Take #4 (Re-write Ver.)

214 26 2
                                    

Restoran TomYum Goong

"Ni akulah! Afiffah Hanim!"

"Afifah Hanim? Hanim anak Auntie Sally?" soal Bad kembali. Akhirnya dia kini mengingati siapa wanita ini.

Angguk Fiffy gembira.

"Wahhhhh lamanya aku tak jumpa kau!!!" Fiffy tak dapat kawal rasa gembiranya.

"Ya...lebih kurang 10 tahun kan?" Bab berkata sambil melihat Fiffy dengan pandangan tidak percaya.

"Haah. Ya Allah, puas aku fikir ke mana kau menghilang selama hari ni. Tak sangka aku boleh jumpa kau kat sini."cerita Fiffy.

Mendengar kata-kata Fiffy buat Bad kaku seketika.

"Kau... tak lupa aku?"

"How can I! Kita besar sama-sama kot!" kata Fiffy dan Bad ketawa sendiri.

Kemudian Fiffy menambah;

"Eh, bagi aku nombor kau. Later kita catch up. Aku tak nak ganggu kau kerja." Fiffy mengeluarkan telefonnya untuk mendial nombor telefon Bad. Bad mengangguk setuju.

Tiba-tiba

PRANG!!!

Bunyi pinggan jatuh mengalihkan perhatian Fiffy. Dia menoleh ke belakang dan melihat Maria sedang memegang dadanya. Wajahnya tegang menahan sakit. Bintik merah mula naik di permukaan kulitnya. Helen yang disebelahnya kaku, tak tahu nak buat apa sebaik dia melihat Maria dalam kesakitan ini.

"CIK MARIA!"

+++

Hospital

Hui membaca mesej yang masuk ke inboxnya tadi pagi berkali-kali.

ReG Care Centre : "Assalamualaikum dan selamat pagi, Encik Hurul Iman. Menurut semakan kami, encik mempunyai tunggakan bil sebanyak RM X XXX. Sila jelaskan tunggakan tersebut sebelum hujung bulan ini bagi memudahkan hal ehwal pengurusan pesakit. Terima kasih."

Dari pagi mesej tu masuk, hingga ke malam pun dia tidak habis fikir tentang mesej tu.

Mana aku cari duit.

Saving aku dah kering.

Kereta aku dah tunggak sebulan.

Sewa rumah pun sama.

Kalau aku kena halau, ke mana aku nak pergi?

"Awak fikir-fikir lah dulu. Anything, just call me. Tapi saya janji dengan awak, I'll pay you handsomely." Kata-kata Puan Farhani kembali berlayar di fikirannya.

Puan Farhani menjanjikan gaji yang besar untuk dia bekerja di sisi Maria dan memastikan Maria dapat makan makanan yang seimbang.

Memang dia mahu menolak selepas dia dengar pelbagai review tentang Maria tapi hati kecilnya berbisik untuk dia tangguhkan dulu penolakannya pada tawaran Puan Farhani itu.

Kalau dengan gaji Puan Farhani, tambah dengan gaji hospital ni, cukup sangat untuk langsaikan hutang. Plus I can even afford to increase my saving faster.

Ah nak terima ke tak nak.... Tapi kerja dengan Maria Anne.... Dia sangat tidak ramah...

"Siapa tahu lepas kenal, doc boleh tolong dia? You love to help people in trouble and make them healthy again don't you?" kali ini kata-kata Vee pula berlayar.

Ah malas aku fikir. Baik aku balik.

Hui akhirnya bangun dari kerusinya dan mengemas untuk pulang. Dia nampak botol air biru dan dia mengeluh.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now