Take #64

100 19 4
                                    

T/W: Mentioning of su!c!d3, s3xual h4r4ssm3nt, and several tr!gg3r!ng topic.

Please read at your own risk.

+++

Rumah Tok Wan

Tok wan merenung Hui tajam. Hui jadi tak senang duduk di kerusi di ruang tamu itu. Hakikatnya dari makan malam di meja makan lagi Tok Wan merenungnya semacam.

Aku ada buat silap mana-mana ke? Terdetik di hati Hui apabila dari saat dia bertemu Tok Wan tadi petang sehinggalah sekarang, Tok Wan masih tajam memerhatinya.

"Kamu jangan buat macam-macam ya pada Maria! Pukul 12 sharp tutup lampu dan tidur." Tok Wan mengeluarkan amaran pada Hui.

"Baik, saya janji!" laju Hui membuat janji. Maria hanya mampu menggeleng mendengar amaran dari Tok Wan.

"Tok wan, dah pukul 9. Masa untuk tidur." Maria mengingatkan Tok Wan yang mana Tok Wan balas dengan pandangan tajam.

"Kamu pun! Jangan buat macam-macam kat Hurul. Kamu tu bukan boleh pakai sangat. Hurul, kalau Maria cuba buat apa-apa pada kamu, kamu jerit kuat-kuat ya."

Maria kerut dahi manakala Hui menahan tawa sambil mengangguk faham.

"Tok wan, I'm not that bad!"

+++

Hui dan Maria tinggal berdua di ruang tamu selepas Tok Wan beransur ke biliknya. Maria duduk di kerusi yang bertentangan dengan kerusi tempat Hui duduk. Masing-masing tak tahu nak mulakan perbualan. Pada Maria, dia yakin Hui penuh dengan soalan yang dia tidak tahu sama ada dia mampu menjawabnya atau tidak. Pada Hui, kehilangan Maria selama seminggu ini pasti ada sebabnya dan dia berkira sama ada dia layak atau tidak untuk tahu sebab itu.

"Hui-" "Maria-"

Serentak mereka berbunyi.

"Sorry, kau dulu." Hui memberi laluan kepada Maria. Maria menggeleng.

"Kau dulu. Aku yakin kau ada banyak soalan. Tapi aku tak janji aku boleh jawab semua atau tak." kata Maria.

Hui berfikir, menyusun soalan yang ingin ditanya. Dia memandang Maria.

"Selama seminggu ni.... did you sleep well? Did you eat well?" soalan pertama dari Hui.

Maria mengangguk. "Macam yang kau nampak. I'm fine. Aku sendiri pun terkejut tapi aku okay. No nightmare, no insomnia, dan aku makan pun selera. I totally forgot about my diet." Kata Maria kemudian dia ketawa sendiri.

Mendengar jawapan Maria buat Hui melepas nafas lega dan dia senyum.

"Alhamdulillah for that. Tapi... boleh aku tahu... how? Aku tak tahu cerita sebenar tapi aku ada dengar yang nama 'Emma' is a taboo for you. Jadi how... you manage..." ah! Susahnya aku nak tanya soalan tu! Hui teragak-agak mahu bertanya soal Emma.

Maria senyum. Dia dapat agak soalan ini lambat laun akan keluar juga dari mulut Hui.

"Then, should I tell you about my dearest sister named 'Emma Yuri' dan apa yang jadi 13 tahun yang lalu? Tentang siapa Raymond dan apa kaitan Louis Aryan dalam cerita ini?"

"I would love that tapi kau tak perlu paksa diri kau kalau kau keberatan." kata Hui dan Maria menggeleng.

"It's okay. Kau kena tahu cerita ni supaya kau jelas, siapa musuh kita yang sebenarnya."

+++

13 tahun yang lalu

Maria pulang ke bilik asrama yang disediakan agensi selepas penggambaran tamat agak lewat malam itu. Dia letih dan hanya fikir mahu mandi dan terus tidur. Dia lalu di depan bilik Emma dan dia dengar suara tangisan. Dia berhenti dan perlahan dia mendekat. Semakin dia dekat, semakin jelas suara tangisan Emma. Dia membuka pintu bilik Emma dan dia terkejut melihat keadaan Emma. Rambutnya kusut, kulit putihnya dipenuhi kesan kuku. Emma tanpa henti mencakar lengan dan kakinya.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now