Bab 8♡

2.2K 147 14
                                    

SELALUNYA kalau si mama sebelum tidur tentu dia akan duduk di depan cermin untuk menghias wajah. Tapi- Nuh memandang Lily yang melompat sakan di atas katil dengan baju tidur yang lengkap. Comel memanglah comel tapi bunyi bising katil itu buat orang diluar berfikir lain.

Tangan Nuh ditarik secara tiba-tiba.

"Kenapa?"

"Jom lah lompat dengan Lily! Malam ni kan malam pertama kita jadi suami isteri isteri. Abang Reiss kata suami isteri kena buat bising dalam bilik." Nuh tepuk dahi sendiri bila dia dengar Lily kata begitu.

Kenapa abang sulungnya itu gemar benar mengajar Lily yang bukan-bukan? Lily memanglah naif. Semua kata-kata orang si isterinya itu percaya bulat-bulat.

"Kenapa Nuh? Ada nyamuk ke?" tak jadi sambung melompat terus Lily duduk berhadapan dengan Nuh. Dahi Nuh diusapnya dengan penuh kasih di mana tempat suaminya menepuk tadi.

"Haah, nyamuk." Nuh iyakan saja. Nanti banyak pula Lily tanya.

"Lily..." seru Nuh dengan lembut.

"Ya?"

"Tak ada orang baru kahwin main lompat-lompat atas katil."

"Habis tu kalau tak lompat macam mana nak bising?" Soal Lily dengan keliru. Abang iparnya beritahu malam pertama kena bising. Lily tanya macam mana nak bising abang iparnya jawab katil. Jadi Lily melompatlah atas katil macam apa yang Reiss cakap.

"Jomlah tidur. Nuh dah mengantuk." Nuh tarik Lily supaya baring dengan dia.

"Tapi Nuh, bilik ni kena bising." Tegur Lily lagi.

"Tak payah bising pun tak apa." Balas Nuh sambil menepuk lembut bahu Lily. Susah betul bila ada isteri yang banyak idea sangat nak bertanya.

"Tapi Nuh... Abang Reiss cakap-," tak sempat Lily hendak menghabiskan bicara terus saja pipinya dicengkam lembut membuatkan Lily terkebil-kebil memandang Nuh. Muka Nuh nampak geram.

"Kenapa Nuh masam?" soal Lily hairan.

"Lily asyik sebut Abang Reiss saja. Nama dia tak pernah nak lekang lepas kita kahwin. Lily suka Nuh ke Lily suka Abang Reiss?" soal Nuh dengan wajah cemburu.

"Mestilah Lily suka Nuh. Kalau tak Lily kahwin dengan Abang Reiss kalau Lily suka Abang Reiss." Jawapan polos itu membuatkan Nuh menghela nafas. Nuh menyembamkan wajah pada bantal.

"Nuh stress ke? Sabar Nuh. Hidup memang ujian." Pujuk Lily sambil mengusap belakang tubuh si suami.

Nuh tak tahulah nak jawab apa. Apa yang pasti dia hanya menarik tubuh Lily ke dalam pelukan. Lalu tubuh Lily dipeluk dengan begitu erat. Tak sempat Lily nak bercakap Nuh dah menekan kepala si isteri pada dadanya supaya Lily diam.

Kalau Lily bercakap lagi sampai sianglah mereka berjaga.

+++

JAM loceng berdering kuat. Nuh tutup dan kemudiannya dia bangkit untuk mandi. Tapi Lily juga terpisat-pisat bangun memegang tangan Nuh dari pergi meninggalkannya.

"Nuh nak ke mana?" soal Lily mamai.

"Nuh nak mandi. Nak solat subuh." Katanya seraya bangun. Lily juga turun dari katil. Nuh memandang hairan wajah si isteri.

"Lily nak ke mana?"

"Nak mandi. Nak solat subuh." Tukas Lily polos. Jawapan Nuh tadi ditiru bulat-bulat.

"Pagi-pagi sejuk. Lily ambil wuduk saja lepas tu tunggu Nuh."

"Nuh mandi. Lily pun nak mandi." Lily masih berdegil. Nuh melangkah masuk ke dalam tandas dan Lily hanya mengikut saja tanpa segan silu. Tuala disangkut pada penyidai. Lily terus saja membuka pakaian.

"Ja-jangan buka!" kalut Nuh dibuatnya.

"Kenapa? Nak mandi kena buka baju. Mana boleh mandi basahkan baju." Tukas Lily dengan muka naif.

"Nuh malu."

"Kenapa nak malu? Nuh kan suami Lily."

"Kita kan baru kahwin. Nuh malu lagi." Bidas Nuh. Lily menjuihkan bibir. Tak habis-habis nak malu. Dulu sebelum kahwin nak malu-malu tak apalah. Ini dah kahwin pun. Tidur peluk dia.

Nak mandi sama-sama pun malu lagi?

Lily buka saja baju. Dia endahkan Nuh yang dah macam jumpa pacat saja dalam tandas tu. Lily masuk dalam tab mandi.

"Nuh. Masuklah..." jemput Lily.

"Nu-Nuh rasa Nuh tak jadi mandi. Nuh ambil wuduk saja lepas tu Nuh tunggu Lily di luar. Okey?" bidas Nuh dengan nada gugup.

"Mandilah Nuh. Nuh janji nak mandi dengan Lily kalau kita dah kahwin..."

"Tak nak."

"Lily bencilah dengan Nuh ni! Suka mungkir janji!" suara Lily mula bertukar nada. Lily mengembungkan pipi.

"Okey-okey. Nuh mandi." Kalut Nuh menanggalkan baju.

Dia masuk saja ke dalam tab.

"Seluar tak tanggal?"

"Terlupa." Balas Nuh sambil menayangkan sengihan hambar. Dia bukan terlupa tapi dia sengaja pakai seluar. Nanti banyak pula Lily menyoal. Mahu dia segan sampai tahun depan.

Lily diam.

"Kita tak boleh mandi lama-lama. Subuh terlepas nanti." Pesan Nuh.

"Okey." Nuh menghela nafas lega. Mujurlah Lily akur saja. Mungkin sudah terbiasa awalkan solat jadi Lily tidak banyak tanya.

"Nuh dah siap mandi." Elok dia bilas-bilas badan. Dia keluar capai tuala. Tak betah dia tengok badan putih Lily. Seronok pula isteri dia mandi tanpa sedar mata lelaki dia ni memerhati.

"Cepatnya,"

"Subuh tak lama, Lily." Tegur Nuh dengan lembut. Tanpa membuang masa terus saja Nuh keluar. Muka aje nampak tenang sedangkan jantung dia berdegup macam hendak meletup saja. Haih.

​ꪀꪊ​ꫝTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang