Day-7
Las Vegas
"Give the ladies everything they want. It's on me! Tonight we party!" - Hoon
"Only that? Come on, make it 1 million!" - Zakri
Kehidupan Zakri dan Hoon di Las Vegas umpama di kayangan. Hotel 5 bintang dah seperti rumah sendiri, high class bar dan casino seperti tempat kerja mereka, semua nombor mengena, semua game dimenangi, pendek kata, hidup mereka saat ini terlalu mudah dan dipenuhi dengan 'ong'.
"I love our life here Zakri!" kata Hoon sebaik dia balik ke biliknya dari kelab malam. Suite VVIP yang diambil ini terletak bersebelahan dengan suite VVIP Zakri.
Zakri yang berada di hujung talian pula sedang dalam proses melabur sebahagian wangnya ke dalam bisnes Saiful. Hasil RM30 ribu yang dilaburkan tempoh hari sudah dikreditkan ke akaunnya. Melihat jumlah yang menjangkau RM70 ribu itu membuatkan dia menambah jumlah pelaburannya ke RM100 ribu. Kata Saiful, banyak labur, banyak pulangan.
"Yeah. This is paradise man!"
+++
Cafe
"Hui, smile for the camera~" kata Jia ceria pada Hui yang duduk di depannya ini.
Hui tersenyum sumbing. Jia menekan butang kamera dan dia tidak puas hati. Dia akhirnya bangun dari kerusinya dan menarik kerusi di sebelah Hui.
"Come here! You need to practice smiling, Hui. Aren't you my man?" kata Jia samil dia memandang Hui tepat ke dalam anak matanya bersama senyuman.
Pada orang luar, senyuman polos Jia itu adalah satu tarikan tapi pada Hui, senyuman itu berarti satu ugutan.
Dia menelan air liurnya. Wajahnya masih tegang.
Jia merangkul lengan Hui dan melentokkan kepalanya di bahu Hui. Dia memposisikan kamera telefonnya, mencari sudut yang sesuai.
"Smile atau aku expose pada semua apa yang jadi malam semalam." kata Jia dengan nada bekunya dan mendengar kata-kata Jia buat badan Hui menggigil.
Apa yang terjadi masih segar di kepalanya dan dia tidak mahu mengulanginya lagi. Bayangkan buka sahaja mata pagi tadi, dia berada di tempat asing dan Jia keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya. Dan lebih teruk, dia langsung tidak ingat apa yang dah jadi. Ingatannya terhenti pada saat Jia menghulurkan satu cawan kopi kepadanya selepas dia bersetuju untuk ikut Jia ke satu cafe.
Dan hari ini juga, dia diheret oleh Jia ke cafe ini selepas Jia berkata; "Don't you dare run away after what you have done to me, Hui."
Hui akur dan terpaksa senyum untuk Jia. Jia puas hati dengan respon Hui dan mengambil beberapa gambar mesra.
Buzzer berbunyi menandakan kopi mereka sudah siap.
"Oh! Biar aku ambil!" kata Hui tapi belum sempat Hui bangun, Jia sudah terlebih dahulu bangun dan menuju ke kaunter.
Jantung Hui berdegup laju melihat Jia pergi.
Apa yang jadi semalam akan jadi lagi ke?
Did she put something in my drink?
Atau kali ni dia letak racun?
What if I die?
What if kali ini-
RING! RING! RING!
Deringan telefonnya mematikan talian fikiran Hui. Dia mencapai telefonnya dan melihat nama Maria. Segera dia menjawab.
"Assala-"
"HUI! TOLONG AKU! DATANG SINI CEPAT!"
+++
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...