Hospital
"Hari ni ER agak tenang kan?" kata Emir sambil memusing kerusinya sebaik dia selesai menulis laporan di fail.
Seorang jururawat yang kebetulan berada dekat dengannya menjegil mata.
"Jangan tegur! Semalam Dr Intan cakap benda yang sama dan seminit kemudian kita dapat panggilan tentang mangsa kemalangan bas on the way ke sini. Please, let us have a peaceful night today." katanya dan disambut dengan tawa oleh Emir.
"Tak baiklah cakap macam tu. Tu semua kebetulan je tu." balas Emir.
Tiba-tiba telefon Emir berdering.
Semua mata memandang kearah Emir. Dia melihat nama Hui naik di skrin.
"This is not that kind of call. Chill." Emir menenangkan para jururawat dan doktor bertugas malam itu kemudian menekan butang hijau.
"Hui ada apa call-"
"Emir! Emergency! Patient overdose on sleeping pill. Unconscious for I don't know how long. Aku on the way ke ER ni." kata Hui.
"Uncle, boleh bawa laju lagi tak? Kita tak tahu berapa banyak masa yang kita ada." sambung Hui sepertinya sedang bercakap dengan seseorang. Nadanya cemas.
"Kau kat mana tu Hui?" Emir berdiri dari kerusinya.
"Dalam kereta. I'll tell you the detail tapi tolong prepare apa yang patut. You need to save her Emir. Please."
+++
Kereta milik Hui berhenti di depan ER dan pintu belakang terbuka. Hui keluar bersama Maria di pelukannya.
Stretcher ditolak segera sebaik pintu kereta dibuka. Hui meletakkan Maria yang masih belum sedarkan diri di atas stretcher dan bersama staf yang lain, dia turut menolak stretcher tersebut terus ke bilik rawatan. Mahu dia masuk bersama namun Emir menghalang.
"Emir, please save her." kata-kata Hui sambil dia memegang lengan baju Emir erat.
"Insya-Allah I'll try my best."
+++
Hui mundar-mandir menunggu di luar bilik rawatan. Jantungnya berdegup laju, menanti apa yang bakal diberitahu oleh Emir nanti. Dalam hatinya juga tidak putus berdoa agar Maria selamat.
Ya Allah, tolong selamatkan Maria.
Pintu bilik rawatan terbuka dan laju Hui mendapatkan Emir.
"Emir, Maria macam mana?" soal Hui sambil dia menjeling ke dalam bilik rawatan, mahu melihat keadaan Maria. Apa yang dia nampak adalah keadaan Maria dengan mata terpejam dan tiub berselirat di kelilingnya.
"Dia masih tak sedar tapi keadaan dia stabil."
Dengar sahaja kata-kata Emir, Hui terduduk di lantai.
"Dia selamat. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah." Hui berkata perlahan dan dia mengusap air matanya.
Melihat respon Hui buat Emir terkejut. Dia hilang kata-kata. Is he... for real?
Hui kembali berdiri.
"Jadi, apa yang akan berlaku sekarang?" soal Hui. Mata merahnya memandang Emir.
"We need to monitor her condition so she will stay here for the night. So kau boleh balik." Jawab Emir. Hui menggeleng.
"If possible, can I stay by her side?"
"...Yeah. Sure."
+++
RegCare Centre
Ain menyanyi girang saat dia berjalan masuk ke tempat kerja. Zulin yang melihat Ain menyanyi gembira mula timbul rasa ingin tahu.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...