Selasa
Pagi ini Hui masuk ke pejabat dengan hati girang. Bermula hari ini, dia dibenarkan melawat ibunya sehingga jam 10 malam.
Oh aku nak bagitahu Maria tentang ni. desis Hui saat dia menolak troli berisi sarapan pagi untuk Maria keluar dari cafeteria.
Sebaik dia keluar, bayang Maria dan Fiffy melintas di depannya.
"Maria!" panggil Hui.
"Nanti!" balas Maria pendek dan laju dia berjalan menuju ke luar lobi dimana sebuah van sudah sedia menunggunya. Sekelip mata Maria dan Fiffy hilang dari pandangannya.
"Now what..." Hui memandang sarapan yang dibuatnya.
Untuk sepanjang hari itu, Maria tidak masuk ke pejabat.
+++
Rabu
Pagi ini juga saat Hui mahu ke pejabat Maria, Maria melintas di depannya. Kali ini Maria sendiri. Tapi dia sedang berbual di telefon.
Tanpa sempat berkata apa-apa, Hui sekadar melihat Maria pergi.
Seperti semalam, hari ini juga Maria tidak masuk ke pejabat sepanjang hari.
Sibuk betul dia. Is it because of statement yesterday?
Pagi semalam, Fly High Company mengeluarkan statement tentang berita pertunangan antara Maria dan Louis yang berbunyi seperti berikut;
"Hello, this is Fly High Company.
Regarding the news of Maria Anne's engagement to the Vice President of Lune Global, Louis Aryan, we would like to extend our congratulations and wish happiness for the pair.
May they always walk on the flower path."
+++
Khamis
Hari ini Hui datang awal ke Fly High dan menunggu Maria di lobi. Kali ini, dia dah pack siap-siap sarapan Maria di dalam lunch box untuk Maria bawa bersama. Dia yakin Maria mengabaikan masa makan atas alasan sibuk. Jadi hari ini, sekurang-kurangnya dia mahu membekalkan makanan kepada Maria dengan harapan ianya mengingatkan Maria untuk tetap makan.
Tekaannya tepat saat dia melihat lif peribadi Maria terbuka dan Maria keluar bersama Fiffy. Kali ini Ahnaf turut bersama mereka. Ahnaf sepertinya sedang memaklumkan sesuatu kepada Maria di mana Maria membalas dengan anggukan. Wajahnya serius dan Hui perasan wajah Maria sedikit pucat.
Saat Maria melintasi nya, Hui memanggil;
"Maria!"
Namun dibalas dengan nada beku oleh Maria; "Later Hui."
Dan itu membuatkan kata-kata Hui mati. Seperti semalam, dia hanya mampu melihat belakang Maria yang menjauh sebelum hilang bersama van yang setia menunggu di luar.
Hui mengeluh. Terbit rasa risau di hatinya bila dia melihat keadaan Maria tadi.
Maria, please don't fall sick.
+++
Jumaat
Hui menunggu di lobi menanti Maria keluar dari lif. Hari ini juga, dia mahu memberikan bekal kepada Maria. Jujurnya, untuk beberapa hari ini, tak kira berapa awal dia sampai di Fly High, dia tidak pernah nampak Maria masuk ke pejabat. Dia hanya nampak Maria keluar dari lif dan keluar dari Fly High.
Seriously, pukul berapa dia datang ke pejabat? Desis Hui saat dia menunggu.
Hampir satu jam dia menunggu, kelibat Maria masih tidak terlihat di mana-mana. Dia hanya nampak Ahnaf masuk kerja pagi tadi dan itu sahaja. Fiffy pun dia tak nampak.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...