NUH duduk termenung sambil mendukung Luth yang masih tidur. Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang yang duduk disebelahnya membuatkan Nuh menoleh. Perempuan Melayu juga tapi berpakaian yang agak terdedah. Nuh tahu Lily tidak bertudung tetapi mustahil untuk Nuh membiarkan Lily memakai pakaian seseksi begini.
Nuh benarkan Lily berpakaian seksi tapi hanya untuk tatapan Nuh saja. Tidak boleh lelaki lain melihat Lily seksi.
“Tunggu mak ke?” tegur perempuan itu dengan senyuman manis.
Nuh menoleh ke arah lain.
“Comel adik tu. Nama siapa? You anak sulung?” perempuan itu masih cuba untuk berbicara dengan Nuh. Nuh masih buat-buat tak nampak. Perempuan itu mengetap bibir lalu pipi Luth cuba dicuitnya.
Drastik Nuh bangun.
Perempuan itu mengerdipkan mata. Menayangkan muka comel agar Nuh mula rasa serba salah padanya.
Sebaliknya, Nuh rimas! Entah dari mana perempuan ini datang pun Nuh sendiri tak tahu. Tak ada angin tak ada ribut duduk sebelah dia main cuit-cuit pipi anak dia. Hey, nyamuk pun dia tak bagi gigit inikan pula dia nak biarkan khinzir sentuh anak dia!
“Nuh. Lily dah siap.” Suara Lily yang menyapa halwa telinganya membuatkan Nuh menoleh memandang Lily.
“Oh, you tunggu adik you.” Tutur perempuan itu seraya bangkit mendekati Lily.
“Hai, adik. I berkenan dengan abang you. Boleh I jadi wife dia?” Tanpa rasa malu perempuan itu menghulurkan tangan pada Lily. Kononnya mahu berjabat tangan. Lily memandang Nuh dengan muka tak percaya.
Nuh laju menggeleng.
Muka Lily marah sangat menakutkan.
“Oh, hi aunty.” Lily membalas salaman itu dengan senyuman comel.
Air muka perempuan itu berubah.
“Wait, you panggil I ni aunty? I ni muda lagi tahu? I-.” tak sempat perempuan itu hendak menghabiskan bicara Lily memeluk tubuh perempuan itu.
“Abang yang aunty berkenan tu suami Lily. Aunty rampas dia dari Lily aunty akan tahu macam mana sakitnya bila Lily patahkan setiap satu tulang aunty.” Bisik Lily. Tubuh perempuan itu mengeras.
Lily meleraikan pelukan. Setapak Lily ke belakang, perempuan itu sudah terjelupuk jatuh.
“Alamak! Aunty sakit ke?” soal Lily dengan muka risau.
Perempuan itu tampak berpeluh merenung Lily. Enggan menatap sepasang mata itu lagi.
“Lily, jomlah kita balik. Nanti sakit aunty tu berjangkit pada Lily. Nuh tak nak Lily sakit.” Tutur Nuh seraya memaut pinggang Lily supaya mendekatinya. “Bye, aunty. Semoga kita tak berjumpa lagi.” Pamit Lily seraya mengikuti langkah Nuh.
Mereka berdua keluar dari kawasan tandas itu.
“Lama ke Lily masuk tandas?”
“Taklah lama sangat.”
“Nuh kenal ke perempuan tadi?” soal Lily ingin tahu. Nuh menggeleng dengan pantas. “Nuh tak tahu pun siapa perempuan tu. Masa Nuh tengah tunggu Lily tadi dia tiba-tiba duduk sebelah Nuh lepas tu tanya Nuh tunggu siapa. Nuh tak layan dia pun. Sungguh!”
Lily tersengih.
“Lily percayakan Nuh. Nuh tak pernah tipu Lily.” Polos jawapan Lily itu. “Mari Lily dukungkan Luth pula. Seronok sangat kena dukung dengan papa sampai tak nak bangun lagi.” Omel Lily seraya mengambil Luth dari Nuh.
“Susahlah ada suami hensem dan baik macam Nuh. Lily tak ada sekejap aje perempuan lain dah cuba nak ambil Nuh dari Lily.” Gumam Lily perlahan.
Muka sedih Lily membuatkan Nuh rasa serba salah.
“Nuh sanggup aje burukkan muka Nuh kalau itu kehendak Lily. Nuh tak kisah seramai mana perempuan sukakan Nuh. Nuh hanya kisahkan Lily saja.” Bicara Nuh itu mengundang ketawa kecil Lily.
“Nuh, ni. Sweetlah.” Puji Lily dengan sengihan.
Nuh terpinga-pinga. Sweet? Dia cakap benda yang betul aje. Tapi kalau Lily dah kata dia sweet apalah yang dua hendak katakan kan? Nuh pun anggukan ajelah.
Lagipun, Lily satu-satunya wanita yang dia mahukan sejak dulu lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
ꪀꪊꫝ
RomantikKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...
