Take #16

156 21 0
                                    

Nearby an apartment

Theo mengekori seorang lelaki dari belakang. Segala gerak geri lelaki ini diperhati:- dengan siapa dia berhubung, apa yang dia buat, apa yang dia makan dan kemana dia pergi - semuanya direkod. Selang satu jam dia hantar laporan kepada Rex yang menunggu di villa.

Dan destinasi akhir lelaki ini adalah satu apartment di pinggiran bandar. Theo menangkap gambarnya memasuki apartment dan menghantarkan kepada Rex.

Dia menghubungi Rex.

"Aku tak masuk ke dalam apartment jadi kau buat kerja kau yang selebihnya." Kata Theo dan dia hilang di dalam gelap, bersiap untuk pulang ke villa.

"Baik. Selagi kita tak tahu apa rancangan dia seterusnya, kita tak boleh bagi bos tahu tentang ni." kata Rex dan Theo mengangguk setuju.

"Anyway-"

Panggilan mereka terganggu dengan panggilan masuk di telefon Theo. Theo melihat nama pemanggil dan panggilan itu dari Maria.

"Later kita bincang. Bos call aku." kata Thoe dan panggilan dimatikan.

Dia kemudian mengangkat panggilan dari Maria.

"Ada apa bos?" soal Theo sebaik panggilan bersambung.

"Kau kat mana?" soal Maria tanpa basa-basi.

"Kat bandar. Ambil angin." jawab Theo. Menipu semestinya.

"Tolong aku cari someone. Later Rex akan share location dia."

"Bos nak saya buat apa dengan dia?" soal Theo.

"Nothing. Unless dia memang dah nyawa-nyawa ikan, baru kau tolong dia. Selain dari itu just make sure dia tak buat kerja gila like attempt suicide or whatever."

"Baik."

+++

Fly High Company, Tingkat 6

Maria duduk di sofa dengan kedua tangannya disilangkan. Matanya memandang Hui yang kini seboleh-bolehnya tidak mahu memandang dirinya. Pagi ini seperti biasa, Hui menghantar sarapan untuk Maria dan saat dia mahu meminta diri untuk pergi, Maria menghalang dan meminta untuk Hui menemaninya sarapan. Maka inilah yang terjadi.

"Any explanation Mr Hurul Iman?" soal Maria kemudian dia mencapai sudu untuk menyuap pancake yang Hui sediakan untuknya pagi ini.

"Fiffy mana? Aku tak nampak dia pagi ni." Hui mengalih topik.

Maria senyum sinis.

"Dia cuti sepanjang minggu ni." jawab Maria dan Hui mengangguk.

Maria memerhati gelagat Hui. Masih tidak mahu bertentang mata dengannya dan Hui kelihatan resah.

"Kalau kau tak nak bagitahu then aku akan cari tahu sendiri. You should know that I'm so capable of finding peole's background way back to what happen during one's childhood and school life." Kata Maria.

Maria kemudian mencapai cawan dan menghirup tehnya sambil matanya tajam memerhati gerak geri Hui.

Hui yang tadinya resah, kelihatan tegang sebaik dia mendengar kata-kata Maria terutama bahagian 'school life'.

Please bukan yang tu. Hui menggenggam tangannya. Tangan yang mula menggigil sebaik satu per satu ingatannya kembali ke masa itu.

Dia mengumpul kekuatannya dan cuba memasang wajah selamba. Dia memandang Maria.

"Kenapa kau nak tahu? Takkan hanya sebab aq wish 'good night' dan 'sweet dream' malam tu bagi kesan yang besar pada kau sampai kau soal siasat aku macam ni?" Hui cuba ketawa sinis, menyorok perasaan sebenarnya saat ini.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now