Trigger Warning: Violence
This chapter contains violence scene that might upset some readers. Read with cautious.
+++
Lune Private Hospital
Brian dan Hui memakai penutup muka dan menyelinap masuk ke dalam hospital terus ke bahagian dietetic, di mana makanan untuk pesakit disediakan.
Selepas usaha Hui menggunakan connection yang ada di sini untuk menyelinap masuk tempoh hari, jadual jururawat dan doktor bertugas di lantai VVIP akhirnya dapat ke tangan mereka. Hui dan Brian melihat tray yang disediakan untuk salah seorang pesakit di floor VVIP.
Brian memandang Hui dan Hui mengangguk. Dia kemudian mendekati dietician di situ.
"Ini makanan untuk Tan Sri kan?" soal Hui pada dietician yang sedang sibuk menyediakan makanan untuk pesakit yang lain.
Dalam kesibukannya dia mengangguk tanpa menoleh dan Hui segera menolak troli makanan tersebut keluar dari bilik penyediaan dan diikuti oleh Brian.
Brian memegang satu fail dan berjalan rapat di belakang Hui.
Mereka terus menuju ke lantai VVIP dan seperti yang mereka sudah ketahui, sebaik mereka berdua sampai, mereka ditahan oleh dua orang bodyguard.
Hui menunjukkan kad namanya. Brian juga berbuat begitu. Nama di di situ semestinya bukan nama sebenar. Nama yang tertera adalah nama yang berada di dalam senarai petugas. Kedua bodyguard itu mengangguk dan Hui segera meletakkan kadnya di mesin dan pintu terbuka. Mereka berdua masuk dan sebaik pintu kembali tertutup, Brian dan Hui memulakan misi. Misi mencari bilik Maria.
Brian melihat sekeliling koridor di lantai VVIP itu. Hui pula masih menolak perlahan troli makanan di koridor. Matanya juga laju membaca nama yang tertera di pintu wad, mencari nama Maria.
"6 bilik, 4 CCTV. Kami masih mencari mana satu bilik Maria." lapor Brian pada Rex yang berada di hujung talian.
"Okay. Keep going and don't make it obvious." Balas Rex.
Tiba-tiba Hui berhenti di bilik kedua, sebelah kanan. Brian mendekati.
"Bilik bos?" soal Brian.
"Bukan. Bilik Tan Sri. Kita dalam misi tapi aku still kena hantar makanan ni kat dia. Kau pergi cari bilik Maria." itu kata Hui dan dia terus masuk ke dalam wad itu, meninggalkan Brian terpinga-pinga di situ.
"Straight macam pembaris." Omel Brian dan dia meneruskan pencariannya.
Makin Brian mendekati hujung koridor, makin dia pelik sebab tiada nama Maria di salah satu pintu wad.
Ke Louis palsukan nama bos?
Brian berhenti dan berpusing ke belakang, melihat kembali bilik yang telah dilepasinya. Pintu wad di sini dibuat dari kayu dan tiada cermin yang membolehkan untuk mereka melihat ke dalam. Setiap bilik hanya ditulis nama penghuninya. Dan semua enam bilik tiada nama Maria.
Hui keluar dari bilik Tan Sri dan mendekati Brian.
"Dah jumpa?" soal Hui.
"Aku rasa Louis palsukan nama yang ada kat pintu ni." balas Brian.
Hui diam seketika dan dia memandang ke hujung koridor. Ada sesuatu disitu yang menarik perhatiannya dan dia berjalan mendekati.
Apa yang Brian kira penjuru dan hujung koridor, apabila didekati rupa-rupanya ada satu lagi koridor panjang terus ke satu bilik wad. Hui dan Brian berpandangan sesama sendiri dan mereka segera mendekati bilik itu.
YOU ARE READING
Love, Maria Anne
RomanceFly High Series Book #1 +++ Dark hair, red lips, pale skin, foxy eyes. The witch. - Maria Anne Chairman Fly High Company ini ada semuanya - karier, kekayaan, kecantikan, keluarga tapi satu benda yang dia kurang; "She's unable to love anyone other th...