Lokasi Shooting - Cafeteria di sebuah hotel
Maria dan Irana duduk di sebuah meja, berhadapan. Di babak ini, watak 'Kamelia' lakonan Irana bertemu dengan watak 'Eva' lakonan Maria.
"Apa-apa pun yang you cuba buat, tolong hentikannya Eva." Kata 'Kamelia'. Dia memandang 'Eva' serius.
"Apa maksud you Mel? Apa yang I buat?" soal 'Eva' pura-pura tidak tahu apa yang 'Kamelia' maksudkan. Dia kemudian menyelitkan rambut ikalnya di belakang telinganya.
'Kamelia' mengeluh.
"You tahu kan Luqman tu boyfriend I." 'Kamelia' masih memandang 'Eva' dengan pandangan tidak puas hati.
"Of course I tahu! We have been friends since high school." jawab 'Eva' dengan senyuman polosnya.
"That's why I'm being nice to you Eva. Cause you are my friend. Cause you are Luqman's friend. Jadi aku mohon, please, just stay friend with him. Jangan ganggu dia dengan urusan peribadi kau." 'Kamelia' berkata dengan nada tegas.
'Eva' yang tadinya tersenyum terus hilang senyumnya. Dia terdiam dan riak wajahnya berubah. Dari wajahnya dapat dilihat dia sedang mengetap gigi.
"Sekali lagi you kacau hubungan kami, I won't hold back myself, Eva. Even if you are my friend." Sambung 'Kamelia' dengan nada berbaur ugutan.
'Eva' memandang 'Kamelia' tajam.
"Then I won't hold myself too. As much as you love him, me too, love him the same. Maybe more. Jadi kau buatlah apa yang kau nak buat, aku akan tetap buat apa yang aku buat. Selagi mana Luqman sendiri tak buang aku dari hidup dia, selagi itu juga aku akan usaha." 'Eva' berkeras dengan pendiriannya kemudian dia bangun dari kerusi dan berjalan pergi.
Pada Maria, babak dia berakhir di situ dan dia hanya perlu berjalan sehingga pengarah melaungkan 'cut'. Tapi dia silap bila tiba-tiba bahunya ditarik dari belakang. Saat dia berpusing, pipinya ditampar oleh Irana. Kuat dan padu bunyinya sehingga Maria terdiam. Matanya membulat memandang Irana.
"Know your place Eva. Tempat kau bukan dengan Luqman. Tempat tu aku punya." Kata 'Kamelia'.
Maria speechless.
"CUT!" laungan pengarah menyedarkan Maria.
Irana yang memasang wajah penuh benci terhadapnya tadi bertukar kepada mood 'nation fairy' dengan senyuman menyinari wajahnya.
"That's perfect Irana, Maria! Ad-lib you guys tak pernah mengecewakan saya." Puji pengarah dan itu membuatkan Irana tersipu malu. Maria memaksa dirinya untuk turut senyum.
"Okay rehat 30 minit untuk kita prepare babak seterusnya. Come on guys, it's the last scene for today!" laungan pengarah disambut dengan sorakan dari kru-kru penggambaran.
Irana memandang Maria dengan senyuman.
"Sorry if it hurts. Terbawa emosi." Kata Irana tanpa rasa bersalah kemudian dia berjalan pergi ke arah staf nya yang sedang menunggu meninggalkan Maria yang sudah memanas.
Maria menyertai stafnya dan Helen segera touch-up make up nya.
"Cik Maria, scene tadi tu..." Fiffy teragak-agak mahu bertanya.
"Haah. Tak dirancang dan dia memang tampar saya for real." Jawab Maria dan kedua-dua Fiffy serta Helen terkejut.
Terkejutnya Helen sampai dia berhenti dari menyapu lipstick di bibir Maria. Dia memandang ke arah pipi Maria yang ditampar tadi.
"Pipi Cik Maria dah merah!" kata Helen dan matanya membulat.
"San! Ambilkan ice pack!" Helen masuk mood kalut. Mendengar permintaan Helen, laju San menurut.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...