Trigger Warning: Violence
Saiful
"Hurul, sini kau!" panggilnya keras sebaik dia masuk ke kelas dan melihat Hurul sedang duduk di kerusinya.
Hurul menggeleng. Saiful yang sedia ada bengang gara-gara luahan perasaannya ditolak mentah-mentah oleh crush nya, berjalan laju ke arah Hurul. Sampai sahaja terus dia merentap kolar baju sekolah Hurul kuat dan sebelah lagi tangannya terus memukul kepala Hurul. Berkerut wajah Hurul menahan sakit. Pusing kepalanya gara-gara itu.
Bunyi yang kuat itu menarik perhatian pelajar yang lain. Ada yang berbunyi supaya Saiful melepaskan Hurul.
"KAU DIAM ATAU KAU YANG AKU PUKUL NANTI!" ugut Saiful dan serta merta mereka semua diam. Dia kembali memandang Hui.
"Ikut aku ke belakang sekolah sekarang!" Bisiknya dan Hurul mengangguk ketakutan.
Hurul berdiri di sebelah tong sampah belakang sekolah. Saiful sudah menghidupkan sepuntung rokok.
"Dia ingat dia lawa sangat? Huh aku pun tak ingin lah! Berlagak macam dia cantik sangat!" bebel Saiful sambil menghisap rokok di tangan.
Dia memandang Hurul di sudut. "Mesti kau suka kan dengar aku kena reject?"
Laju Hurul menggeleng. Saiful mendekati Hurul. Dia menghisap rokok dan menghembuskan asap itu tepat ke wajah Hurul. Terbatuk Hurul dibuatnya. Saiful menyeringai. Puntung rokok yang masih menyala itu kemudian dicucuh di kulit lengan Hurul yang terdedah. Hari itu Hurul mengenakan baju sekolah lengan pendek.
"ARG-" "Shh! Nanti cikgu dengar." Saiful menekup mulut Hurul sambil dia mencucuh puntung rokok berkali-kali. Hurul bergelut kesakitan dan air matanya mengalir. Tapi Saiful malah makin seronok melihat keadaan Hurul begitu.
"Hurul, lelaki sejati kena tahan sakit. Ini baru sikit." Kata Saiful dan dia mengulanginya sehingga puntung rokok tadi habis terbakar.
Selepas hari tu, Hurul datang ke sekolah dengan memakai baju lengan panjang bagi menutupi parut kesan dari dicucuh puntung rokok.
+++
Saiful membuka matanya dan melihat kelilingnya gelap.
Aku masih hidup? Desisnya kerana perkara terakhir yang dia ingat adalah dia ditangkap oleh konco-konco Jayden.
Dia berjalan keliling namun semuanya gelap. Dia keliru tentang keberadaannya sekarang.
"Saiful." Suara yang sangat dikenali memanggilnya. Pantas dia menoleh ke belakang, ke arah suara itu datang.
"Hurul! Kita kat mana ni?" soal Saiful sambil dia berjalan mendekati Hurul. Hurul sekadar angkat bahu.
"Wei, kenapa kau pakai baju sekolah?" soal Saiful. Pelik dia melihat Hurul yang didepannya ini.
"Sebab hari ini kan hari sekolah. Kau pun pakai baju sekolah." Kata Hurul dan sekelip mata keliling mereka berubah dari gelap ke persekitaran sekolah. Lebih tepat, di belakang sekolah.
Saiful makin keliru.
"Apa semua ni? Hurul, explain to me!" arah Saiful. Tapi Hurul hanya senyum segarit. Di tangannya ada sepuntung rokok yang menyala.
"Why would I?" kata Hurul dan dia mencucuh puntung rokok itu ke lengan Saiful.
"ARGH!!!! SAKITLAH BODOH! KAU DAH GILA KE?!" Jerit Saiful kuat namun saat dia mahu menghayunkan tangannya ke arah Hurul, tangannya tidak boleh bergerak.
Senyuman Hurul semakin lebar dan matanya menggelap.
"You can't touch me here, Saiful. But I can." Hurul memukul Saiful kuat sehingga tergolek dia ke tanah. Terbatuk Saiful sambil dia memegang kepalanya.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...