Take #31

95 17 1
                                    

[GOSSIP] Maria Anne Spotted on a Sweet Date With Her Fiancee

...The pair was seen wearing matching hat while walking freely among the crowd at a funfair here in...

[HIBURAN] Maria dan Louis Buat Hal Lagi

Dating di tempat VIP? Tidak. Dating di tempat awam? Ya. Sejak berita pertunangan mereka dihebahkan, Maria Anne dan Louis Aryan kini lebih terbuka tentang hubungan mereka dan kali ini mereka dilihat...

TWITTER:

Trending in Malaysia -

#CoupleHat (112k tweets)

#MariaAnne (150k tweets)

Trending in Entertainment -

#FunfairDate (90k tweets)

"Jadi betullah yang aku nampak malam tadi tu Maria Anne? I was damn lucky!" - @kaka89

"If my future bf/fiancé tak mau pakai matching item macam Louis, I don't want him." - @solaris_

"Maria and Louis ni sweet tau. Keluar dating selambe je tak bawa bodyguard. Tak macam artis sorang tu." - @bella_didi

"But is that really Louis? He seems...different." - @luvitaxo

+++

Sebab tu memang bukan aku!

Tabiat Louis di hari cuti, dia membancuh kopi dan mengambil masanya bersendirian membaca berita semasa dari tabletnya tapi mesej dari Zaiq membuatkan dia membaca tabloid hiburan dan membuka Twitter.

Dia kata dia tak boleh nak keluar dating sebab aku announce engagement. Habis tu ni apa?

Louis zoom pada gambar yang beredar di internet. Gambar Maria yang sedang duduk di bangku bersama seorang lelaki yang bukan dirinya dan mereka berdua memakai topi sedondon. Wajah lelaki itu tidak kelihatan namun wajah Maria begitu jelas. Siap senyum lebar lagi.

Huh she never smile that wide when shes's with me.

Louis mencapai telefon bimbitnya dan menelefon satu nombor.

+++

Condominium Maria

Maria menyanyi riang di dapur sambil menyapu jem pada roti bakarnya. Melihat berita pagi ini buat dia senang hati.

Telefonnya berdering untuk entah kali ke berapa pagi ini. Tapi dia buat tidak endah.

"Aku patut beli hadiah untuk Brian. Pandai dia ambil gambar." Maria berkata sendiri kemudian menyuap roti bakar ke mulutnya.

Dia turut membancuh green tea dan dia mengambil tempat di meja makan. Pagi ini, dia menikmati sarapannya dengan tenang bersama nada deringnya sebagai musik latar.

+++

Selesai sarapan dan mandi, dia kembali ke ruang tamu dan mencapai telefonnya di sofa.

"10 missed call dari Louis, 8 dari Hui dan 1 dari Fiffy." Maria ketawa. Dia memandang ke kirinya di mana plushie boba terletak. Plushie yang dia menang hasil main menembak semalam.

Timbul satu idea di kepalanya dan dia tersenyum.

Dia mencapai plushie tersebut, mengambil gambar dan segera buat ciapan di Twitter miliknya bersama caption;

"Thank you for your hard work <3" - @MariaAnneOfficial

"Thank you for your hard work <3" - @MariaAnneOfficial

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now