Take #27

118 15 0
                                    

Maria baring di katil, memandang siling. Untuk malam ini dia tidur di villa. Dia tak rasa dia ada kekuatan untuk balik ke rumahnya malam ini selepas ingatannya kembali pada perkara yang dia cuba lupakan.

Kau selamat kat sini Maria. Kau selamat.

Maria memujuk dirinya dan menenangkan jantungnya yang berdegup laju saat ini.

Nope. Tu bukan kerja dia. Ivan accident bukan sebab aku.

Maria memejam matanya dan menarik nafas dalam.

Dua tahun dia senyap. Mustahil tiba-tiba dia muncul semula kan? Tapi siapa je lagi yang boleh buat benda tu kalau bukan dia? Lagi pula lepas apa yang Ivan buat semalam. What if-

RING!

RING!

RING!

Jantung Maria berdegup laju melihat skrin telefonnya menyala. Ada panggilan masuk. Maria duduk di katil dan memandang telefonnya yang diletakkan di meja kecil sebelah katilnya. Dia dapat rasakan badannya menggigil dan tekaknya kering. Dadanya turun naik dengan laju.

Siapa yang telefon aku malam-malam hari macam ni? Fiffy tak akan kacau aku after working hours.

Maria berperang dengan hatinya. Dia mahu tahu siapa yang menelefon tapi pada masa yang sama dia takut. Panggilan dari stalker dua tahun yang lalu masih segar diingatannya.

What if yang telefon tu stalker?

Panggilan itu kemudian mati. Maria berasa lega namun tidak lama bila sekali lagi panggilan masuk ke telefonnya.

Maria menelan air liur dan dengan tangan menggigil dia mencapai telefonnya.

What if tu memang Fiffy? What if dia sakit lagi?

Kali ini Maria nekad. Dia mahu menjawab panggilan itu. Dia melihat skrin telefonnya.

"Haaaaaaa." Maria berasa sangat lega sebaik nama Hui yang tertera di skrin, bukan random number.

Maria menekan butang hijau.

"Hey Maria! Sorry ganggu kau malam-malam macam ni. Kau dah tidur ke?" suara Hui masih kedengaran ceria walaupun hari dah menghampiri lewat malam.

"You scared me for good sake!" kata Maria sambil dia melepas nafas lega. Dia kemudian baring di katil. Jantungnya yang laju tadi mula bertenang.

"....Kau...okay?" soal Hui. Ada nada risau di situ.

"Ya okay je. Tapi ada apa kau telefon?" soal Maria. Rasanya ini kali ke dua Hui telefonnya di lewat malam begini.

"Nothing. I suddenly remember you and I thought I want to check up on you."

"Again? Kau ingat aku siapa? Your girlfriend that you can casually call anytime you want?"

Hui ketawa di hujung talian.

"Janganlah macam tu. Dahlah seminggu aku tak jumpa kau. And yet you treat me coldly. I is hurting you know." kata Hui dengan broken englishnya.

Maria menahan tawa.

"Then datanglah kerja. Baru kau boleh jumpa aku." balas Maria.

"Huh kalau aku datang pun belum tentu kau ada kat pejabat. Bukan ke kau sibuk ke hulu ke hilir dengan shooting, interview dan juga jadi plus one pada Louis, your beloved fiancé." Nada Hui saat menyebut ayat yang terakhir buat Maria senyum.

"Hmm? Is that jealousy I hear?" Maria mahu mengusik.

"Jealous? Siapa? Aku? No no. Absolutely no. Kau tahu kan kau bukan type aku?"

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now