Take #30

116 18 0
                                    

RegCare Centre

Tiga hari berlalu selepas kejadian Maria dikejarkan ke hospital gara-gara overdose pil tidur. Hui seperti biasa, di sini menemani ibunya mendapatkan rawatan. Doktor pakar sedang memeriksa Puan Nara jadi Hui duduk menunggu di luar wad.

"Aku tak boleh tidur lately. Too much work."

Kata-kata Maria saat ditanya kenapa dia ambil pil tidur sesekali datang ke fikirannya.

Workhaholic. Bisik hati kecilnya. Dia kemudian bersandar pada dinding.

Masalah Maria, bila dia sibuk, dia tak makan. Tambah pula stress kerja... bila last dia cuti?

Hui mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Fiffy. Masuk deringan ke dua, Fiffy menjawab.

"Ada apa Hui?" soal Fiffy selepas mereka bertukar salam.

"Oh aku nak tanya, bila last Cik Maria cuti? I mean, the real cuti. I bet she have been working non-stop, day and night plus not eating properly kan?"

"Bingo! I think dia dah kerja non stop for 2 weeks? Not sure sebab even masa aku cuti, sometimes bila aku lalu depan pejabat waktu hujung minggu, lampu kat tingkat 6 tu menyala." Cerita Fiffy.

Hui mengguk setuju walaupun Fiffy tak nampak apa yang dia lakukan sekarang.

"Tapi esok dia cuti. Dia dah pesan siap-siap untuk jangan sesiapa kacau dia." tambah Fiffy.

"Oh that's great to hear." Balas Hui dan sebaik dia memandang di depan, Ain sedang berdiri bersama senyuman manis. Hui membalas senyuman Ain.

"Okaylah nanti aku call lagi. Selamat bercuti." Talian dimatikan.

"Siapa tu?" soal Ain. Dia baru selesai membuat lawatan ke semua pesakit bawah jagaannya dan ternampak Hui sedang duduk di bangku di koridor.

"PA bos." Jawapan Hui buat Ain kerut dahi.

"Hui, awak kerja apa sebenarnya? Awak dietician wasn't it?" soal Ain ingin tahu.

"Currently a personal dietician to someone. Walaupun lately saya tak act macam personal dietician dia, tapi baik kan bos saya? Sebab bagi saya peluang untuk ada di sini, di samping ibu?" Hui bercerita bersama senyuman lebar. Matanya bersinar saat dia bercakap tentang bosnya ini.

"Oh by the way, nak tanya. Biasanya kalau awak stress, apa yang awak buat?" soal Hui.

Ain berfikir sejenak sebelum menjawab; "Saya akan makan benda manis dan keluar jalan-jalan. Tengok movie atau window shopping."

Hui menggangguk.

"Kenapa tanya?"

"Oh you see, my boss. Dia workhaholic. So saya nak tolong dia distressed. Tapi benda manis dan keluar jalan-jalan ek? I wonder if she like that..." kata Hui separa berbisik. Otaknya sedaya upaya mencari data untuk dibuat analisis tentang apa yang Maria suka dan apa yang Maria tak suka. Semestinya Maria tak pernah bagitahu secara terang-terangan (selain dari kebenciannya terhadap sayuran), jadi dia bergantung pada hint-hint yang diberikan Maria secara tidak langsung.

'She'? Bos dia perempuan ke? Telinga Ain tajam menangkap kata ganti nama diri bagi bos Hui.

"Nevermind. Baik saya call dia direct. Anyway, terima kasih Ain sebab dah jawab soalan saya." Kata Hui kemudian dia berjalan menuju ke tangga kecemasan untuk membuat panggilan.

Ain berdiri kaku di situ, sendririan bersama rasa tidak enak yang bersarang di hatinya.

Aku rasa tak sedap hati.

+++

Hui memberhentikan keretanya di lobi condominium Maria. Tidak lama kemudian, Maria berjalan keluar dari pintu lobi dan terus masuk ke dalam kereta Hui. Sebaik pintu ditutup, Maria membuang topi hitam dan membuka mask muka yang dipakainya. Tinted cermin kereta Hui agak gelap jadi sepatutnya ianya tidak menjadi masalah. Lagipun sekarang ni hari dah malam.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now