Take #59

123 15 4
                                    

10 minit Hui memandu tanpa arah, di jalan yang kosong tanpa kereta. Sesekali dia menjeling ke arah Maria yang sedang baring di kerusi sebelah, memeluk kedua kakinya, dengan kerusi yang sudah direndahkan. Blanket yang dibawa oleh Hui menyelimuti badannya dan wajahnya menoleh ke arah cermin. Tiada sepatah kata pun yang bertukar di antara mereka. Hanya sepi yang mendamaikan.

"Maria-" "Hui-"

Tiba-tiba mereka berbunyi serentak.

"Kau dulu." kata Maria, masih tidak menoleh ke arah Hui.

"Aku tak tahu apa yang dah jadi tapi kalau kau nak cerita apa sahaja, aku akan jadi pendengar yang setia untuk kau." kata Hui, masih memandu perlahan di jalan bandar yang kosong ini.

Keadaan sepi lagi kemudian Maria berbunyi; "Hui, apa kau akan buat kalau one day aku cakap, 'Hui, aku sebenarnya tak pernah suka kau. Aku hanya gunakan kau untuk buat aku rasa aku lebih baik dari orang lain.' If one day I said that, what will your response?"

"Nothing. At best, aku akan rasa honour with the fact yang kau nampak aku. I'm a humble human being. Orang bawahan. Jadi bila kau, orang kayangan, sanggup pick me up and play with me even for a short time, aku akan jadi orang yang paling gembira atas muka bumi ni."

"You sounds like a loser." Kata Maria beserta tawa. Mendengar tawa Maria buat Hui tersenyum.

"A loser that is in love with you. Ada beza ya kat situ." tambah Hui. Maria ketawa kemudian dia berpusing menghadap Hui. Blanket yang hampir jatuh ditarik semula untuk menyelimuti badannya.

"Kau memang macam ni ya bila kau in love? Dengan ex kau pun kau macam ni ke?" soal Maria sambil dia mengecilkan matanya kearah Hui.

Hui menggeleng.

"Aku tak pernah in relationship for long because of the trauma caused by Jia and for the most of the time, aku couple hanya sebab diorang confess. Diorang confess then ajak couple, and I was like, 'Yeah. Okay. Why not?' and mostly break lepas sebulan sebab diorang kata aku boring and distant." Hui kemudian ketawa sendiri apabila dia teringat kisah silamnya.

"Oh jadi kau confess kat aku sebab aku adalah orang pertama yang tak confess kat kau dulu lah ni? Macam hero drama yang fall in love with heroin yang 'lain' dari perempuan lain. Gitu?"

Nada Maria buat Hui ketawa. Jealous ke ni?

"Maria, for me, it was hate at first sight with you. Tapi makin lama aku kenal kau, aku sedar yang kau sebenarnya bukan seperti apa yang orang kata. You're like onion that have many layers."

"Kenapa samakan aku dengan bawang?!" laju Maria memukul lengan Hui. Hui sekadar ketawa sambil mengerling ke arah Maria.

Lega dia bila dia melihat wajah Maria tidak lagi sugul seperti tadi.

"Maksud aku, while everyone see you as villainess in their story, I see you as my hero. Dan orang keliling kau pun rasa benda yang sama. You saved us and really care for us. Jadi kalau ada yang pertikaikan perasaan kau, kau patut ignore je. Bila fikir balik, dia siapa untuk tentukan perasaan kau? The audacity for them to question my hero's feeling- wait I should say, the audacity for them to question my girlfriend's feeling!" kata Hui yang disudahi dengan nada 'sassy'. Maria tahan tawa.

"But right now, you still like me kan Maria?" sambung Hui dan dia menoleh ke arah Maria saat mereka behenti di lampu merah. Maria hanya angkat bahu sebagai balasan.

"Well kalau one day kau cakap kau dah tak suka aku, apa boleh buat. I will still love you and you cant stop me~" Hui berkata ceria kemudian dia meneruskan pemanduannya yang masih sama - tiada arah.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now