RegCare Centre
Hui memarkir keretanya dan berjalan menuju ke lobi.
"Hai! Selamat petang!" sapa Hui dengan senyuman cerianya pada jururawat yang bertugas di kaunter.
Ain, salah seorang jururawat yang bertugas di situ hari ini, membalas senyuman Hui.
"Saya boleh datang melawat kan hari ni?" soal Hui. Dia berdiri di kaunter.
Ain mengangguk.
"Boleh, no problem. Sekejap ya." jawab Ain sambil dia menekan sesuatu di computer.
"Jarang awak datang melawat waktu hari bekerja. Awak cuti ke hari ni?" soal Ain.
"Taklah. Saya off work awal hari ni." jawab Hui dan dia memandang Ain yang sedang duduk melakukan kerjanya.
"Awak pakai tudung baru ke?" soalan Hui yang ini buat Ain terkejut dan dia mendongak memandang Hui.
"Macam mana awak tahu?" soal Ain kembali.
"Oh saya teka je sebab saya tak pernah nampak awak pakai tudung bercorak sebelum ni." kata Hui sambil tersengih.
Ain terdiam dan kaku di kerusinya. Melihat reaksi Ain, Hui dihurung rasa bersalah.
"Erm... Did I....offended you with that question?" soal Hui.
"No! No! It just that... saya cuma terkejut yang awak notice." Ain senyum dan kembali memandang skrin computer, mahu menyorok pipinya yang memerah.
"Of course I notice! Kita jumpa almost setiap hujung minggu kot." Kata Hui bersama senyuman semanis gulanya itu.
Senyuman yang menjadi igauan tidur Ain dari saat pertama kali pertama mereka berjumpa setahun yang lalu.
"Haha. Yelah tu. Nah. Ini passnya. Awak ada masa 1 jam je sebab lepas tu doktor akan datang untuk check condition Puan Nara." Kata Ain, berlagak tenang.
"Alright. Thanks Ain." Hui mengambil pass pelawat tersebut dan menyarungnya ke lehernya.
"Oh by the way, that color suits you so much. I approved!" Hui mengangkat thumbs up kemudian dia berjalan pergi meninggalkan Ain yang dah lemah lutut.
Dia terduduk di kerusi dan menekup wajahnya.
"Oh gosh. How can he be so smooth..." Ain dapat rasa seluruh wajahnya membahang.
"Aku dah cakap banyak kali tentang ni Ain. Aku yakin dia suka kau. Kalau tak, mustahil dia perasan apa yang kau pakai. Also, bukan ke dia ada buatkan brownies untuk kau bila kau cakap kau craving nak makan brownies sebelum ni?" bisik seorang lagi jururawat yang bertugas di kaunter bersama Ain pada hari itu.
Ain memandang jururawat itu dengan pandangan tidak percaya.
"Ain, trust me. He's a good man dan kalau kau tak nak dia diambil orang, confessed quickly. Pedulilah orang kata perigi cari timba pun. A good guy like him is rare." Jururawat itu menghasut Ain.
Ain mengeluh. Confessed?
+++
Bilik 045, RegCare Centre
Knock! Knock!
Pintu diketuk dan perlahan dibuka. Hui mengintai kedalam dan dia melihat Puan Nara yang sedang menyikat rambut patung Barbie di atas katil.
"Assalamualaikum Nara!" sapa Hui ceria sebaik dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Puan Nara berpusing dan terus senyuman lebar terukir di wajah tua itu.
"Abang!" kata Puan Nara ceria. Dia laju turun dari katil dan berjalan menuju ke arah Hui.
Dia memeluk Hui erat.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...