Take #70

109 16 7
                                    

TW: G0R3, V10L3NC3

+++

"Mia, jujur dengan aku. Louis is better for Maria wasn't it? In compare to Hui." kata-kata Julia padanya suatu hari saat mereka keluar berdua buat Mia senyum.

"Dan kenapa kau fikir macam tu?" soal Mia kemudian duduk bersandar pada kerusinya. Matanya memandang Julia, inginkan jawapan.

"Sebab dua-dua sama cantik, sama padan. Bagai pinang dibelah dua, bagai cincin dengan permata. Aku tak kata Hui tak handsome, hell that man stealing glances everywhere he goes tapi dunia dia dan dunia Louis berbeza. Tak macam Louis dan Maria. Mereka sekufu. Dan Louis boleh buat apa sahaja untuk Maria. He has the power for it. Kalau mereka end game, they will be indestructible. Imagine the power!" Julia menyatakan alasan kenapa dia berkata begitu.

Mia ketawa kecil.

"Power eh... kau betul. They both possesses immense power dan kalau mereka bersama, the power doubles. Tapi-" Mia berhenti seketika dan menyilangkan kakinya.

"Maria tak perlukan semua tu. Dia hanya perlukan seseorang untuk lengkapkan dia. Someone that is like home for her. And she found 'home' in Hui."

Julia memandang Mia, mahukan penerangan yang lebih lanjut.

"Maria pernah cakap kat aku, dari kecil hingga dewasa, dia hidup dalam dunia yang memerlukan dia untuk sentiasa melangkah 2 langkah kedepan dari semua orang. Sekali dia berhenti, semua yang dia bina akan musnah. Walaupun dia tak boleh bernafas, dia tetap kena melangkah. Tapi dengan Hui, dunia yang hiruk pikuk tadi terus senyap, sunyi sepi. Bila dengan Hui, dia rasa, it's okay to rest and stop for a while. Kalau kau tanya kenapa Hui, Maria akan jawab, dia sendiri pun tak tahu. It just happen like that." cerita Mia bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya.

Julia bersandar pada kerusi.

"I guess aku terlalu pandang pada luaran dan tidak menilai Hui sebaiknya. If Maria sendiri yang cakap macam tu, then I should look at Hui in a new light." Kata Julia.

Mia ketawa lagi.

"Sila-sila. Maybe one day kau pun akan faham kenapa Maria pilih Hui. Not Louis."

+++

Ring! Ring! Ring!

Dia yang tadinya menghadap sebuah peta di skrin komputernya tiba-tiba hanyut dalam lamunan dan kini dia tersedar. Segera dia mencapai telefonnya.

Nama Hui tertera diskrin.

"Hel-" "Maria hilang!"

Belum sempat habis sapaan Mia, Hui terlebih dahulu memotong.

"Ulang semula. Kau cakap apa tadi?" Mia ingin dapatkan kepastian.

"Maria hilang! Aku call dia tak dapat. Kat khemah tak ada. Kat toilet pun tak ada.Semua orang kat sini cari dia tapi tak jumpa. Selipar dan handbag dia ada je kat sini." jelas nada kerisauan dari percakapan Hui.

Sambil mendengar kata-kata Hui, Mia menekan ikon 'loud speaker' dari telefonnya dan jari jemarinya menaip sesuatu papan kekuncinya.

"Bila last kau jumpa dia?" soal Mia. Suaranya tenang.

"Around 1 hour ago? Kami..." Hui teragak-agak mahu cerita atau tidak apa yang berlaku sebelum Maria hilang.

"Apa yang jadi Hui?"

"... Aku datang location filming, nak surprise dia but then...kami gaduh. Aku tinggalkan dia tapi bila aku datang semula untuk minta maaf, dia dah tak ada. Aku kira dia sambung shooting tapi kru-kru pun semua tengah cari dia. Kami semua dah buntu nak cari dia kat mana lagi, Mia." suara Hui serak, sepertinya dia mahu menangis.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now