Mutiara Hall, Zen Hotel
Lune Global Charity Dinner
"Sir, Cik Maria dah sampai." Lapor Zaiq pada Louis yang sedang bersiap untuk ucapannya sebentar lagi.
"Siapa escort dia?"
"Hurul Iman." Jawapan Zaiq buat Louis ketawa.
"Seriously Maria? How desperate are you to hire that pathetic?"
+++
"... Finally, I hope you all enjoy your time here and have a good evening." Louis mengakhiri ucapannya dan majlis secara rasminya bermula.
Makanan mula dihidang dan music jazz dimainkan secara live di situ. Para tetamu ada yang mula makan dan ada juga yang pergi menyapa tetamu yang lain.
"Maria! It's rare seeing you here!" salah seorang datin yang hadir menyapa Maria di mejanya. Hui yang duduk di sebelah Maria hanya diam, tak tahu nak buat apa.
Maria pasang senyuman bisnes dan membalas;
"It's been a while, since last I saw you too. You look prettier."
Pujian Maria buat datin ini tersipu malu.
"Don't say that darling...."
Dan mereka berdua berbual mesra yang semestinya Hui tak dapat nak mencelah. Habis berbual dengan datin ini, datang pula VIP yang lain. Maria membalas sapaan mereka satu per satu dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Pelbagai topic diutarakan; bisnes, drama, iklan, dan bermacam-macam lagi.
Baik aku pergi ambil makanan. Hui akhirnya buat keputusan. Makan malam ada disediakan di meja dan ada juga secara buffet. Hui mahu melihat makanan yang di buffet. Di meja ini hanya tinggal dia dan Maria. VIP yang lain sudah pergi bersosial dengan kenalan mereka.
Baru Hui mahu bangun, Maria memegang tangan Hui dan menariknya sebagai isyarat untuk Hui kembali duduk. Hui memandang ke arah Maria yang masih rancak berbual dengan seorang Datuk. Maria langsung tidak menoleh kearahnya, masih focus pada perbualan mereka.
Hui menarik tangannya dari genggaman Maria namun Maria menguatkan genggamannya. Hui akhirnya akur. Dia kembali duduk di kerusi dan makan makanan yang disediakan di meja. Walaupun dia sudah duduk, Maria masih tidak melepaskan pegangannya.
Sekitar 15 minit kemudian, barulah Maria berhenti menyapa tetamu yang datang kepadanya.
"Gosh this is why I hate this kind of event! It's exhausting!" kata Maria perlahan dan dia mengeluh berat. Hilang senyuman bisnesnya tadi yang tinggal hanya 'grumpy' Maria.
"Yeah then please let me go." kata Hui dan laju Maria melepaskan pegangannya.
"Sorry." kata Maria sepatah kemudian dia mencapai segelas air kosong.
"Kenapa kau halang aku tadi?" soal Hui.
Maria meneguk air dari gelas kemudian berkata;
"Sebab aku dapat rasa yang kau nak lari tinggalkan aku sendiri kat sini. Ingat, kau tak boleh lari. Misi kita masih belum selesai."
Hui menggeleng.
"Aku cuma nak tengok makanan kat buffet sana tu je tadi. Now let me go to the toilet."
+++
Hui keluar dari tandas dan membetulkan tuxedonya. Jujur, dia tidak biasa dengan event high class ini. Mata-mata yang memandang dirinya dan menilai buat dia tidak selesa. Lagi-lagi pula dia datang dengan Maria.
Aku sedia maklum yang dunia kami tak sama tapi hari ini merupakan satu bukti. Whatever happen, our world will never collide.
Hui berjalan menuju ke dewan.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...