Bab 38♡

1.5K 146 7
                                    

TAK sangka Lily yang hari ni Putera dan yang lain datang melawatnya. Sebenarnya, dah lama dia tak melihat kawan-kawan lamanya semenjak dia berkahwin dengan Nuh. Tambahan lagi bila masing-masing ada kerja yang hendak dilakukan. Masalahnya, Nuh sekarang ni bad mood. Merajuk dalam bilik duduk dengan Luth.

Marah Lily rapat dengan Putera. Nuh lupa agaknya yang Lily jatuh cinta pada Nuh saja. Bukannya Putera. Kalau Lily jatuh hati pada Putera nemang sejak dulu lagi Lily mengurat Putera dan bukannya Nuh.

“Kami balik dulu, Lily.” Pamit Shaqir bersama-sama Tristin. Kei awal-awal lagi sudah beredar menuju ke dalam kereta. Putera berdiri di depan pintu. Putera mengukirkan senyuman manis lalu dia letakkan beg kertas yang terisi sesuatu di atas kepala Lily.

Terkbil-kebil wanita itu.

“Apa ni?” soal Lily hairan. Beg kertas itu diambilnya lalu dibelek. Banyaknya kain.

“Tudung. Aku rasa dah tiba masanya untuk kau berubah pakai tudung. Lagipun, Nuh mesti suka kalau tengok isteri dia menutup aurat.” Kata Putera dengan lembut.

“Nuh tak cakap apa-apa pun…” tukas Lily.

“Bukan Nuh tak nak cakap. Nuh mungkin tak mahu Lily rasa dipaksa. Sebagai lelaki pasti saja kami nak melindungi cinta dengan sepenuh hati. Lagi tertutup lagi bagus. Lily mengangguk faham.

Bye, Lily. Jaga diri dan baby bump tu.” Kata Putera seraya beredar.

Lily menunggu semua beredar barulah pintu ditutup. Lily membelek tudung itu sebelum masuk ke dalam bilik. Nuh baring menghadap dinding dengan muka masam. Lily pula rasa terhibur bila dia melihat gelagat Nuh.

“Nuh…” tegur Lily seraya melabuhkan punggung disisi Nuh.

“Pergilah berborak dengan Putera lama-lama.”

“Putera dah baliklah. Dia bagi Lily hadiah.”

“Lepas tu? Pergilah peluk hadiah tu. Nuh nak peluk Luth je. Nuh tak nak peluk Lily.” Kata Nuh perlahan. Anak lelakinya yang sedang lena itu dicium dahinya. Nuh memuncungkan bibir.

Lily terkebil-kebil.

“Kenapa Lily nak kena peluk hadiah? Lily nak peluk Nuh juga.”

“Lily kan suka Putera. Cakap aje tentang Putera terus teruja. Lupa lah yang Nuh ni ada dengan Lily. Nuh pun tak tahulah siapa suami Lily. Lily cintakan Nuh atau Putera sebenarnya? Lily jangan eh nak cuba sakitkan hati Nuh.” Tegur Nuh dengan tegas.

Tak sempat Lily nak buka mulut Nuh sudah menambah. Nuh akan gigit Lily kalau Lily cuba-cuba nak pilih Putera.” Tokok Nuh.

Lily ketawa.

“Lily takkan buat macam tu.”

“Kenapa? Ingat Nuh boleh percaya ke?”

“Lelaki yang Lily cinta bukan Putera tapi Nuh. Kalau betul Lily suka Putera memang dah lama Lily kahwin dengan Putera. Lily tak perlu tunggu Nuh. Masalahnya, isteri Nuh ni cintakan Nuh. Bawa baby Nuh. Jaga baby Nuh. Jaga Nuh…” bicara itu buat Nuh terdiam. Lily mengukirkan senyuman nipis.

Pipi Nuh ditekup dengan lembut lalu Lily menyatukan dahi mereka berdua. Bulu mata hampir bertemu. Hanya sipi-sipi.

“Lily cintakan Nuh. Tak ada lelaki lain dalam dunia ni yang Lily cinta. Hanya Nuh saja.”

Nuh mengemam bibir.

“Nuh dengar tak?”

Nuh mengangguk. Tubuh Lily dipeluknya dengan begitu erat sebelum dia menyembamkan wajah pada ceruk leher si isteri. Lily ketawa saja dengan kerenah manja Nuh itu.

Sorry sebab jealous.”

“Tak apa. Lily faham.” Balas Lily lembut sambil mengusap belakang kepala Nuh. Suami dia ni cepat cemburu kalau perihal berkaitan lelaki lain. Samalah macam dia. Cepat cemburu juga kalau ada perempuan lain cuba nak dekat dengan Nuh.

Adil.

“Nuh…”

“Hmmm?”

“Tadikan Putera-.” Tak sempat Lily hendak menghabiskan bicara, Nuh lekas meleraikan pelukan sebelum berlari menuju ke tandas. Lily dengar suara Nuh muntah di dalam tandas. Risaulah Lily.

Nuh makan-makan lepas tu muntah.

Nuh keluar dari tandas. Longlai. Lily turun dari katil dan mendapatkan suaminya. Nuh memeluk tubuh Lily dengan erat.

“Penatlah, Lily. Nuh dah tak larat nak muntah…” aduku Nuh dengan nada sedih.

“Kesian suami Lily ni.”

Nuh diam. Pelukan dieratkan.

“Lily…” kali ini giliran Nuh pula menyeru.

“Hmm?”

“Bahagian ari-ari Lily keras.”

“Lily mengandung memanglah keras.” Balas Lily dengan polos. Nuh yang terkejut. “Mengandung?” soal Nuh semula. Lily tetap mengangguk dengan wajah keliru.

“Kenapa Lily tak bagitahu Nuh?”

“Lily bagitahu. Masa tu Nuh nak tidur…”

Nuh menghela nafas. “Tak adanya masa tu Nuh nak tidur. Masa Lily bagitahu tu memang Nuh dah tidur. Kalau tak Nuh memang dah bersorak teruja.

“Lily ingat Nuh tak suka Lily mengandung. Itu yang Lily diam.”

“Tak pernah Nuh cakap Nuh tak suka Lily mengandung. Nuh bertuah sebab dapat timang anak yang kedua walaupun Luth masih kecil lagi.”

Lily terkebil-kebil.

Dia takkan mengandung kalau Nuh yang tak gatal. Pendek kata, dia mengandung salah Nuh. Bukan salah dia. Kalau Nuh nak marah sekali pun marah diri sendiri dan bukan dia. Cumanya, Lily bersyukur sebab Nuh terima bakal anak kedua mereka ni dengan gembira.

​ꪀꪊ​ꫝWhere stories live. Discover now