EMPAT bulan kematian si isteri. Hati masih luka. Encik Raf gemar duduk di dalam biliknya sambil membelek satu persatu barangan milik arwah isterinya.
Sesekali air mata menitis. Hiba.
Terasa pantas benar masa berlalu. Memori mula mengimbau bagaimana dia berjumpa dan jatuh cinta pada isterinya. Bagaimana mereka bernikah dan akhirnya membina keluarga bersama.
Encik Raf mahukan masa itu semula. Andai boleh diundurkan masa dia mahu buat isterinya bahagia sehingga hujung nyawa.
Pintu bilik dikuak sikit.
"Walid..." Berkerut dahi Puan Luna melihat walidnya menangis. Dia mendekati si walid lalu tubuh lelaki tua itu dipeluknya lembut.
Encik Raf terhinjut-hinjut menangis.
"Lah, walid. Janganlah macam ni." Tegur Encik Affan.
Inilah sebabnya dia tak sampai hati nak tinggalkan walid dia sendiri. Sedangkan walid dia boleh paksa mereka pergi seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.
"Walid. Ummi mesti sedih kalau tengok walid macam ni. Walid kan suami dia. Walid kenalah kuat." Pujuk Encik Afwan dengan lembut.
Walhal, hati dia retak seribu melihat walidnya begitu.
"Walid..." Tak tahu nak pujuk bagaimana.
Air mata sudah gugur.
"Lah. Kau nangis kenapa?" Tegur Encik Affan tatkala melihat adik kembarnya menangis.
Semenjak jadi isteri Encik Afif lembut pula adik kembar dia ni.
"Wa-walid menangis. Aku tak bolehlah tengok walid menangis. Aku pun sedih. Aku rindu ummi jugak." Puan Raifa mula menangis.
"Kakak..." Puan Luna pujuk pula kakak dia.
"Walid..." Encik Aqhar duduk melutut di depan walid dia.
Encik Raf pandang anak dia.
"Walid tahu kan walid tu hero kami? Walid juga tahu yang walid tu satu-satunya cinta ummi. Kebahagian walid jadi kebahagian kami. Kalau walid sedih kami semua akan sedih. Walid mesti teruskan semangat. Walid tak berseorangan. Aqhar, Abang Affan, Abang Afwan, Kak Raifa dan Kak Luna ada untuk walid. Cucu-cucu dan menantu-menantu walid semua ada belaka untuk walid. Teruskan semangat walid okey? Life must go on."
Encik Raf terdiam.
"Kalau walid takut duduk sendiri. Walid jangan risau. Walid boleh tinggal dengan Luna." Penuh semangat Puan Luna menawar.
"Walid boleh tinggal dengan Raifa juga." Tawar Puan Raifa.
"Afwan lagi suka walid tinggal dengan Afwan. Angel baby mesti suka walid ada." Tokok Encik Afwan pula dengan sengihan.
"Aqhar boleh ajak wife Aqhar duduk sekali dengan walid." Tutur Encik Aqhar.
Encik Affan menghela nafas lalu dia meraup wajah.
Nampak macam dialah anak paling tak guna. Adik-adik dia sibuk pujuk walid sedangkan dia tak berani kata apa-apa.
"Kita buat jadual giliran saja. Sebulan sekali walid duduk rumah anak-anak yang lain ikut giliran." Cadangan Encik Affan membuatkan yang lain memandang abang sulung mereka dengan wajah tak percaya.
Encik Raf baru saja hendak membuka mulut-
"Walid tak boleh membantah. Ikut saja cadangan Affan. Duduk sendiri di rumah ni akan buat walid lagi sunyi. Tambah-tambah dapat imbau balik kenangan dengan ummi." Tutur Encik Affan.
"Tambahan lagi, duduk ikut giliran buat kami dapat berbakti untuk walid. Kami tak menyesal jaga walid sampai walid tak ada nanti. Lagipun, kita dapat rapatkan hubungan. Mesti banyak rasa antara adik beradik ni pendam. Affan tahu. Semua sayang walid. Termasuk Affan juga." Hujung bicara itu kedengaran sangat perlahan. Namun, masih boleh didengari.
ANDA SEDANG MEMBACA
ꪀꪊꫝ
RomanceKata orang cinta pandang pertama itu manis. Tapi bagi Lily, kelat rasanya. Nuh penuh enigma. Nuh buat Lily keliru dengan rasa hati sendiri. Nuh kata Nuh cinta. Tapi mengapa pernikahan mereka ditunda? Nuh kata Nuh cinta tapi kenapa perasaan sayangnya...
