Day-14
Saiful berjalan masuk ke dalam restoran yang dijanjikan sambil dia mencari-cari seseorang. Menurut mesej yang diterimanya, ada kenalan dari clientnya ingin mendaftar insuran bersamanya. Dengar itu, Saiful pun apa lagi, penuh semangat dia pagi ini bangun dan bersiap untuk bertemu seorang wanita dengan nama 'Rosie' katanya.
Mungkin dia tak sampai lagi. desisnya dan dia duduk di sebuah meja kosong.
"I told you Hanif. This Toby guy is the real deal. Imagine labur RM 1 ribu dan kau dapat balik around RM 5 ribu within 3 days. Wasn't that tempting enough? I tak tipulah Hanif. I boleh tunjuk acc bank I." kata wanita itu penuh yakin.
Topik perbualan wanita itu menarik perhatiannya maka dia memasang telinga.
"SSM registered. No worries. Trusted 100 percent. I dengan kawan-kawan I semua dah join. Kami masing-masing dah dapat pulangan RM 10 ribu tau sedangkan kami baru join seminggu. Well of course labur lebih, dapat lebih. Logic lah ah boy!" wanita itu kemudian ketawa.
Seminggu join dah dapat RM 10 ribu? Damn! Bisik hati kecil Saiful.
"Macam ni lah. You kat mana sekarang? Okay nice. Kita jumpa then I explain in detail tentang this Toby guy." Katanya dan talian dimatikan.
Saat dia mahu pergi, dia terlanggar belakang kerusi Saiful dan begnya terjatuh. Laju Saiful membantunya dan mengembalikan beg wanita itu kepadanya.
"Thank you." ucapnya bersama senyuman manis sebelum menghilang di tengah orang ramai yang datang untuk bersarapan di sini.
Phew! Lawa.
Saiful kembali duduk di kerusi dan sehelai pamphlet merah di meja tempat wanita tadi menarik minatnya. Dia melihat ke kiri dan kanan sebelum memanjangkan tangannya untuk mencapai pamphlet itu.
"Hutang keliling pinggang?
Jelaous tengok kawan-kawan pergi oversea?
Jealous tengok kawan-kawan pakai kereta mewah?
Jangan risau, Uncle Toby is here to help!
Hubungi uncle di no: xxx-xxx xxx xxx"
+++
VIP Room
Maria mendepakan tangannya bagi memudahkan tukang jahit mengambil ukuran badannya.
"Siapa yang dah confirm datang masa event tu nanti?" soal Maria pada Fiffy yang sedang duduk di sofa panjang di dalam bilik itu.
Fiffy menyebut satu per satu nama-nama orang kenamaan dan model-model ternama yang dijemput untuk hadir ke evant GRAFF itu nanti.
"...Amber Jia..."
Mendengar nama itu buat Maria senyum. Of course dia akan terima. It's GRAFF kot.
Fiffy meneruskan dengan membaca jadual kerja Maria selepas ini. Urusan mereka di kedai ini selesai dan mereka terus ke lokasi penggambaran drama 'Saat Cinta Hadir'. Hari ini adalah penggambaran terakhir.
"Operation start." - Rex
Lapor Rex melalui mesej. Maria tersenyum senang hati.
Saat itu juga, panggilan dari Hui masuk. Laju Maria menjawab.
"Hello, hei Hui, kenapa kau tak follow aku hari ni? You should prepare my lunch."
+++
Fly High Company
"Hello, hei Hui, kenapa kau tak follow aku hari ni? You should prepare my lunch."
Suara Maria yang kedengaran ceria itu buat Hui rasa lega.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...