Bab 22♡

2.2K 150 11
                                    

PUSING badan ke kiri, tak boleh tidur. Pusing badan ke kanan. Tak selesa. Lily rasa penat berulang-alik ke tandas. Sekarang, baby aktif di dalam perutnya membuatkan Lily rasa nak menangis saja. Dia mengantuk tapi tak boleh nak tidur.

Lily merenung Nuh yang sedang bersandar pada kepala katil sambil menaip sesuatu pada laptop. Lengan kanan Nuh dicuit membuatkan Nuh berhenti melakukan kerja dan menoleh memandang Lily.

“Nuh ingat Lily dah tidur.”

“Lily nak tidur tapi baby bergerak aktif sangat.” Adu Lily sambil menayangkan wajah sayu pada Nuh. Nuh mengukirkan senyuman nipis. “Baby nak main dengan mama dia ni.” Ujar Nuh seraya mengusap rambut Lily.

“Kenapa dia nak main malam-malam? Lily nak tidur.” Rungut Lily tak puas hati. Siang-siang boleh pula diam saja. Bila nak malam aje seronok pula dia menendang sakan di dalam perut.

Nuh menyimpan laptop kemudian dia baring disebelah Lily.

Baby, jangan tendang sangat perut mama. Kesian mama ni nak tidur tak boleh. Mama nak tidur.” Ujar Nuh dengan suara lembut. Perut Lily diusap dengan penuh kasih. Rasa tendangan itu berkurang sedikit.

“Apa ni? Baby nak dengar cakap Nuh aje. Lily cakap dia tak mahu dengar pun. Baby tak sayang mama dia.” Rungut Lily.

Nuh tergelak. Sebenarnya, terhibur dengan tingkah Lily. Lily ni duduk sendiri pun boleh bergaduh dengan anak dalam perut tu. Tak pernah dibuat ibu mengandung itulah dibyat Lily.

Al-maklumlah Lily suka benda yang pelik-pelik.

Lily mencapai tangan Nuh yang menyentuh perutnya lalu ditekup pada pipinya. Lily menguntumkan senyuman suka sambil memejamkan matanya. Nuh mengukirkan sengihan melihat gelagat isterinya.

“Lily nak Nuh peluk Lily.”

Nuh melayankan saja. Nanti kalau dia menolak ada juga yang menangis. Nuh baring lalu dia bertindak mahu memeluk Lily namun pelukan terhalang dek perut yang semakin membukit.

“Tak sampailah, Lily.” Nuh menayangkan sengihan.

Lily memuncungkan bibir.

“Baby besar sangat!” rungut Lily tak puas hati.

Nuh terus ketawa.

“Lily pusing.” Nuh suruh Lilh berpaling dari dia. Nuh mendekatkan tubuh mereka lalu Nuh memeluk tubuh Lily. Perut Lily yang membukit itu diusap dengan penuh kasih. Sungguh Nuh tak sabar menantikan kelahiran si kecil.

“Sedihlah…” gumam Lily tiba-tiba.

“Kenapa Lily sedih pula?” lembut saja suara Nuh menyoal si isteri.

“Bila Lily dah mengandung. Lily tak boleh nak pandang muka Nuh masa Lily nak tidur.  Lily nak pandang muka Nuh…” suara Lily mula bertukar sayu. Tak lama lepas tu Lily mula menangis.

Nuh memusingkan tubuh Lily supaya menatapnya.

Air mata itu disekanya dengan penuh kasih.

“Jangan menangis. Lily dah pandang muka Nuh kan?”

Lily merapatkan tubuh pada Nuh sehingga perutnya yang membukit berlaga dengan perut Nuh. Nuh ketawa suka. Sejujurnya Nuh seronok tengok Lily tengah sarat mengandung. Meskipun begitu Lily jenis yang aktif.

Suka sangat berjalan. Bak kata mama eloklah Lily suka berjalan dan buat kerja rumah nanti senang hendak bersalin.

Baby ni makin hari makin berat. Lelah Lily nak bawa.”

“Tak apa. Berbaloi tau. Bila dah lahir nanti mesti Lily rasa macam gembira sangat sebab baby yang Lily mengandungkan tu dah ada dalam pelukan.” Balas Nuh.

Lily mengemam bibir.

Perutnya diusap.

Sayang tapi itulah Nuh lagi fokus pada perut Lily berbanding dengan Lily sebenarnya. Awal-awal lagi Lily dah diduakan dengan perut sendiri.

Nuh mencubit bibir Lily dengan lembut.

“Sakitlah, Lily.” Rungut Lily.

“Muka tu masam kenapa? Lily tak suka ada baby dengan Nuh?”

“Bukan Lily tak suka. Tapi Nuh tak adil. Nuh lagi suka bercakap dengan baby berbanding dengan Lily sedangkan Lily yang bawa baby.” Rungut Lily. Sekali lagi, Nuh krtawa tatkala dia mendengar penerangan Lily.

“Ey, Nuh tak lebihkan baby. Macam mana Nuh nak duakan Lily sedangkan Lily tu mama baby ni? Lagipun, tak pernah ada suami yang curang dengan isteri sendiri bersama-sama perut.”

“Mana Lily tahu. Lily cakap saja.”

Nuh mengusap lembut kepala Lily.

“Lily dengar sini. Lily tu satu-satunya isteri Nuh dan satu-satunya permaisuri yang Nuh ada. Tanpa Lily kerajaan kita takkan dapat dibina.”

“Nuh ni sweet lah!” ujar Lily seraya memeluk batang leher Nuh sebelum batang hidung si suami dicium berkali-kali.

Nuh hanya pasrah saja.

Tak sia-sia dia google ayat manis tadi. Heh.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang