Take #23

137 16 2
                                    

"Hola!" Hui menyapa dengan senyuman cerianya. Dia kemudian membukakan pintu van untuk Maria dan Fiffy.

"Aku tak expected kau yang datang." Kata Maria sambil melangkah masuk ke dalam van.

"Well aku pun tak sangka yang aku akan jadi driver untuk kau." balas Hui dan dia menutup pintu van sebaik Fiffy masuk. Dia kembali ke kerusi pemandu.

Hui menekan GPS menuju ke alamat yang diberi oleh Jiro. Jiro menelefonnya pagi tadi dan tanpa banyak cerita, dia bersetuju untuk membantu. Kalau dia tak tolong, siapa pula yang nak hantar Maria ke lokasi penggambaran kan?

"Jalan ke lokasi ni ada lalu jambatan tak?" soal Maria dari sisi.

Hui menoleh ke kirinya dan dia terkejut. Too close!

Laju Hui memandang telefonnya.

"Aku rasa tak ada." balas Hui selepas dia melihat peta di skrin.

"Okay great." Balas Maria dan dia kembali ke kerusinya.

Hui melihat Maria melalui cermin. Maria sedang berbual sesuatu dengan Fiffy.

Aih gatalnya mulut aku nak tanya dia makan properly atau tak. Tapi dia macam sibuk je. Nanti lah. Bisik hati kecil Hui dan dia mula memandu.

+++

Perjalanan menuju ke lokasi mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dan kini, mengikut kira-kira dari waze, lagi 30 minit mereka akan sampai. Hui memandu sambil menyanyi sendirian, lip-sync lagu-lagu yang bermain di radio.

Maria dan Fiffy masing-masing lena dibuai mimpi. Maria siap pakai penutup mata bercorak mata katak bewarna hijau. Fiffy pula tidur sambil memeluk skrip drama. Dia syak, Maria menghulurkan skrip itu untuk Fiffy simpan sebelum mereka berdua akhirnya tertidur.

Tiba-tiba van yang dipandu tersengguk-sengguk yang membuatkan kedua Maria dan Fiffy terjaga.

"Kenapa? Apa yang jadi?" soal Fiffy panic.

"Tak tahu." Hui mengawal stereng dan juga brek, mengelak dari hilang kawalan.

Van yang tadinya tersengguk-sengguk terus mati di tepi jalan. Hui menekan brek dan menarik brek tangan.

"Rosak ke?" Maria bersuara. Hui angkat bahu dan turun dari van. Dia membuka hood dan melihat apa yang patut.

"What happen?" soal Maria. Dia dah keluar dari van dan turut berdiri di sebelah Hui.

"No idea." Jawab Hui pendek.

"Habis tu kau buka hood, kau tengok apa je?" balas Maria.

"Entah. Aku buka sebab semua orang buat macam tu kan bila kereta rosak?" Hui menjawab selamba kemudian dia ketawa sendiri. Hui ketawa tapi Maria buat muka; =_=

"Huh. Ayah kau tak ajar anything tentang kereta? Wasn't the father usually will teach his son the basic about car?"

"That's a stereotype plus, aku tak ada ayah untuk ajar aku semua benda ni. Bukan kau sepatutnya dah tahu ke? You said you know everything there is to know about me." Hui kemudian pergi untuk melihat keadaan tayar seolah-olah dia tidak berkata sesuatu yang buat Maria rasa bersalah.

Can I kill him? Maria menjeling Hui tajam.

"Saya cuba buat call tapi kat sini tak ada signal." Kata Fiffy sambil menunjuk telefonnya pada Maria.

Maria hanya melepas nafas berat.

"Kita tunggu jelah kat sini. Kot ada orang lalu, kita boleh minta tolong." Kata Maria dan dia berjalan untuk masuk ke dalam van semula. Fiffy mengangguk dan mengekori dari belakang.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now