“NUH…” Pipi Nuh yang sedang lena ditampar-tampar. Nuh mamai tapi dia bangun juga memandang Lily yang sedang membalut diri dengan selimut. Seraut wajah resah si isteri dipandang dengan rasa hairan.
“Kenapa ni Lily?” soal Nuh lembut.
“Badan Lily sakit. Nyamuk gigit Lily. Banyak…” adu Lily dengan suara lirih. Nuh membetulkan postur tubuhnya. Dia duduk bertentangan dengan Lily. Lampu bilik tidak dibuka mereka hanya menggunakan lampu tidur saja jadi samar-samar saja dia nampak Lily. Tak lah segan sangat.
“Mana? Biar Nuh tengok.” Nuh membelek tubuh Lily.
“Ni merah-merah. Leher ni. Bahu ni. Atas dada Lily pun ada. Banyak nyamuk gigit Lily. Nuh lah ni tak pasang ubat nyamuk.” Rungut Lily seraya memuncungkan bibir.
Nuh pula hilang suara.
Bilik mereka menggunakan pendingin hawa. Celah mananya nyamuk nak masuk bilik. Tak sempat nak menggigit dah mati keras nyamuk tu. Lagipun, kesan gigit tu bukan nyamuk. Tapi Nuh yang gigit. Biasalah dia geram dah lama dengan kulit Lily. Tapi Lily keliru. Mujurlah…
“Lily manis sangat. Itu nyamuk geram.” Balas Nuh perlahan.
“Lily tak suka nyamuk. Sakit Lily…” rungut Lily lagi.
“Tak apa. Nanti Nuh sapu ubat. Ey, jahat nyamuk ni gigit Lily.” Pandai saja Nuh mengiakan cerita Lily.
“Nuh. Pinggang Lily sakit. Kaki Lily tak boleh nak berdiri dah. Nuh lah ni buat Lily kasar-kasar. Tu tengok ada darah atas tilam. Lily berdarah ke? Lily nak mati dah?”
Nuh meraup wajah.
“Lily takkan mati lagi.”
“Mana Nuh tahu? Darah ni.”
“Itu maknanya Lily dah jadi milik Nuh.”
Lily terkebil-kebil memandang seraut wajah Nuh. Tidak mengerti.
“Lily dah jadi milik Nuh? Maknanya? Bukan masa Lily kahwin dengan Nuh Lily memang dah jadi milik Nuh? Nuh pun Lily punya.” Polos jawapan Lily. Nuh menekup geram pipi Lily.
“Lilyku, darah tu sebab Lily tu anak dara. Tapi Nuh dah rasmikan Lily. Kiranya, Lily bukan anak dara lagi. Faham?”
“Fawam.” (Faham).
Nuh melepaskan pipi Lily.
“Nuh minta maaf sebab buat Lily sakit. Nuh lupa Lily ni fluffy.” Ucap Nuh sambil mengusap pipi Lily. Lily terus saja memeluk erat batang tubuh si suami.
Nuh tersenyum.
“Tidurlah Lily.” Nuh menarik tangan Lily supaya baring dengannya. Lily membiarkan saja Nuh menariknya ke dalam pelukan. Sesekali ubun-ubunnya terasa dicium penuh rasa sayang mengundang senyuman manis Lily.
Gembira.
“Good night, Lily…”
“Sweet dreams, Nuh,”
+++
SEUSAI menunaikan solat subuh, Lily keluar dari bilik kerana Nuh tertidur selepas menyiapkan kerja. Lily ajak Nuh bersarapan pun Nuh tak mahu.
“Selamat pagi mama.” Sapa Lily sambil mendekati si mama.
“Pagi, Lily.”
“Mama. Malam tadi Nuh buat Lily-.” Tak sempat Lily hendak berbicara mulutnya ditekup dari belakang. Lily memandang lelaki yang berdiri disisinya.
“Nuh?” tegur Puan Raifa.
“Mama. Abaikan apa yang Lily nak cakap biasalah. Lily…” ucap Nuh bersama-sama sengihan janggal. Dia menarik Lily menuju ke arah dapur. Mujurlah adik-adiknya dan papanya tidak turun lagi ke ruang makan. Kalau tidak naya lah Nuh.
“Nuh tidur. Macam mana Nuh bangun?” soal Lily tatkala Nuh mengalihkan tangannya. Nuh menghela nafas. Tak jadi nak tidur bila dia dengar Lily nak turun bawah. Risau perihal dalam kelambu mereka pula Lily cerita.
Mampus dia.
“Lily…” pipi Lily diusap.
Lily terkedip-kedip memandang Nuh.
“Nuh tak boleh cerita pasal malam tadi pada sesiapa.” Pesan Nuh.
“Kenapa?”
“Tak baik, Lily.”
“Kenapa tak baik? Kita dah kahwin.” Polos Lily menjawab. Nuh meraup wajahnya. Mujurlah dia kenal Lily sudah lama.
“Ya. Apa yang kita buat baik. Tapi bila kita cerita pada orang tak baiklah.” Terang Nuh dengan lembut.
“Faham, Lily?”
Lily mengangguk.
Nuh mengusap kepala Lily.
“Pagi-pagi dah tengok drama…” tegur Afwa tatkala dia melihat abangnya dan kakak iparnya di situ.
“Ish sibuklah. Tahulah single.”
Afwa menjuihkan bibir.
Al-maklumlah, Afwa berkenan pada Ayra. Adik Ayyim dan Ayana. Masalahnya orang tu dah ada kesayangan. Mananya Afwa tak geram.
“Jom makan.” Afwa tak mahu buka topik lagi. Biasalah kalah.
Nuh membetulkan rambut panjang Lily supaya menutup leher. Kepala Lily diusap lembut.
Pipi si isteri dicubit geram.
“Comel.” Gumam Nuh geram.
Lily mengulum senyum. Rasa segan tapi suka.
“Lily comel untuk Nuh aje.” Polos jawapan dia tapi cukup buat Nuh sengih. Nuh gamit si isteri duduk di ruang makan.
“Nu-Nuh cinta Lily.” Bisik Nuh perlahan.
Bila Lily memandang Nuh. Nuh sedang menekup mulut. Tapi telinga Nuh memerah sudah cukup buat Lily faham yang suaminya segan.
Lily ketawa suka.
Nuh comel juga.
YOU ARE READING
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...