Take #73

48 12 5
                                    

T/W: Abu$e

+++

 "Akhirnya kau dah ingat aku, my precious flower."

+++

Rumah berdindingkan papan berlubang, berlantaikan kanvas di atas tanah yang tidak rata dan beratap zinc penuh karat - itu rumah aku dibesarkan. Bukan rumah aku sahaja begitu. Rumah di kiri, kanan, depan dan belakang, semuanya sama. Nasib perumahan setinggan. Saat aku berusia 7 tahun, ibu tinggalkan aku. Katanya dia akan pulang untuk bawa aku bersamanya tapi ternyata dia tipu. Dia tidak pernah pulang sejak dia melangkah keluar dari rumah ini. Dan ayah-

PANG!

Tergolek aku ke lantai.

"Pembawa sial! Kau dengan mak kau sama je!" dan dia terus menerus menumbuk dan memijak badanku sehingga dia puas, sehingga alkohol membuatkan dia tertidur.

Itu rutin harianku. Di sekolah, tiada siapa yang mendekat. Pada mereka, aku jijik. Tapi tidak mengapa. Aku ada Maria. Maria percayakan aku, Maria tidak pandang aku hina.

Pertama kali aku bertemu Maria adalah semasa aku 17 tahun. Saat aku sedang berjalan tanpa arah di bandar, kami berlanggar bahu dan membuatkan Maria ternampak mataku yang lebam serta bibirku yang pecah. Hari itu ayah memukulku lebih teruk dari biasa gara-gara nombor yang dibelinya langsung tidak mengena.

"Hey, kau okay? Kau nak aku bawa ke hospital? Atau balai polis?" soal Maria. Pandangan yang penuh kerisauan itu membuatkan jantungku berdebar. Ini kali pertama seseorang mellihatku begitu.

Aku menggeleng. Maria jelas tidak puas hati dan menarikku untuk mengikutinya.

"Kau duduk sini, jangan kemana-mana." katanya dan aku menurut. Dia masuk ke farmasi dan tidak lama selepas itu dia keluar bersama satu plastik berisi ubat-ubatan.

"Kalau pedih bagitahu ya. Dan ambil ni. Tuam kat mata." Maria menghulurkan beg kecil berisi ais dan dia mula mencuci luka di bibirku. Mataku tidak lepas dari wajahnya yang putih bersih ini.

Bagaimana wanita secantik ini boleh wujud? Dia bagaikan bidadari!

"Aku tak tahu apa yang jadi tapi kau tak boleh biar orang buli kau. Kau kena belajar bela diri sendiri dan lawan." kata Maria sambil dia masih focus mencuci lukaku.

"Ouch!"

"Oh sorry!" pinta Maria dan dia makin berhati-hati saat menyapu krim luka di pipiku. Jujurnya, rasa sakit ku sudah mati tetapi melihat reaksi Maria tadi, it's not that bad to lie right?

"Nah. Nanti sapu ubat ni so that tak tinggal parut. Sayanglah muka handsome tapi ada parut. Kan?"

Bidadari kata...aku handsome?

Mataku tidak lepas dari memandang Maria yang sudah berdiri.

"Aku kena balik ke kolej. So, stranger, fight for yourself okay?"

"Tunggu! Boleh kita jumpa lagi nanti?" kataku sambil memegang tangannya. Memberanikan diri untuk manusia pertama yang melayani aku tanpa rasa hina.

Maria senyum. "Oh boy, you can't meet me that easily."

"Tapi kalau kita betul-betul jumpa lagi, will you...marry me?" entah apa yang merasuki aku waktu itu, dalam kepala aku, aku dah letak Maria di singgahsana teratas.

Tawa Maria lepas dan itu adalah pemandangan paling cantik di mataku.

"Rare juga kau ni. But sorry. I don't date a boy."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now