula memang niat nak tengok saja. Nanti mulalah hati tu berkenan. Bila timbul rasa suka mesti terdetik nak jadi perampas. Plot jalan cerita yang ringkas. Aku dah hafal sangat.” Kata Waez dengan ketawa kecil.

Drama yang amat membosankan bagi dia.

“Kita kan kawan. Kau tak baik tuduh aku macam tu.”

“Kawan tak kawan. Aku pantang kalau orang nak rampas kakak ipar aku.” Kata Waez lagi.

Lelaki itu terkumit-kamat membebel sesuatu lantas dia turun dari terus memanjat pagar. Waez menoleh memandang kakak iparnya yang dari tadi mencakar sampah tanpa mempedulikan sekeliling.

Tak terganggu langsung dengan perbualan mereka?

“Kak Lily…”

Lily berhenti menyakar sampah. Sepasang matanya memandang ke arah Waez yang berdiri di hadapannya.

“Kak Lily tak faham ke perbualan kami tadi?” soal Waez berani mati.

Lily mengangguk polos.

“Kak Lily faham tapi tak baik kalau kita menyampuk perbualan orang lain. Lagipun, Kak Lily dengar macam serius. Itu sebabnya Kak Lily buag-buat saja tak tahu.” Balas Lily dengan jujur.

Waez ketawa kecil.

Sudah dapat diagak jawapan kakak iparnya.

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now