Apartment
Bunyi papan kekunci dari dalam sebuah bilik gelap yang hanya diterangi lampu meja kedengaran jelas di segenap penjuru rumah yang sepi itu. Sesekali wanita itu berhenti menaip, berfikir. Ada masa dia tekan butang 'Backspace' berkali-kali. Akhirnya dia mengeluh berat dan mencabut cermin matanya.
"What's wrong babe? Are you stuck?" soal satu suara garau dari belakang dan mengucup dahinya.
Wanita itu mengangguk.
"I tak ada idea untuk scene seterusnya." Keluhnya lagi.
"Main focus untuk scene ni adalah Maria kan?" soal suara garau itu dan wanita ini mengangguk. Lelaki itu kemudian senyum.
"Then I have a perfect scene for her. A scene that will surely give Maria a hell of a nightmare." Makin lebar senyuman di wajah lelaki ini.
Wanita tadi laju berpusing memandang lelaki itu.
"Apa dia? Tell me now!" pinta wanita itu tidak sabar.
"Use 'that' incident, Cindy." Kata lelaki itu dan senyuman di wajah Cindy itu memudar.
"Nope. Guna incident tu dalam ni maknanya I buka cerita sebenar tentang apa yang jadi pada Emma. I would rather not." Cindy bekeras tidak mahu menerima cadangan lelaki itu.
"Oh baby come on. Tak ada sesiapa tahu cerita sebenar. Semua orang percaya apa yang media tulis. The only one yang tahu adalah you, Maria and me. Ambil kira Maria punya deep affection pada Emma, dan buat dia re-enacted the same scene, wasn't it will triggered something in her?" lelaki itu mengusap bahu Cindy, memujuk untuk Cindy menerima cadangannya.
Cindy diam berfikir. Mempertimbangkan cadangan lelaki ini.
"Jangan lupa Cindy. Kita ada gol yang sama. To make Maria never forget her sin." Kata lelaki ini separa berbisik.
"You better be right about this Raymond." Cindy memandang Raymond tepat ke dalam anak matanya.
"Trust me Cindy. This will break her. Alas, I kenal dia dah lama. She literally grow up in front of me."
+++
Hill Top Condominium, Unit 2105
Pagar merah. Air. Jambatan.
Ambulans. Kereta polis. Bot penyelamat.
Bunyi siren. Dan...
+++
"EMMA!"
Maria terjaga di tengah malam. Peluh merecik di dahinya. Dadanya berombak. Meliar matanya mencari jam.
3.45 am.
Maria menarik nafas menenangkan dirinya. Mimpi yang lebih kepada memori hitam yang dia mahu kuburkan menghantui tidurnya. Malam ini sahaja entah berapa kali dia terjaga. Setiap kali matanya pejam, mimpi itu datang dan menghantuinya.
Maria bangun dari katil dan berjalan ke dapur. Dia menuang air masak dan meneguknya. Dia kemudian duduk di sofa di ruang tamu, di dalam gelap. Hanya cahaya bulan dan lampu di penjuru ruang tamunya menerangi ruang ini. Maria bersandar di sofa. Badannya letih tapi dia jadi takut nak tidur. Takut mimpi itu datang lagi.
I'm sorry Emma.
I'm sorry.
I'm sorry.
+++
Nutrition and Dietetics Conference
Conference yang dihadiri Hui sudah masuk hari ke empat. Lagi satu hari dia disini dan dia boleh pulang ke sisi Puan Nara. Maria? Lantak dia. Selepas malam yang dia keluar dari pejabat Maria dengan perasaan marah, dia langsung tidak menghubungi Maria. Maria apatah lagi. Rasanya mati hidup balik Maria tak akan jadi orang pertama yang hubungi dirinya.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomansaFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...