Bab 9♡

2.5K 151 3
                                    

NUH turun bersarapan bersama-sama Lily. Biasalah baru aje kahwin mestilah menjadi usikkan keluarga lagi-lagi si papa yang kuat menyakat. Mujurlah Nuh tak ada buat apa-apa dengan Lily lagi kalau tidak memang Nuh malu petala langit ke-7.

“Uish, pengantin dah sampai!” sakat Waez sambil menayangkan sengihan nakal. Nuh terus saja menyekeh geram kepala si adik tanpa banyak soal. Kemudian, Nuh menarik kerusi untuk Lily duduk.

“Semalam ada dengar bunyi katil dari bilik orang tu…” ujar Ael pula bila berkesempatan. Memandangkan semalam dia tidur lewat.

“Semalam Kak Lily dan Abang Nuh melompat atas katil.” Jawapan jujur Lily awal-awal mengundang gelak Encik Afif. Puan Raifa tidak juga berkata banyak malahan dia turut menggeleng bersama-sama senyuman manis.

Lily. Siapa aje tak kenal.

“Kak Lilt kalau tak comel memang tak sah.” Puji Afwa ringkas.

Lily menekup pipi.

“Nuh. Afwa kata Lily comel. Bagi Nuh Lily ni comel tak?” soal Lily sambil memandang telus sepasang mata si suami. Nuh melarikan anak mata ke arah lain seolah-olah enggan menjawab pertanyaan si isteri.

Lily menggembungkan pipi.

“Nuh, jawablah soalan Lily.” Tegur Puan Raifa.

Nuh ni susah benar mahu jujur dengan Lily. Bila diugut atau dipaksa barulah kalut mahu jujur. Tak fahamlah Puan Raifa dengan sikap anak lelakinya yang seorang ini.

“Lily tak comel.ily cantik.” Jawapan ringkas itu membuatkan kembar tiga itu sengaja berpura-pura batuk. Nuh yang mahu mengacah cool pun tak mampu. Telinganya mula memerah membuatkan Nuh mencicit lari menuju ke tandas.

“Aww. Nuh dah lari.” Kata Lily perlahan.

“Kejap lagi dia datang baliklah tu.” Balas Puan Raifa.

Lily menghela nafas.

“Kenapa Nuh malu-malu lagi dengan Lily? Kami kan dah kahwin.” Gumam Lily dengan muka keliru.

Encik Afif tersenyum nipis.

“Nuh suka Lily. Itu sebabnya dia malu.” Balas Encik Afif dengan tenang.

“Jadi kalau Nuh tak suka jadi dia tak malu ke?” soal Lily lagi.

“Kalau Nuh tak suka dia tak layan.” Jawapan ringkas Encik Afif cukup untuk membuatkan Lily faham yang Lily sememangnya berharga bagi seorang Nuh Aqwa.

+++

KELIBAT Nuh tidak kelihatan seusai sarapan. Jikalau Lily hendak kata bahawa Nuh pergi bekerja mustahil. Nuh cuti kerana dia berkahwin.

Lily tak berputus asa dan mencari Nuh di dalam bilik tidur mereka. Ya, Lily nampak Nuh sedang membaca sebuah buku tebal sambil sesekali menulis sesuatu pada laptopnya. Terus saja Lily mendekati Nuh tanpa ragu-ragu lalu dia menerpa Nuh dengan lembut. Batang leher Nuh dipeluk dari belakang.

“Lily…” tegur Nuh.

“Nuh buat kerja ke?” soal Lily ingin tahu.

“Ya, Nuh buat kerja.”

“Tapi hari ni Nuh kan cuti sebab baru kahwin dengan Lily. Sepatutnya Nuh tak boleh buat kerja. Nuh kena kawan dengan Lily je. Lily kan isteri Nuh.” Ungkit Lily dengan muka naif. Nuh nak marah pun tak sampai hati.

“Nuh, manjakan Lily…” rengek Lily sambil melabuhkan punggung di atss ribaan Nuh tanpa segan silu.

“Li-Lily!” bercampur baur perasaan Nuh dibuatnya.

Dia terkejut dan dia rasa tak tentu.

“Papa kata suami isteri kena manja-manja.” Tutur Lily.

“Kenapa pula papa kata macam itu?”

“Masa Lily cari Nuh tadi Lily terserempak dengan papa. Lily tanya macam mana nak ada baby macam papa dan mama. Paoa bagitahu yang suami isteri kena manja-manja baru dapat baby.” Cerita Lily buat Nuh rasa nak menangis saja.

Papa dia pun kenapalah pergi bagitahu Lily pasal mengandung? Rasanya Lily dah lama lupa. Baru Nuh faham datang dari manalah perangai Reiss yang suka mengajar Lily ni perkara pelik-pelik. Rupanya hasil didikan papa.

Haih.

“Nuh…” Lily menggesel manja bibirnya pada batang leher Nuh.

Allah…

Nuh karam juga nanti.

“Lily, jangan buat Nuh macam ni.” Tegur Nuh dengan lembut. Tangannya cuba meleraikan.pelukan Lily dengan lembut. Namun, Lily masih berdegil. Lily kalau dah melekat dengan dia memang serupa gam gajahlah cerita dia.

“Nuh, Lily nak baby.”rengek Lily.

“Tak payahlah baby-baby lagi. Lily tak sedia lagi.”

“Lily nak baby! Nuh tak nak bagi Lily baby Lily nak minta dekat Putera.” Rajuk Lily. Baru aje nak bangun terus Nuh tahan. Nuh pantang kalau Lily sebut nama Putera. Nuh bukan tak tahu Putera pun berkenan pada Lily. Tapi Putera beralah sebab Lily pilih Nuh.

“Lily mana boleh minta baby pada lelaki lain. Nuh aje boleh bagi dalam perut Lily ada baby.” Ujar Nuh.

“Nuh yang tak mahu bagi.” Pandai pula Lily menjawab.

Nuh menghela nafas.

“Lily jangan menangis.” Pesan Nuh. Lily mengangguk dengan polos. Nuh risau sebab ini kali pertama Lily menjalankan tanggungjawab utama seorang isteri. Lagipun, masa remaja tak adanya Nuh tekankan perihal ‘bersama’. Apa tang Lily tahu hanya apa yang diajarkan di sekolah.

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now