Take #68

123 16 3
                                    

T/W: DARAH, V!0L3NC3, G0R3

+++

Teksi merah berhenti di pintu masuk sebuah kawasan flat di pinggiran bandar. Flat lama dan tidak sepenuhnya berpenghuni itu membuatkan kawasan itu sunyi dengan beberapa kumpulan anak-anak muda berkeliaran di keliling flat. Di satu penjuru, jelas beberapa orang mat dadah telah hanyut di dalam dunia mereka sendiri.

Sebaik membayar tambang, terus dia keluar dari perut kereta dan berjalan masuk ke perkarangan kawasan rumah flat itu. Dia mendongak ke atas, mengira tingkat dan rumah yang dicari. Cahaya lampu yang samar-samar itu tidak begitu membantunya di gelap malam itu. Sedang dia tercari-cari, seorang lelaki yang berjalan tergesa-gesa melanggarnya kuat sehingga dia terduduk di jalan. Lelaki yang memakai hoodie, cap serta topeng muka itu sekadar menjelingnya tajam dan meneruskan perjalanannya tanpa sedikit pun membantu dirinya.

Melihat lelaki itu tergesa-gesa pergi, bingkas dia bangun dan mengekori lelaki itu. Itulah lelaki yang dicarinya. Sebuah bas berhenti untuk mengambil penumpang di pondok menunggu bas. Lelaki bertopeng muka itu naik tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Melihat lelaki itu naik, dia juga naik bas tersebut dan mengambil tempat selang dua baris dari kerusi lelaki itu.

Sepanjang perjalanan ke hentian terakhir bas tersebut, matanya tidak lepas daripada memerhati lelaki itu. Segala gerak gerinya diperhati sehinggalah bas berhenti. Lelaki itu bangun dan turun di destinasi itu, kemudian diekori olehnya. Lelaki itu berjalan sambil melihat keliling. Dia mengambil jarak selamat untuk memerhati lelaki itu sehinggalah lelaki itu berhenti di depan sebuah restoran. Lama lelaki itu berhenti di situ, melihat berita yang sedang ditayangkan kemudian barulah dia menyambung perjalanannya sehingga dia tiba di sebuah rumah kosong. Dia membuka mangga pagar tersebut kemudian menguncinya kembali setelah dia masuk.

Dia mengukir senyum.

"Raymond, kau beruntung aku kena kerja esok atau nasib kau akan sama macam Joanne."

+++

[BERITA UTAMA] POLIS MENGESAHKAN IDENTITI RANGKA WANITA YANG DITEMUI ADALAH WARTAWAN DARIPADA WS NEWS.

Misteri kehilangan wartawan WS News, Joanne Wong akhirnya terungkai apabila DNA milik ibu Joanne didapati 99.99% sama dengan DNA rangka wanita yang ditemui rentung dalam nahas di kilometer 3 Jalan Pantai beberapa hari yang lalu. Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian dan kemalangan.

+++

SHADOW HQ Villa

Rex, Theo, Freya, Brian dan Hui ternganga melihat kawasan kolam villa dihias meriah dengan belon dan riben. Siap ada floatable flamingo pink yang besar gedabak lagi di tengah kolam. Di sisi kolam juga terdapat satu meja panjang dipenuhi dengan makanan yang pelbagai - spaghetti, macaroni, sosej, ayam, ikan, daging, roti, pizza- pendek kata, apa sahaja yang menjadi idaman, ada di situ. Belum cerita di satu sudut yang lain ada dua orang chef sedang sibuk membakar dan memastikan makanan BBQ dimasak dengan sempurna sebelum dihidangkan. Tidak lupa juga stesen air dan aiskrim. Semua itu disediakan Maria untuk mereka.

"Ha sampai pun!!! Lai lai, makan. I sediakan ini untuk you all~" kata Maria ceria sebaik mereka semua tiba di kawasan kolam. Sesungguhnya, mereka semua tidak sedar akan rancangan Maria termasuk Rex yang duduk terperap di dalam bilik komputernya.

"Ada anniversary apa-apa ke bos?" soal Freya kemudian dia memandang Maria dan Hui silih berganti.

Maria menggeleng.

"Not anniversary but a celebration? Tapi yang paling utama, for tonight, jom kita de-stress, clear our head sebab something big is coming."

Senyuman Maria buat mereka ketawa. Kata Maria ada betulnya. Sejak Maria kembali, mereka semua bertungkus lumus tanpa henti merancang dan melaksanakan rancangan mereka yang mana jika tersilap satu bahagian, ianya akan berbalik kepada mereka dan membawa musibah besar.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now