RegCare Centre
Hui duduk menunggu di kerusi sementara Ain mendapatkan pas pelawatnya. Awal pagi lagi dia ke sini untuk menemani ibunya menjalani rawatan. Hari ini adalah hari pertama Puan Nara memulakan terapinya. Urusan di Fly High dia telah serahkan pada Jiha. Jadi untuk hari ini, Jiha yang akan menghantar makanan kepada Maria.
Sambil menunggu, Hui scroll Instagram, Twitter, Facebook termasuk lah TikTok, namun semuanya papar berita yang sama:
[MARIA ANNE DAN LOUIS ARYAN DISAHKAN SUDAH BERTUNANG.]
"Jadi apalah gunanya aku waktu tu?" Hui berkata perlahan.
+++
"Okay then, apa yang perlu aku buat?"
"Kau escort aku ke charity dinner anjuran Louis-"
"Wait! Louis yang kau maksudkan di sini adalah THE Louis Aryan dari Lune Global tu?"
"Haah. Siapa lagi."
"Nope. I refuse. Kau guna orang lain. Aku tak rasa dia boleh tertipu dengan ni."
"Jangan risau. You are perfect for the role, Hui. We can pull this off together."
+++
Hui ketawa sinis saat perbualannya dengan Maria waktu itu kembali ke ingatannya.
Aku dah cakap dah. Lagipun, orang macam aku ni... Hui memandang pantulan wajahnya dari skrin telefonnya dan mengeluh. How can I compete with that perfect man.
In the end of the day, enggang sama enggang, pipit sama pipit.
"Hui!" panggilan Ain menyedarkan Hui.
Hui menoleh ke arah Ain. Ain senyum lebar. Hui membalas senyuman Ain.
"Nah. Ini pasnya. Awak boleh teman ibu sepanjang hari, hari ni." kata Ain ceria.
"Thank you Ain." balas Hui sambil menyambut huluran pas itu daripada Ain.
"Oh one more thing. Awak ingat tak yang awak pernah wish untuk pihak hospital extend masa melawat?" tambah Ain dan Hui mengangguk laju.
Ain senyum.
"Saya ada good news tentang tu."
+++
Star Pro Agency
KLACK! KLACK! KLACK! KLACK!
Kuat detakan kasut tumit tinggi Irana bergema di koridor Star Pro Agency dari lobi hinggalah ke tingkat 5, dimana bilik Pengarah Star Pro berada.
Sampai sahaja di depan bilik itu, tanpa ketuk mahupun salam, Irana menolak pintu tersebut kasar.
"Irana, good morni-"
"WHAT THE HELL WITH ALL THIS NEWS?!" Bentak Irana sambil menghentak kakinya. Dia menunjukkan tabletnya yang terpampang berita pertunangan Maria.
"Okay bertenang dan duduk. You want coffee?" tawar Encik Zul pada Irana yang jelas berang dengan berita gempar ini.
Irana duduk di sofa dan menyilang kedua tangannya.
"Caramel latte. Ice." Kata Irana.
Encik Zul memandang setiausahanya dan menghantar isyarat untuk dia segera menyiapkan minuman yang diminta oleh Irana.
Sebaik setiausaha itu keluar, Irana memandang Encik Zul tajam.
"You said I'm going to be today's hot topic if I make that massive donation to that orphanage. Tapi mana berita tu? NONE OF THEM TALK ABOUT IT!" Irana melepaskan kemarahannya.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...