RegCare Centre
Hui berjalan kembali ke wad ibunya bersama satu jag berisi air masak. Sedang dia berjalan, dia berselisih dengan Ain yang bertugas di shift malam.
"Hui." panggil Ain. Hui berhenti dan memandang Ain.
"Kenapa awak tak balas mesej saya?" soal Ain.
"Oh saya sibuk. Maaf." Balas Hui dan dia mahu segera pergi apabila lengan bajunya ditarik oleh Ain.
"Saya ada buat salah ke? Sebab saya rasa macam awak mengelak dari saya." Soal Ain.
Hui memasang wajah tanpa perasaan.
"Saya tak pandai menipu jadi saya akan cakap ya. Ada banyak juga benda yang saya nak tanya awak tapi mungkin nanti. Saya kena balik pada ibu saya." Jawab Hui senada. Dia berpusing dari Ain dan sekali lagi Ain menarik lengan bajunya.
"Hui, whatever things I did, I did that because I like you. I have always like you but you never look at me. Kalau awak kat tempat saya, awak pun akan buat benda yang sama kan?" luah Ain tanpa selindung lagi. Saat ini matanya mula berkaca.
Wajah Hui yang tadinya kosong kini bertukar dingin. Mata Hui yang selama ini memberi rasa hangat kini dingin dan kosong.
"No. When I love someone, I'll never lie to her. Jadi jangan samakan aku dengan kau." kali ini Hui betul-betul berjalan pergi meninggalkan Ain yang sudah menangis. Teresak-esak dia di tepi koridor, mengenangkan kata-kata Hui dan juga cintanya yang tidak kesampaian.
+++
"Maaf lambat, ibu. Tadi-" "Kenapa awak tak angkat phone?!" kata-kata Hui dipotong oleh soalan Zulin yang berada di dalam wad ibunya ini.
"Kenapa? Apa yang jadi?" Jantung Hui berdegup kencang. Dia memandang ke arah katil ibunya. Di sisi katil, berdiri beberapa orang jururawat dan seorang doktor yang sedang mendengar degupan jantung ibunya. Doktor itu bercakap sesuatu kemudian dia mula melakukan CPR.
Melihat situasi di depan mata, jag di tangannya terlepas dan berkecai di lantai. Dengan langkah terhuyung-hayang dia mendekati katil ibunya. Semakin dia mendekat, semakin jelas di pandangan akan wajah tenang ibunya dengan mata yang tertutup rapat.
Tak perlu doktor mengesahkan pun dia sudah tahu bahawa ibunya sudah tiada. Saat itu seluruh dunianya berpusing. Semua yang berlaku di depannya seperti satu khayalan.
Doktor itu menggeleng dan melihat jam di tangannya.
"Puan Nara disahkan meninggal dunia pada xx.xx pm. Kami dah cuba yang terbaik tapi Allah lebih sayangkan puan." Doktor itu kemudian memandang kearah Hui. "Takziah atas pemergian ibu tuan."
Serentak dengan itu, Hui terduduk di kerusi. Jururawat yang ada segera mencabut peralatan yang dipasang dan menutup jenazah Puan Nara dengan kain. Zulin sudah menangis di satu sudut.
Doktor menulis sesuatu pada kertas dan dia keluar, diekori oleh jururawat tadi. Zulin mendekati Hui.
"Hui, be strong." Dia menepuk bahu Hui.
Hui mengukir senyuman segarit dan berkata; "It's okay. Ini yang terbaik untuk ibu."
Melihat Hui, makin deras air mata Zulin. Setitik air mata tidak jatuh di pipi Hui. Kemudian dia mengesat air matanya dan kembali ke reality. Dia masih ada kerja yang perlu dilakukan.
"Saya akan bantu uruskan Puan Nara. Sekarang awak bagitahu saya apa yang awak nak buat lepas ni?"
Hui diam berfikir sejenak.
"Saya nak bawa balik ibu ke Kuantan. Nak kebumikan dia dekat sana. Saya akan uruskan semua urusan kebumi kat sana. Saya cuma nak minta awak tolong uruskan apa yang patut." Hui menyusun kata. Nadanya tenang.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...