Take #66

119 15 8
                                    

Joanne menutup pintu keretanya kuat. Dadanya turun naik menahan marah. Dia mendail nombor Raymond.

Ring-

Ring-

Ring-

3 panggilan semuanya tidak diangkat. Dia cuba lagi untuk kali ke empat.

"ANSWER YOUR DAMN PHONE!" bentak Joanne sendiri.

Dalam deringan ke tiga, suara Raymond akhirnya menyapa.

"Hello, wh-"

"KAU CAKAP INI AKAN HANCURKAN MARIA! KAU CAKAP MARIA TAK AKAN KEMBALI! TAPI TENGOK APA YANG KAU DAH BUAT!!!!! YAAAAAA!!!!!" nyaring Joanne menjerit melepas geram.

Saat ini, kerjaya yang dia bina dari bawah mulai retak. Dia sukakan kerjayanya, dia berkorban segalanya untuk menjadi seorang wartawan, dia buat apa sahaja untuk jadi wartawan nombor satu di WS News tapi hanya kerana Maria, kerjayanya kini diambang kemusnahan!

Raymond ketawa kering di hujung talian.

"Joanne, aku bagi kau gambar, aku bagi kau video but did I asked you to write the article? Did I asked you to reveal it to the public? Nope! I never asked you to do anything. Semua yang jadi sekarang adalah sebab keputusan yang kau ambil. Kau yang decide untuk tulis artikel, kau yang decide nak expose everything dan kau juga yang decide untuk put a curse on her just because you hate her. Jadi kenapa kau nak salahkan aku?"

Joanne terdiam dengan kata-kata dari Raymond. Baru Joanne mahu membalas, talian dimatikan. Joanne sedar dia dah masuk perangkap Raymond.

"ARGHHHH!!!!!!"

Dia menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak. Keretanya meluncur laju menuju ke rumah Raymond.

"KAU INGAT AKU AKAN LEPASKAN KAU MACAM TU JE! IF I'M DOWN TO HELL, YOU'RE COMING WITH ME, YOU BAST4RD!"

+++

Kereta Joanne meluncur laju melalui selekoh di jalan menuju ke rumah Raymond apabila ada sebuah kereta dengan lampu tinggi menuruni selekoh dengan laju menyebabkan pandangan Joanne terganggu kerana silau dan sebagai reflek dia memusing stereng kereta dan menekan brek. Namun malang baginya apabila brek yang ditekan tiada fungsi dan-

SCREETCH! BAM!

Keretanya terbabas di gaung, berpusing beberapa kali sebelum berhenti di pangkal pokok. Asap putih berkepul keluar dari kereta.

"T...to...lo..ngg!" rintih Joanne separuh nyawa. Dia yang memakai tali pinggang masih di tempat duduk dan dia rasa amat sakit dibahagian separuh badan kebawah. Darah juga mengalir menutup pandangan namun kedua tangannya tidak dapat diangkat untuk mengelap darah segar itu.

Sesiapa! Tolong aku! doanya di dalam hati.

Dalam rembang senja itu, telinganya dapat menangkap bunyi tapak kaki mendekati. Tapak kaki yang memijak dedaun kering kedengaran mulai mendekat.

Aku selamat! Dia berasa lega kerana ada insan yang datang membantunya.

Matanya memandang sesusuk tubuh manusia yang berdiri di sebelah keretanya ini. Seseorang yang mengenakan hoodie hitam, seluar kargo hitam, boot hitam berdiri di sebelahnya. Dia tidak nampak wajahnya kerana dilindungi hoodie yang dipakai.

"T..ol..o.." ucapan Joanne makin lemah. Pandangannya mulai kabur, kepalanya terasa ringan.

"Berani kau usik Maria!" suara yang sayup-sayup kedengaran di telinganya sebelum dia hilang kesedaran.

+++

[BERITA UTAMA] NAHAS DI KILOMETER 3 JALAN PANTAI MEMBABITKAN KERETA HONDA CIVIC TELAH MERAGUT 1 NYAWA. IDENTITI SEDANG DIKENALPASTI KERANA MAYAT DIDAPATI RENTUNG 90 PERATUS.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now