Day -2
Las Vegas
Hoon dan Zakri duduk menunggu di casino sambil masing-masing memerhati setiap tetamu yang masuk ke dalam.
"You can instantly spot the Queen among the sea of people. If you see a woman come in with two burly bodyguard and she's wearing a black masquerade mask with gold embroidery, 100 per cent that it the Queen."
Kata-kata wanita itu tempoh hari menjadi panduan Hoon dan Zakri dalam usaha mencari si Queen.
"Kau yakin dia datang hari ni?" soal Hoon pada Zakri yang masih panjang lehernya mencari bayang Queen.
"Firasat aku mengatakan ya. Kita tunggu lagi 10 minit. Kalau dia tak ada, kita-"
Serentak dengan itu pintu casino terbuka dan seorang wanita bersama dua lelaki masuk. Ciri-ciri mereka persis seperti yang digambarkan;
Dua bodyguard
Topeng hitam
The Queen
Zakri senyum lebar.
"Jom Hoon. We need to greet the Queen."
+++
"Your highness, my Queen, will you grant us your audience?" sapa Zakri mesra bersama senyuman paling menawan yang dia ada. Hoon juga turut mengukir senyum di sebelah Zakri.
Queen memandang mereka berdua melalui topengnya dan senyum.
"You flatter me with the greetings. Sure. Please have a seat." Balas Queen dan segera bodyguard yang mengiringinya memberi laluan untuk mereka berdua duduk.
"So, what brings you here?" soal Queen dan makin melebar senyuman Zakri.
"I want to purpose a game of roulette with you, your Highness." Jawab Zakri.
"Roulette? Are you sure? My money limit is quite high you know." balas Queen.
"It doesn't matter to us. We got enough money to spare."
Queen ketawa mendengar keyakinan Zakri. Hoon di sesebelahnya juga tidak kalah. Dia menayang muka penuh yakin, sama seperti Zakri.
"You guys are interesting. Let's get in action then."
+++
Malaysia
Hotel budget
Harith menyelak sedikit langsir untuk melihat keadaan di luar. Dia memerhati jalan dan juga kereta yang lalu lalang.
"Diorang ada kat luar?" soal Saiful.
"Tak de." Balas Harith. Dia kemudian menutup rapat langsir tingkap di bilik tersebut. Dia tidak mahu dikesan oleh konco-konco Jayden.
Malam semalam, nasib baik mereka sempat melarikan diri dari Jayden ikut pintu belakang. Mereka menahan teksi dan meminta agar pemandu tersebut membawa mereka jauh dari situ. Maka akhirnya mereka sampai di kawasan luar bandar dan bermalam di hotel budget.
Saiful pula masih tidak putus mendail no Uncle Toby tapi semestinya tidak diangkat. Jawapan operator pun dah jelas; "Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan."
"Dah-dah lah call scammer tu! Entah kemana dah dia joli duit berjuta tu. Apa kata kau contact Hoon atau Zakri. Mana tahu diorang boleh tolong kita keluar dari sini." cadang Harith.
"Aku dan call banyak kali. Tapi no response. Even whatsapp pun satu tick." Balas Saiful.
"Kau tak cuba call Dani atau Jia?" tambah Saiful dan Harith ketawa.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomansaFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...